Thursday, November 25, 2010

SUKA SANGAT SEKODENG RUMAH ORANG

Agaknya hobi hero ni suka skodeng rumah orang. Akhirnya kain sendiri yang terlondeh depan orang ramai.

Selangor Kini (pastikan bukan Selangor Kita) memaparkan tajuk "RM 35 J Habuan Kroni?" Begitu juga dalam Malaysiakini melapurkan bahawa SPRM didesak untuk menyiasat syarikat yang membekalkan benih padi kepada petani-petani. Benih padi itu dahlah mahal RM 38 berbanding RM 28 ketika dibekalkan oleh Jabatan Pertanian. Hasilnya pulak kurang 1/3 dari dulu kerana yang ditanam adalah padi angin.

Pembekal benih padi boleh pakai Brabus selepas setahun bisnis supply kat Kementerian Pertanian. Lebih hebat lagi dia ini sebenarnya tidak mempunyai logi benih. Yang menjadi mangsa adalah kira-kira 9,300 orang petani kat Tanjung Karang. Menteri Pertanian bagaimanapun senyap bila diajukan persoalan dalam parlimen namun mengakui salah satu syarikat individu itu ada kaitan dengan petani di kawasan parlimennya di Tanjung Karang (kroninya yang pakai Brabus).

Wednesday, November 24, 2010

STRATEGI BN UNTK MENANG PRU 13

...dan yang terbaru mula gunapakai di Sarawak

khabarnya dah diluluskan oleh kak ROS...
sumbernya disni.http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/bn-adds-1-malaysia-to-its-logo-as-snap-polls-loom/
 Cuma nak lihat apa reaksi Wan Ahmad pencacai umno dalam SPR ni kerana dulu di PRK Galas katanya pakai t-shirt ada logo 1 malaysia boleh. Besar mana pun tak kira . Dah terbau hancing kerana dia akan kencing rakyat malaysia lagi.

Tuesday, November 23, 2010

KERUSI MELAYANG SEMASA PEMILIHAN MPP PKR?

Orang Bangi turut tidak berkecuali membincangkan scenario pilitik terkini. Antara yang selalu ‘diminitkan’ semasa makan atau minum ialah kucar-kacir dalam PKR kerana cuba mengamalkan amalan ‘satu ahli satu undi’ buat pertama kali dalam sejarah politik Malaysia. Cara ini sebenarnya dipraktikan semasa pemilihan Presiden Amerika. Cara ini didakwa dapat membendung gawatnya membeli atau dalam istilah yang lebih mesra didengar ‘RASUAH’ pemilihan. Satu penyakit yang telah lama membarah dalam parti-parti  politik BN diterajui oleh UMNO.

Di Kelantan khabarnya ongkos yang perlu dileburkan untuk menjadi calon wakil rakyat UMNO  bertanding dalam PRU adalah jauh  lebih murah berbanding menjadi calon ketua bahagian ditempat masing-masing. Kenapa begitu?
“Pelik sungguh orang Kelantan ni,” sampok seorang teman yang baru sahaja menjadi ‘ahli kabinet’ warong makan.

Ramai yang tidak menyedari peruntukkan dari kerajaan pusat kepada kerajaan negeri harus melalui laluan ‘poket UMNO’. Dalam kata lain segala peruntukan yang sepatutnya turun  melalui  wakil rakyat DUN atau wakil Parlimen tetapi dinafikan hak mereka. Sebaliknya ketua bahagian mempunyai kuasa yang besar untuk menggunakan peruntukan itu. Dalam konteks Bangi-parlimennya Serdang. Ahli parlimen Serdang (YB Teo Nie Ching – masih single)yang seharusnya mendapat peruntukan RM 1.5 juta setahun untuk membiayai pelbagai program dikawasannya dinafikan haknya. Sebaliknya 2 orang mangkuk ini yang dapat – Datuk Ho Lee Lee dan Datuk Fathil. Tetapi khabarnya Datuk Fathil lebih berkuasa ke atas peruntukkan RM 1.5 juta itu. Duit gantung banner dan duit yang dihebohkan melalui akhbar kata dah serah pada semua surau dan masjid di Bangi rasanya dari duit inilah. Kata RM 1.5 juta, surau atau masjid kau orang dapat ke masa puasa lepas?

Begitulah kuatnya pengaruh ketua bahagian maka tidak mustahil ramai yang sanggup melabur puluhan malah jutaan RM. Cuma dalam pemilihan PKR ini ceritanya  ramai yang bercita-cita menjadi calon wakil rakyat bagi PKR. Barangkali lepas mereka tengok macam mana mudahnya‘kuda kayu’ macam ADUN Pelabuhan Kelang boleh menang semasa PRK 12. Banyak perkara yang orang ramai tidak faham dan yang pentingnya, aku sendiri tidak faham kenapa itu berlaku.
Bagaimanapun tahniah diucapkan kepada PKR kerana berani  memulakan satu proses demokrasi yang mana parti-parti lain yang lebih senior pun belum mampu melaksanakannya. Termasuklah UMNO, PAS, DAP dan Makkal Sakti.

Kekecohan berlaku semasa proses pemilihan PKR ini?

 Biasalah tu. Bak kata Mawi,”Ribut dalam cangkir sahaja”. Media pro- kerajaan terutama TV3 memang tunggu berita kecoh-kecoh  macam ini. Pantang dengar ada proses pemilihan MPP PKR, terus team media mereka focus lensa mereka . Dapat bonus kalau masa liputan itu ada beberapa kerat yang selalu mereka mendakwa ahli PKR buat demo. Boleh sponsor 14 buah bus pulak tu. Mana mereka ini dapat duit. Koman-koman pun RM 15 ribu diperlukan untuk sewa bus, duit makan dan tak kan takde duit upah?

Walaupun hampir setiap hari TV3 dan RTM menyiarkan kekecohan yang berlaku. Namun mereka tetap kecewa kerana tiada insiden baling kerusi seperti mesyuarat UMNO Negeri Sembilan dan tiada insiden berebut ‘microfon’ dan kerusi  seperti di mesyuarat UMNO Kedah.  DS Samy Vellu kalau dapat lihat adengan itu mesti menjuihkan mulutnya. Masih tiada lagi parti yang dapat menandingi partinya dalam hal ini.


- yang ni kat Kedah.










KECOH… Sebahagian daripada anggota perwakilan cuba mententeramkan perwakilan yang bertengkar ketika Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Seremban di dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja’afar . – fotoBERNAMA



Sunday, November 21, 2010

ANTARA BAPAK FELDA DAN ANAK FELDA SIAPA LEBIH BERTANGGUNGJAWAB?

Secara relatifnya ANAK- Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan lebih dahulu ditubuhkan bagi menjiwai pelbagai masalah yang dialami oleh peneroka sejak dulu. Peranan yang dimainkan organisasi yang dipimpin oleh Presidennya ialah Mazlan Aliman yang juga  merupakan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat amat berkesan sekali sehingga menimbulkan kesedaran dikalangan ramai peneroka terutama dari generasi kedua dan ketiga peneroka. ANAK mempunyai ahli seramai 2,000 orang ternyata satu ancaman kepada kerajaan BN yang selama ini menggunakan peneroka sebagai 'fixed deposit' mereka.

Pada PRK Hulu Selangor ternyata kubu kuat UMNO ini masih gagal ditembusi dan ternyata memberi kemenangan kepada calon BN. Namun kejayaan beberapa kumpulan peneroka Felda di Kelantan dalam tuntutan kes mereka di makhamah memberi tamparan hebat pada kepada Felda khususnya kerajaan BN. Momentum ini jika dapat diteruskan pada kawasan Felda yang lain semestinya mengkucar-kacirkan kesetiaan peneroka Felda terhadap BN dan seterusnya kedudukan politik dikawasan Felda akan menjadi sebaliknya.

Bagi mengimbangi keadaan ini maka BAPAK- Biro Aduan Peneroka Kebangsaan ditubuhkan. Namun usaha ini dilihat sebagai satu tindakan yang tidak benar-benar serius. Umum mengetahui malah mengalami situasi dimana banyak aduan-aduan yang dibuat selama ini tidak langsung ditanggani secara pro-aktif. Maka penubuhan BAPAK dilihat sebagai kosmetik politik. Mengaburi mata rakyat seolah kerajaan BN sekarang cukup prihatin terhadap permasalahan rakyat.

Seharusnya jika kerajaan BN benar-benar ikhlas segala aduan dan isu-isu yang berkaitan dengan Felda diangkat untuk segera diselesaikan dan bukan hanya usaha mengumpulkan aduan-aduan.

Ternyata BAPAK baru sahaja sedar bahawa dirinya adalah dari kalangan mereka yang telah melupakan tanggungjawab mereka. Satu perbuatan yang sinonim dengan ramai pemimpin BN yang telah lama berkuasa.

Thursday, November 18, 2010

HUTANG, HUTANG DAN HUTA ....NG

Inilah kenyataan hidup golongan rakyat marhaen Malaysia, dari lahir dah menanggung hutang, hutang... dan berhutang. Dimana tanggungjawab kerajaan yang memungut berbilion cukai... wallahu'alam.

Pelajaran kena bayar, Hospital kena bayar segala-galanya kena bayar. Yang kaya raya adalah Menteri-Menteri, Kaum Kerabat Menteri, kroni-kroni menteri dan aparat-aparat yang berkaitan DAN sewaktu dengannya...

Rakyat...? Nak jual sabun pun kena rampas...
Nak jual longgok-longgok buah kena rampas
MINTAK LESEN tak dapat...
Mintak Permit Teksi... sendiri mau ingatlah.....

Nak Melawan????

LAMA LAMA APA AKAN TERJADI... FIKIR-FIKIRLAH SENDIRI APA AKAN JADI... BILA RAKYAT TAMBAH TERHIMPIT...

Jom.... lihat Sejarah Pemerintahan Malaysia:

Zaman Tengku Abdul Rahman:
Siapa dapat masuk U dapat Biasiswa, habis belajar dan berkhidmat. Kerja senang dapat bagi Graduan, malah belum habis lagi dah ada offer.
Bagi Graduan gaji starting lebih kurang RM1000.00
Barang makan bukan main murah: Ikan kembung 15 sen sekati
Beras segantang (3KG) RM1.20
Basikal RM90.00 Raleigh beb...
Harga Motosikal Kapcai RM 350.00 (Honda) Vespa RM600.00
Harga kereta Nissan 1200 masa itu ialah RM7000.00 (Brand New)
Hantaran Kahwin RM200 - RM300 jer....

Era Abdul Razak;
Ada Biasiswa. Gaji Graduan starting: RM1200.00
Honda Kapcai RM800.00
Harga kereta Nissan Sunny 1200 RM9500.00 [Brand New]
Hantaran Kahwin RM1000... kira dah besar tu...

Era Husain Onn
Masih ada Biasiswa (Bagi yang score baik)
Gaji Graduan starting: RM 1300.0
Honda Kapcai RM 2000
Harga kereta Nissan Sunny 1300 RM 12000.00 [ Brand New ]
Hantaran Kahwin antara RM 1000 ke RM 3000

Era Mahadhir
Awal: Masih ada Biasiswa berpilih
Akhir tiada lagi Biasiswa hanya ada Pinjaman PTPTN 4% faedah/MARA
Gaji Graduan RM 1600.00
Honda Kapcai RM 4000.00 ++
Harga kereta Malaysia [ Proton ] RM 21,000
Kemudian RM 33,000
Kemudian RM 49,000

Begitulah seterusnya sampai hari ini..., barang makanan melambung tinggi. Dikenakan bermacam-macam cukai. Jurang pendapatan antara miskin dan kaya melebar jauh. Jenayah pun meningkat, PATI pun meningkat. Statistik Pesakit dan Penyakit makin meningkat. Masalah sosial bertambah-tambahlah meningkat.

Takda Menteri yang tak Jutawan, Mahkamah pun dah haru biru. Polis... seperti yang kita tahu, SPRM... buat-buat tak tahu, SPR.... dah jadi macam lembu.

Kemana perginya hasil bumi kita..???
Kemana perginya hasil minyak kita..???
Kemana perginya hasil getah kita..???
Kemana perginya hasil kelapa sawit kita..???
Rakyat marhain bertambah sengsara... Simpanan...??? ZERO... habis bulan habis gaji...

ZAMAN TUNKU RAHMAN: DUIT KITA TINGGI DARI SINGAPORE
ZAMAN RAZAK: MASIH AGAK TINGGI DARI SINGAPORE
ZAMAN HUSSSEIN: DUIT KITA SETARA DENGAN SINGAPORE
ZAMAN MAHATHIR: DUIT KITA RENDAH DARI SINGAPORE
ZAMAN ABDULLAH LAGI RENDAH
ZAMAN NAJIB LAGI JAUH RENDAH....

Tak lama lagi nilai duit kita mungkin sama dengan Indonesia, Gaji pegawai juta-juta tetapi hanya boleh guna motorsikal...

Jika di bandingkan dengan Thailand, banding dengan Vietnam, banding dengan China. Suatu masa dulu kita didepan mereka, kini... dan selamanya mereka sudah jauh kedepan...

Oh Negara Ku...yang permai... aman dan damai... tetapi kehidupan rakyatnya masih yang belum damai...

Mulai sekarang sebaik saja dapat anak: Belilah insurans (ada macam-macam jenis insurans) kalau tidak... anak-anak tak dapat belajar tinggi...

Pilihan Kedua:
SIAPLAH NANTI PADA PILIHAN RAYA AKAN DATANG, KITA BUATLAH PILIHAN YANG TEPAT..... KITA KEMBALILAH KEPADA AJARAN AGAMA IAITU:

PILIH CALON JANGAN PILIH PARTI...

KITA PILIH ORANG BERIMAN, BERTAQWA, BERAMANAH, BERPENGETAHUAN, BERPRINSIP DAN BERMARUAH.

DEMI ANAK CUCU KITA....

OLEH Ikut Suka Aku

Tuesday, November 16, 2010

MEDIA PERDANA TERUSKANLAH PEMBOHONGAN ITU.

Disebalik pembohongan yang berterusan media perdana terhadap keadaan mangsa banjir di utara rupanya ada kebaikkan juga. Hasilnya rakyat diseluruh Malaysia khasnya Bangi terpanggil untuk menghulurkan bantuan. Usaha yang dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS Serdang contohnya menjalankan kempen kutipan derma diseluruh surau dan masjid di Bangi yang menganjurkan sembahyang Jumaat pada minggu lepas. Hasilnya lebih dari RM 12 ribu berjaya dikumpulkan untuk disalurkan pada mangsa-mangsa banjir di utara.

Dalam waktu yang sama  unit AMAL Serdang telah menghantar puluhan ahlinya(ada yang terpaksa mengambil cuti bukan untuk berhari raya tetapi untuk membantu mangsa banjir)bagi membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan rumah mereka. Turut dibawa bersama mereka ialah beberapa peralatan seperti jet semburan air yang baru sahaja dibeli khusus untuk membantu mangsa banjir.

Semasa banjir besar melanda Johor dulu unit ini dikenali sebagai 'tentera semut merah'.Mereka telah berkhidmat dengan cemerlang tanpa mengharapkan sebarang penghargaan terutama dari pihak media. Mungkin mangsa-mangsa banjir di Johor lebih memahami dan menghargai pertolongan yang telah mereka berikan. Berbanding pihak-pihak yang menebeng muka dan telah turut sama menolong menghabiskan nasi kawah yang dihidangkan.

MEDIA PERDANA TERUSKANLAH PEMBOHONGAN ITU

Tuesday, November 2, 2010

BAHANA KALAU PILIH PEMIMPIN NGAJI TAK TINGGI

Kejadian ini telah berlaku semenjak tahun 2008 lagi. Walau pun menyedari UMNO bukan lagi mewakili kerajaan Selangor tetapi masih terdapat pemimpin UMNO yang masih lagi menggunakan jata kerajaan Selangor sewenang-wenagnya. Dalam kes di Bangi pemimpin UMNO masih lagi mengantung kain rentang dengan jata kerajaan Selangor bersama logo ‘keris telanjang’ mereka.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bagi membuktikan mereka berkuasa biasanya kain rentang itu digantung di pagar-pagar sekolah dan juga di tempat awam yang lain. Terpampang bersama mereka ialah gambar DS Najib bersebelahan seolah menunjukkan mereka ini mempunyai jawatan terkanan selepas DS Najib.. Turut tertera ialah jawatan ’penyelaras DUN Bangi’. Orang ramai dikelirukan sehingga wujud persoalan, jika majoriti rakyat telah memilih seorang ADUN apa perlu jawatan penyelaras DUN. Apakah mereka dari pihak yang sama?

Apa pun ramai penduduk Bangi yang majoritinya mempunyai pendidikan yang tinggi cuma melihat pemandangan ini dengan sifat kasihan kerana menyedari bahawa orang yang mendakwa ‘penyelaras DUN Bangi’ itu hanya mempunyai pendidikan setakat SPM sahaja. Mungkin beliau tidak mempunyai pengetahuan tentang hal ini.

Untuk pengundi di Galas, anda mungkin akan berdepan dengan masalah yang lebih teruk dari ini jika anda memilih seorang yang hanya lulus setakat SPM sahaja untuk mewakili anda. Selamat Mengundi pada 4 November ini.