Wartawan akhbar The Sun, Radzi Razak yang mendakwa dipukul sehingga tujuh orang anggota polis hari ini menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Radzi, Najib telah meminta maaf kepadanya atasinsiden tersebut.
Najib dilihat berbisik kepada Radzi ketika melawat wartawan tersebut di wad Hospital Kuala Lumpur hari ini.
Radzi ketika ditemui mendakwa beliau dipukul oleh tujuh anggota berkenaan ketika berada di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Razak dalam insiden semalam.
Jika benar Najib ada berbuat demikian maka dimanakah Hishamuddin nak letak muka apabila memperkatakan bahawa PDRM telah bertindak dengan penuh profesional?
Barangkali skrip yang dilemparkan pada Najib tidak diterima oleh Hishamuddin. Bidasan awal Menteri Dalam Negeri itu ternyata merestui keganasan yang dilakukan oleh PDRM. Bila menyedari banyak pihak terutama media luar negara mengecam tindakan itu maka Najib mengambil tindakan sebaliknya kerana memikirkan implikasi politik yang semakin membebankan kerajaan pimpinannya.
1 comment:
polis tak kan minta maaf... walau pun apa yang mereka buat tu salah.Mereka tahu apa yg mereka lakukan itu salah tapi nak hidup dan ikut arahan membuta tuli tanpa guna otak... mereka lakukan jugak..
Mereka akan minta maaf kalau lah nyawa mereka dah nak kat sakaratul maut... itu pun dah terlambat...
Post a Comment