Merujuk kepada post dari drshafie.blogspot. sebenarnya kawasan yg dimaksudkan ialah gerai luar bandar pada istilah Majlis Daerah kajang. Ada beberapa lokasi antaranya di seksyen 1, seksyen 16, kawasan kilang, kampung bahgia dan sg. ramal. Diatas kertas semuanya cantik wujudnya gerai ini memberi peluang untuk rakyat berniaga dalam premis yang murah kadar sewanya(pada ketika itu RM 30 - RM70).
Memasukkan elemen penguasaan parti dalam pentadbiran maka bila tindakan engkar dilakukan hukuman tidakdapat terlaksana. Syabas pada Zon 23 MPP yang memilih peserta melalui surau-surau dan NGO. Satu perubahan yang mengiktiraf suara rakyat.
Namun kita jangan sesekali membenci golongan UMNO sebenci-bencinya sebagaimana sesetengah ahli PAS lakukan. Seolah semua apa tindakan mereka itu dijijikan. Pelajari sesuatu yang positif dan negatif dari mereka kerana kelak kita jangan terhumban sama dalam kejijikan. Dihukum oleh rakyat dan yang pentingnya dikeji Allah s.w.t.
Saturday, March 21, 2009
Thursday, February 26, 2009
PELURU PEMUDA UMNO
(dari malaysiakini)Karpal Singh menerima penagan kerana men'celaka'an pemuda UMNO. Beliau telah dikepung oleh kira-kira 30 orang yang dikenal pasti sebagai pemuda UMNO ketika ingin masuk ke pintu utama bangunan parlimen. Dewan semalam gawat apabila Karpal Singh mendakwa menerima ugutan berserta dua butir peluru hidup.
Tindakan mengepung dan mengasari seorang ahli parlimen amat dikesali apatah lagi berlaku kepada orang kurang upaya.
Manakala Karpal pula dengan tegas berkata: "Saya mungkin kurang upaya, tetapi saya tidak tunduk kepada ugutan mana-mana pihak."
Kejadian ini difahamkan pertama kali berlaku di parlimen, tempat perundangan digubal. Ini mencerminkan sikap pemuda UMNO yang sebenar.
Monday, February 23, 2009
PPSMI: ADILKAH UNTUK PELAJAR LUAR BANDAR?

Menguasai pelajaran dan menguasai bahasa Inggeris yang menjadi pengantar kepada pelajaran adalah dua usaha yang berbeza. Jika ianya ingin dilakukan serentak maka berlakulah ketidakadilan dalam pendidikan terutama kepada pelajar luarbandar. Apa yang perlu ditegaskan disini ialah bantahan kepada PPSMI bukan bermakna kita meminggirkan bahasa Inggeris. Islam meletakkan kewajipan menuntut ilmu ditempat yang tinggi. Yang menjadi persoalan ialah dasar PPSMI telah dibuat tanpa mengambilkira pandangan tokoh-tokoh pendidikan. Ada pihak tertentu yang mendapat keuntungan dengan membekalkan peralatan sokongan kepada PPSMI.
Dasar PPSMI yang mula dilaksanakan pada tahun 2003 mendapat tentangan hebat terutama pada kalangan tokoh-tokoh pendidikan di Bangi. Pernah diadakan satu forum membincangkan perkara tersebut pada tahun 2004 di Bangi. Antara tokoh yang terkenal membantah PPSMI ialah Prof. Shahrir Mohd. Zain. Berpuloh tahun beliau berkhidmat di UKM sebagai profesor matematik dengan memartabatkan bahasa Melayu sebagai pengantar. Antara yang diingat ialah perkataan "epsilon" ditukar kepada "terendak". Setelah enam tahun kini suara bantahannya dapat disatukan dengan suara rakyat. Tarikh 7 Mac dinantikan.
Tuesday, February 10, 2009
Thursday, May 22, 2008
AWASI ANAK KITA
242 budak hilang Jan-Mac May 22,
Sebanyak 242 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini dan hanya 114 kanak-kanak berjaya ditemui semula, kata menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.
Datuk Dr Ng Yen Yen berkata, 1,168 kes budak hilang dilaporkan tahun lepas, manakala 1,478 kes pula pada 2006. Secara purata 3.5 kes kanak-kanak hilang dilaporkan sehari dan hampir 80 peratus kes tersebut membabitkan kanak-kanak perempuan.
Apakah tindakan kita?

Monday, May 19, 2008
Foto-foto sekitar Pertandingan Bolasepak dan Bola Jaring antara PASTI Kawasan Serdang

Bandar Baru Bangi 19 Mei 2008: PASTI Kawasan Serdang telah berjaya mengadakan sukan khusus untuk anak-anak pelajar PASTI sekitar Serdang dan menurut Pengarah program Tuan Haji Shahronizam, ianya bertujuan untuk mencungkil bakat -bakat muda yang akan menerajui sukan bolasepak dan bola jaring dimasa akan datang. Dengan penyertaan yang menggalakkan dari pengusaha PASTI sekaligus memberi semangat kepada AJK program untuk mengadakan acara seperti ini dengan lebih meriah lagi.Sunday, May 18, 2008
SUKAN PASTI KAWASAN SERDANG
PERINGATAN KEPADA WARGA BANGI, JOM BERI SOKONGAN
SUKAN PASTI KAWASAN SERDANGPASTI SERDANG MEMPELAWA TASKA/TADIKA YANG BERMINAT UNTUK TURUT MENGHANTAR KONTINJEN. PENYERTAAN TADIKA/TASKA (SELAIN PASTI) BERDASARKAN SIAPA CEPAT DIA DAPAT KERANA KEKANGAN TEMPAT DAN MASA.TEMPAT : STADIUM SEKSYEN 15 BANDAR BARU BANGIMASA : 7.00 PAGI - 1.00 TGHTARIKH: 19 MEI 2008 (ISNIN - CUTI UMUM :WESAK)OBJEKTIF: SEBAGAI 'MERAKYATKAN' SUKAN PASTI KAWASAN SERDANGACARA YANG DIADAKAN ADALAH :BOLASEPAKBOLAJARINGUntuk keterangan lanjut dan borang pentertaan, hubungi;ZULKIFLEE (PENGARAH SUKAN) :012-651 1931SHAHRONIZAM (PENGARAH PASTI KAWASAN) : 012-392 8373

Subscribe to:
Posts (Atom)