Thursday, April 30, 2009

CERITA SEKETUL TAHI

Tiba-tiba gempar diperkatakan oleh jemaah akan seketul tahi di saf hadapan satu masjid. Letak masjid yang dulunya uzur kini mula berubah dengan lampu yang baru, ruang jemaah yang bertambah, penuh dengan program dan berhawa dingin. Jika dulu masjid ini hanya dikunjungi oleh warga tua dan mereka yang benar-benar mengimarahkan masjid kini jemaahnya semakin ramai.

Cerita seketul tahi itu diperkatakan oleh khalayak ramai termasuk mereka yang hanya berjemaah sekali sahaja setahun semasa solat hari raya. Kalangan ustad berhujah panjang lebar akan hukum fekah mengenai najis. Kalangan doctor berhujahkan najis dari sudut kesihatan. Kalangan pencipta alam sekitar pula berhujah kesannya pada alam sekitar. Semua pihak menyatakan pandangan berdasarkan pengethuan yang mereka miliki.

Pelbagai cadangan dikemukakan. Ada yang mencadangkan mahluk yang membuang najis itu dipakaikan lampin. Ada yang mencadangkan diadakan gerakan besaran memburu dan menghalau mahluk itu. Sehingga ada yang mencadangkan agar dikhatan mahluk itu.

Disatu sudut lain ada pihak sedang mengambil kesempatan dari peristiwa ini. Mereka adalah mantan jawatankuasa masjid yang tersingkir dari pemilihan. Mereka mula mencanangkan bahawa jawatankuasa baru sekarang tidak layak dan sentiasa berbalah sesama sendiri. Ditambah lagi cerita bahawa jawatankuasa sekarang punca jemaah berpecah belah dan membiarkan mereka diperalatkan oleh orang lain.

Namun cerita seketul tahi itu tiba-tiba terhenti bila siak masjid yang bercuti selama tiga hari kerana keuzuran mula bertugas. Diambilnya penyapu kecil lalu disapunya tahi yang telah kering itu kedalam bekasnya lalu dibuang. Lagipun ia hanya seketul tahi cicak yang berak tak kira dimana sahaja samada dalam masjid, dalam dewan orang ramai, dalam pejabat bahkan dalam rumah kita sendiri.

SELAMAT HARI PEKERJA KEPADA SIAK MASJID. Yang lain tu hangpa fikir sendiri.

Saturday, April 18, 2009

ANDA MENGANGGUR?

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
PROGRAM TRAIN AND PLACE SECARA PERCUMA

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengikuti Program Train and Place yang dilaksanakan bagi mempertingkat dan menjamin peluang pekerjaan kepada warganegara Malaysia.

Syarat dan Kelayakan

1. Program ini terbuka kepada :
i. Pekerja yang diberhentikan
ii. Siswazah menganggur
iii. Belia Mengganggur.

2. Pemohon perlu terlebih dahulu berdaftar dengan portal JobsMalaysia di http://www.jobsmalaysiia.gov.my/

Tempoh Latihan
Latihan akan dijalankan pusat latihan yang dilantik oleh Kementerian Sumber Manusia bagi tempoh 1 hingga 6 bulan.

Cara Memohon
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan yang disediakan seperti dilampirkan atau secara on-line melalui portal http://www.jobsmalaysia.gov.my/

Yuran Latihan / Elaun Sara Diri
1. Yuran latihan adalah ditanggung oleh Kementerian Sumber Manusia.
2. Pelatih akan diberikan elaun sara diri minima RM 500.00 sebulan.

Alamat
Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke
alamat berikut :

Ibu Pejabat
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
Aras 5, Blok D3, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA.

Pertanyaan
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui talian 03-88889111 (Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan)

Wednesday, April 15, 2009

MB TERENGGANU WAKIL RAKYAT PARTI CAP AYAM


"Adakah anda ingat kami wakil rakyat cap ayam, macam menteri besar (sekarang)?"

Begitulah komen dari ADUN Alor Limbat (BN)

Jika berlaku hal begini 'Bapa Ayam' perlulah nasihatkan anak-anak ayam. Taburkan padi, jangan nak berkokok saje kenen kat ayam betina tu.

Saturday, March 21, 2009

JANGAN MEMUSUHI UMNO KETERLALUAN.

Merujuk kepada post dari drshafie.blogspot. sebenarnya kawasan yg dimaksudkan ialah gerai luar bandar pada istilah Majlis Daerah kajang. Ada beberapa lokasi antaranya di seksyen 1, seksyen 16, kawasan kilang, kampung bahgia dan sg. ramal. Diatas kertas semuanya cantik wujudnya gerai ini memberi peluang untuk rakyat berniaga dalam premis yang murah kadar sewanya(pada ketika itu RM 30 - RM70).

Memasukkan elemen penguasaan parti dalam pentadbiran maka bila tindakan engkar dilakukan hukuman tidakdapat terlaksana. Syabas pada Zon 23 MPP yang memilih peserta melalui surau-surau dan NGO. Satu perubahan yang mengiktiraf suara rakyat.

Namun kita jangan sesekali membenci golongan UMNO sebenci-bencinya sebagaimana sesetengah ahli PAS lakukan. Seolah semua apa tindakan mereka itu dijijikan. Pelajari sesuatu yang positif dan negatif dari mereka kerana kelak kita jangan terhumban sama dalam kejijikan. Dihukum oleh rakyat dan yang pentingnya dikeji Allah s.w.t.

Thursday, February 26, 2009

PELURU PEMUDA UMNO

(dari malaysiakini)

Karpal Singh menerima penagan kerana men'celaka'an pemuda UMNO. Beliau telah dikepung oleh kira-kira 30 orang yang dikenal pasti sebagai pemuda UMNO ketika ingin masuk ke pintu utama bangunan parlimen. Dewan semalam gawat apabila Karpal Singh mendakwa menerima ugutan berserta dua butir peluru hidup.

Tindakan mengepung dan mengasari seorang ahli parlimen amat dikesali apatah lagi berlaku kepada orang kurang upaya.

Manakala Karpal pula dengan tegas berkata: "Saya mungkin kurang upaya, tetapi saya tidak tunduk kepada ugutan mana-mana pihak."

Kejadian ini difahamkan pertama kali berlaku di parlimen, tempat perundangan digubal. Ini mencerminkan sikap pemuda UMNO yang sebenar.

Monday, February 23, 2009

PPSMI: ADILKAH UNTUK PELAJAR LUAR BANDAR?


Menguasai pelajaran dan menguasai bahasa Inggeris yang menjadi pengantar kepada pelajaran adalah dua usaha yang berbeza. Jika ianya ingin dilakukan serentak maka berlakulah ketidakadilan dalam pendidikan terutama kepada pelajar luarbandar. Apa yang perlu ditegaskan disini ialah bantahan kepada PPSMI bukan bermakna kita meminggirkan bahasa Inggeris. Islam meletakkan kewajipan menuntut ilmu ditempat yang tinggi. Yang menjadi persoalan ialah dasar PPSMI telah dibuat tanpa mengambilkira pandangan tokoh-tokoh pendidikan. Ada pihak tertentu yang mendapat keuntungan dengan membekalkan peralatan sokongan kepada PPSMI.

Dasar PPSMI yang mula dilaksanakan pada tahun 2003 mendapat tentangan hebat terutama pada kalangan tokoh-tokoh pendidikan di Bangi. Pernah diadakan satu forum membincangkan perkara tersebut pada tahun 2004 di Bangi. Antara tokoh yang terkenal membantah PPSMI ialah Prof. Shahrir Mohd. Zain. Berpuloh tahun beliau berkhidmat di UKM sebagai profesor matematik dengan memartabatkan bahasa Melayu sebagai pengantar. Antara yang diingat ialah perkataan "epsilon" ditukar kepada "terendak". Setelah enam tahun kini suara bantahannya dapat disatukan dengan suara rakyat. Tarikh 7 Mac dinantikan.