Saturday, May 29, 2010

JUDI MERAPATKAN HUBUNGAN DAP-PAS

Satu artikel yang menarik dari tokpepijat dipetik habis tanpa edit.
Oleh tokpepijat

Dulu setiap kali PAS dapat menjadi kerajaan negeri selepas pilihanraya umum, maka berkunjunglah pimpinan tertinggi DAP mengunjungi MB baru Kerajaan PAS.

Oktober 1990, Lim Kit Siang bersama rombongannya mengunjungi MB Kelantan TG Nik Aziz di Kota DarulNaim. Perkara yang sama juga dilakukan pada November 1999 di Wisma DarulIman untuk kunjungan hormat berjumpa MB Terengganu TG Haji Hadi.


Umum melihat motif kunjungan pimpinan DAP adalah membawa mesej kebimbangan 3 perkara dari penduduk bukan Islam. Tiga perkara itu ialah Babi, Arak dan Judi.

Bagi DAP yang mewakili perasaan kebimbanganbukan Islam, jika PAS berkuasa 3 benda tentunya akan diharamkan. Barangkali itulah "ajaran sesat lagi menyesatkan" yang dipelajari dari UMNO.

Kini, masa dan keadaan telah berubah. Dan pemikiran DAP juga telah berubah.

PAS telah menguasai Kelantan masuk tahun ke 20. Orang bukan Islam boleh makan daging babi "bertan-tan" dan togok arak hingga "pecah perut". Tiada larangan. Bebas.

Cumanya judi sahaja diharamkan. Ini kerana ia memberi mudarat semua orang. Satu bentuk penipuan. Ramai keluarga merana dan sengsara akibat judi. Penyakit sosial bertambah akibat judi. Akibatnya semua rakyat Malaysia menanggung bahana akibat lesen yang diberikan oleh UMNO.

Inilah yang memberi "keinsafan" kepada DAP. Walaupun DAP sebuah parti sekular, tetapi pemikiran dan perjuangannya juga melihat nilai moral dan kemanusiaan sebagai perkara yang perlu diutamakan.

Apabila DAP menyatakan bantahan terhadap lesen judi bola, ini suatu yang "amat memeranjatkan" UMNO. UMNO terkejut "beruk"!

Bagi UMNO, tentunya DAP bersama mereka dalam isu judi kerana bagi UMNO judi adalah budaya orang Cina. Lebih "menyayatkan hati" UMNO, MCA juga senada dengan PAS dan DAP.
Dengan isu judi ini, terserlah lagi kemunafikan UMNO dalam Islam.

Cuba bayangkan di tangan kanan PM Najib memegang tasbih manakala tangan kirinya pula meluluskan lesen judi!

Barangkali setiap kali rakyat Malaysia melihat wajah Najib, mereka terbayangkan dan mengingatkan kepada dua perkara iaitu Mongolia dan kini judi pula.



Bagi PAS, kebersamaan DAP dalam isu judi adalah suatu yang menarik dan sebagai titik mula dakwah. Pimpinan dan jentera PAS perlu lipat ganda penerangan tentang keburukan segala judi kepada DAP. Bukan sekadar judi bola.

PAS perlu menerangkan bahawa segala judi hendaklah diharamkan di bumi Malaysia. Judi adalah satu simbol penipuan dan penyakit masyarakat.

Apapun, yang pasti kata-kata TG Nik Aziz mempunyai maksud tersirat tentang DAP, "Di dada Karpal ada bulan........! Sama-sama kita renungi.
http://tokpepijat.blogspot.com/

Cuma nak tambah sikit dalam kes di Bangi hubungan DAP-PAS kamcing maa.Kerana ADUN dari PAS dan MP dari DAP. Ini menyebabkan hubungan dengan PKR kurang ngam sikit. Orang PAS cakap orang PKR ini membuli PAS kerana Selangor diterajui oleh PKR. Orang PKR cakap PAS buli mereka kerana mereka tiada wakil rakyat PKR kat area sini. Kedunguan diperingkat akar umbi ini harus dirungkai bersama. Semangat Pakatan Rakyat harus disemarakan keperingkat akar umbi . Masing-masing harus menyelami hatibudi semua pihak agar tuduh menuduh sedemikian dilenyapkan oleh persaudaraan yang akrab.

Saturday, May 22, 2010

PERKASA DAN PERSEKOKONGLAN DGN PERJUDIANNYA.

Apa hubungan PERKASA dengan perjudian. Boleh lihat disini , disini , disini dan disini. Pasal tu dia suka berjudi (mencabar) kerajaan negeri PR menutup premis judi di PBT masing-masing. Kedunguan menyerlah pada bekas Menteri Undang-Undang (patutpun digugurkan oleh Pak Lah) kerana tidak memahami :-

a) Perlembagaan Persekutuan,
b) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953
c) Akta Pertaruhan Pool 1967
d) Akta Perlesenan Perniagaan 1948

MASALAH PR DI SELANGOR

Jika dibuat perbandingan antara kerajaan PR sekarang dan BN dahulu memang banyak perbezaan. Kerajaan PR dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) jika dieksploitasikan secara besar-besaran sebenarnya akan memanjangkan tempoh hayat kerajaan PR di Selangor. Salah satu sebab kenapa PR kalah di Hulu Selangor tempoh hari ialah maklumat mengenai MES ini tidak sampai kepengetahuan rakyat. Lebih teruk lagi ada berita mengatakan duit Skim Mesra Usia Emas (SMUE) itu dari kerajaan pusat.
(Gambar penyampaian SMUE fasa ke-2 di Pusat Komuniti Fasa 4 Bangi pada 22.5.2010)

Dr. Zulkipli Ahmad dalam satu seminarnya di PKNS Bangi pernah menyuarakan bahawa dasar MES ini sebenarnya adalah senjata yang ampuh namun kita berdepan dengan masalah 'delivery' iaitu penyampaian maklumat. Ini kerana semua media perdana lebih memihak kepada kerajaan BN.

Peranan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN (sekarang ADNS- Ahli Dewan Negeri Selangor) perlu diperkasakan semaksima mungkin. Begitu juga cawangan-cawangan perlu memainkan peranan yang lebih aktif membantu PKM . Disamping itu kerajaan negeri Selangor perlu membekalkan maklumat secukupnya mengenai MES ini.

Bangi wajar mencontohi Gombak yang menubuhkan satu skuad khas dipanggil Skuad MES. Skuad ini diterajui oleh Dewan Pemuda dengan keanggotaannya berjumlah 200 orang telah turun padang berjumpa rakyat di pasar malam dan dari rumah ke rumah. Menyampaikan risalah penerangan mengenai MES. Mampukah Bangi mencontohi Gombak?

Thursday, May 20, 2010

JUDI ITU MENGUNTUNGKAN?

Menguntungkan Vincent Tan towkei judi
Mengguntungkan BN kerana dapat cukai
Menguntungkan UMNO kerana boleh guna untuk beli ADUN
Menguntungkan UMNO untuk biayai pilihanrya
Mengguntungkan orang yg rapat dgn Vincent Tan utk mendapat daki duit judi.

Yang rugi ialah RAKYAT, RAKYAT dan RAKYAT.
Bila ditanya Najib pasal judi, "emmmmmmmNO comment"
Sama macam Rosmah bila ditanya pasal Altantuya. Agak-agaknya siapa arah siapa untuk menjawab stail gitu?
Siapa ajar siapa jawab gitu?

Wednesday, May 19, 2010

POLITIK AKAR UMBI

Orang kampung cakap 'grass root'. Ya barangkali itu yang tiada pada PKR ini. Memang di atas kertas PKR adalah parti yang idealis untuk percaturan politik di Malaysia yang terdiri dari berbagai kaum. Namun hakikat pahit perlu ditelan adalah sejauh mana pengikutnya menghayati perjuangan parti itu. Kebanyakkan pengikut atau ahli parti ini adalah serpihan dari UMNO dan parti-parti lain. Memang cantik dilihat dari luar memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Perlu sedar yang menyertai parti ini bukan malaikat. Maka walaupun dasar perjuangan parti adalah untuk keadilan semua kaum tidak terlepas segelintir pemimpin parti ini terpesong dan cenderung ke arah memperjuangkan sesuatu kaum.

Yelah apa guna jadi pemimpin jika tiada pengikut. Sebagai umpan kepada pengikut ini pelbagai janji ditaburkan. Satu peristiwa semasa awal pemerintahan PR di Selangor dimana diadakan rombakan ketua-ketua kampung. Jika sebelum ini ketua cawangan UMNO secara 'autamatik' dilantik menjadi ketua kampung, dibawah MB Khalid berlainan. Dilantik mereka dari kalangan bukan ahli tegar parti. Betul ke itu berlaku? Maka setiap parti (PKR,PAS dan DAP) akan mencadangkan calun-calunnya yang cuba ditutup ketegaran terhadap parti.

Kedudukan ketua kampung ini sedikit sebanyak akan cuba dilenturkan menjadi selari dengan perjuangan parti dan akan cuba dimenmanfaatkan membina pengaruh dikampung-kampung yang selama ini tegar dengan UMNOnya.

PKR seperti yang kita sedia maklum sukar mempunyai pengikut di kampung. Jalan pintas yang diterokai ialah dengan menawarkan  jawatan ketua kampung kepada ketua cawangan UMNO sedia ada dengan bersyarat. Dibubarkan cawangan UMNO dan ditubuhkan ranting PKR. Hasilnya kita lihat ramai yang dulunya adalah pencacai UMNO tiba-tiba bertukar teriakan dari 'Hidup Melayu' kepada 'Reformasi'.

Setelah setahun berlalu barulah mereka menyedari 'hasil' dari kerajaan PR ini tidak memberi penambahan pendapatan peribadi seperti sebelum ini. Terjadi perselingkuhan dalam parti. Secara diam-diam mereka ini mula menjalin hubungan dengan majikan lama mereka (yang arif tentang serakah orang seperti mereka). Mereka inilah yang menjadi duri dalam daging Pakatan Rakyat. Bila peluang terhidang mereka akan beralih arah.

Mujurlah mereka ini mudah dikesan dan tidak perlu tunggu mejelang PRU 13 untuk membuat onar. Pembersihan perlu dibuat membuang daki-daki ini. Kesetiaan mereka perlu diuji dan keprihatinan mereka perlu dihargai sekiranya mereka ini benar-benar telah beriktikad untuk bersama PR.

Tuesday, May 18, 2010

AYAM DAH BERKOKOK HANGPA CAMANE

"Jangan sangka apabila seekor ayam berkokok maka ertinya hari sudah siang", demikian ulasan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud ekoran kekalahan calon BN dalam pilihanraya kecil parlimen Sibu.





-Ulasan dari dunbangi pula ialah
"Jangan ayam dah berkokok Ketua Menteri masih diulit mimpi indah"

LU PIKIRLAH SENDIRI

Antara seorang pengubal undang-undang dengan seorang yang melanggar undang-undang.

Antara undang-undang Allah dan undang-undang ciptaan manusia.

Mungkin gambar ini untuk bagi 'clue' sedikit.

Agaknya apa yang difikirkan oleh sang suami yang duduk 'jauh' dari sang isteri. Macam berlakun plak. Lu jangan fikir yang kuning udah le yea.