Thursday, October 28, 2010
UMNO DEPAN TARUK BELAKANG TALA
Begitu juga UMNO bila berhadapan dengan orang melayu maka dikhabarkan bahawa orang cina dari DAP sedang cuba menguasai politik dan akan merampas hak-hak orang melayu. Sesiapa sahaja yang bekerjasama dengan orang cina dianggap sebagai pengkhianat melayu. Bila ditanya bekerjsama dengan MCA atau Gerakan mereka kata itu lain. Kat mana yang lain tak tahu le. Mungkin orang MCA atau Gerakan 'bersunat'?
Yang pasti lainnya ialah bila berhadapan dengan orang cina maka dikhabarkan bahawa PAS jika memerintah negara akan melaksanakan hudud. Kerajaan ala-Taliban akan ditegakkan dan segala kebebasan yang dinikmati oleh orang cina akan disentap.
Tak tahulah bila berhadapan dengan Allah nanti nak khabar apa?
Tuesday, October 26, 2010
RUMAH ATAS ANGIN & RUMAH ATAS TANAH DI GALAS
Monday, October 25, 2010
AIR KENCING NAJEEB MAHAL RUPANYA.
Ibn Qayyim memetik kata-kata Ibn Sina (pengarang Kitab al-Qanuun) : Kencing yang ada khasiat ialah kecing dari unta Badui yang dipanggil Najeeb. [Zaad al-Ma'aad, 4/47-48].
Ulama’ khilaf berkenaan dengan hukum kesucian air kencing unta. Bagi Mazhab Syafie, air kencing binatang yang halal di makan tetap najis, akan tetapi mereka mengharuskannya bagi tujuan perubatan. Berkata al-‘Izz bin Abdussalam rh. “Harus berubat dengan najis apabila tidak ada ubat yang suci yang boleh menggantikannya, kerana maslahat kesihatan dan kesejahteraan itu lebih sempurna berbanding dengan maslahat menjauhi najis. Dan tidak harus berubat dengan arak mengikut pendapat yang lebih benar.”
Walaubagaimana pun, Jumhur fuqaha’ pula mengatakan bahawa air kencing binatang yang halal di makan adalah suci, termasuk unta. WA.
Sunday, October 24, 2010
UMNO GALAS CALUNKAN LULUSAN SPM AJE?
Biodata Calon PAS:

| Nama | : Dr.Zulkefli bin Mohamed |
| Umur | : 44 Tahun |
| Tarikh Lahir | : 16hb. Januari, 1966 |
| Nama Isteri | : Zainab binti Jalar |
| Umur | : 30 Tahun |
| Tarikh Lahir | : 2hb. Jun, 1980 |
- Lulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Sarjana Muda Pembedahan Universiti Malaya Kuala Lumpur tahun 1992.
Pengalaman Kerja :
- 1992 - Pegawai Perubatan di Hospital Taiping, Perak.
- 1993 - Pegawai Perubatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan.
- 1994 - Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Chiku 3, Gua Musang.
- 1996 - Membuka Klinik Perubatan sendiri di Chiku 3, Gua Musang.
Kerjaya Politik :
- 2003 - 2005: AJK PAS Kawasan Gua Musang & juga sebagai Penyelia DUN Paloh.
- 2004: Menjadi Calon PAS Parlimen Gua Musang menentang calon BN Tengku Razaleigh Hamzah dalam PRU-11.
- 2005 - 2009: Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.
- 2005 sehingga sekarang sebagai Penyelia Parlimen Gua Musang.
- 2008: Menjadi Calon PAS Parlimen Gua Musang menentang Calon BN Tengku Razaleigh Hamzah dalam PRU-12.
- 2009: Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.
- 2010: Pemangku Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.
*Mempunyai sejumlah 10 orang adik beradik yang terdiri dari 7 lelaki & 3 perempuan. Dr.Zulkefli adalah anak yang ke-7
Ibu beliau bernama Hajah Ramlah binti Mat Jusoh, berumur 76 tahun manakala bapa beliau pula merupakan bekas ADUN Guchil, Kuala Krai pada tahun 1974-1978 iaitu Allahyarham Haji Mohamad bin Awang.
Allahyarham bapa beliau ketika hayatnya pernah menjadi Setiausaha PAS Kawasan Ulu Kelantan semasa Allahyarham Ustaz Khaidir bin Khatib menjadi Yang DiPertua PAS Ulu Kelantan
Abdul Aziz Yusuf dilahirkan pada 16 Jun 1961 di Kg. Bertam Baru Gua Musang. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya Roshana Hashim, beliau dikurniakan 4 orang anak iaitu 3 orang perempuan dan 1 orang lelaki. Dari segi latarbelakang pendidikan, Abdul Aziz memulakan pendidikan rendahnya di SK Bertam, Gua Musang. Pendidikan menengahnya di SMK Jerantut, Pahang dan kemudian masuk ke aliran teknik SMK Teknik Kuantan. Kelulusan tertinggi beliau adalah Sijil Pelajaran Malaysia.
Beliau kini berkhidmat sebagai Pengurus Pejabat Operasi Kesedar di RPT Sg. Terah. Beliau mendapat tiga anugerah kehormat iaitu, Ahli Kelantan, Seri Mahkota Kelantan dan Pingat Pangkuan Negara.
Dalam parti, beliau kini adalah Setiausaha Bahagian UMNO Gua Musang serta merupakan Ketua Cawangan UMNO RPT Limau Kasturi.(SUMBER : disni)
- Di Thailand syarat utama untuk menjadi wakil rakyat haruslah mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjanamuda dari mana-mana universiti. Samada UMNO ketandusan calon ataupun mereka tidak menhormati pengundi Galas dengan mencalunkan seseorang yang memiliki kelulusan akademik yang rendah? Bikin malu nama Malaysia aje. Lainlah kalau orang Kelantan mahu pemimpin mereka yang lulus SPM aje.
Friday, October 22, 2010
ULAMAK MUDA UMNO SOKONG ROSMAH HINA NABI
Ketua fraksi ulamak muda UMNO Fathul Bari menyelar PAS yang membantah Festival Busana Muslim(IFF) di Monte Carlo. Festival itu mendapat liputan meluas di luar negara dengan penaungnya ialah DS Rosmah. Festival itu telah mencemarkan Islam kerana apa yang ditonjolkan bertentangan dengan Islam.Dalam festival itu model-model yang mendedahkan aurat telah menghina Nabi Muhammad kerana telah menggunakan ilustrasi khat “Muhammad” sebagai salah satu fesyen.
Pendedahan ini dibuat oleh Dr. Lo’lo, muslimat PAS di Harakahdaily turut mendapat liputan dari bloger-bloger. Dewan Pemuda PAS di tiga buah negeri telah menganjurkan perhimpunan membantah penghinaan itu dengan disertai oleh beribu-ribu penyokong PAS. Sehingga kehari ini tiada sebarang penafian yang dibuat dari pihak DS Rosmah. Dipercayai pendedahan yang dibuat telah menjejaskan isteri PM yang kini sedang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO. DS Rosmah yang selalu mendapat liputan berita perdana sejak kebelakangan dengan berita-berita seolah-olah beliau menteri sesuatu kementerian terus tenggelam. Ini memberi peluang DS Sharizat Jalil untuk muncul semula didepan kaca tv. Tugasnya cuma satu mengampu kenyataan DS Najib.
Sekonyong-konyong itu muncullah ulamak muda ini(Fathul Bari) membidas pihak PAS yang didakwa sengaja membesar-besarkan isu penghinaan itu, Peluang berucap untuk pertama kali di perhimpunan agung umno digunakan untuk menonjolkan dirinya sebagai pemimpin muda. Tidak ada satu pun ayat yang dikeluarkan membayangkan penyesalan terhadap tindakan penghinaan yang dibuat terhadap Nabi Muhammad saw. Ulamak muda yang pernah mencetuskan kontrovesi dengan pembohongannya mendakwa membawa 40 orang ulamak muda menyertai umno ini semakin menyerlah dirinya yang sebenar. Bersekongkol dengan mereka yang mendakwa pembela agama Islam.
Wednesday, October 20, 2010
UMNO DAN ITIK
1.Jangan celarukan kepala 'itik' Pemuda.
Kata sahabat lama yang kini bahagia bersama UMNO. Beliau kini orang no. 2 dalam Pemuda UMNO. Beliau mengesa perwakilan tidak melaga-lagakan beliau dengan bosnya. Dalam perhimpunan beliau nampaknya cuba 'play safe'.
2. UMNO cuba mengajar itik berenang.
Kelab UMNO luar negara cuba mendoktrin pelajar dengan ideologi mereka. Tidak sah kalau isu ketuanan melayu dan isu membalas budi dibawa bersama dalam setiap siri. Malang sekali UMNO tidak menghormati dan tidak menyelami pemikiran golongan muda ini. Dua orang anak muda wakil Kelab UMNO dari Moscow dan Seoul yang diundang oleh ASTRO AWANI dalam komentarnya menyanjungi kepimpinan DS Anwar Ibrahim yang lebih 'humble' berbanding pemimpin BN.(sumber)
BIG MAMA MELAMPAU
Bagi anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, IFF jelas menghina islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu.Lebih malang, tulisan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.
"Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkan oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo' kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas IFF yang dianjurkan oleh Rosmah baru-baru ini. Walaupun dinamalkan Islamik tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak memakai pakaian yang sesuai dengan Islam ketika merasmikan program IFF itu.
Lo' Lo' juga kesal dengan sesetengah NGO Islam yang dipergunakan untuk menyokong bajet yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.
"Saya dapat maklumat ada beberapa NGO Islam diminta membuat memo menyokong bajet PM.
"Saya nak tanya NGO-NGO Islam ni, tak terasa langsung ke nak bantah penghinaan terhadap Islam oleh Rosmah atas penganjuran Islamic Fashion Festival yang penuh dengan kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan atas muslimah seluruhnya?" tanya Lo' Lo'.

