Thursday, May 22, 2008

AWASI ANAK KITA

242 budak hilang Jan-Mac May 22,
Sebanyak 242 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini dan hanya 114 kanak-kanak berjaya ditemui semula, kata menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Datuk Dr Ng Yen Yen berkata, 1,168 kes budak hilang dilaporkan tahun lepas, manakala 1,478 kes pula pada 2006. Secara purata 3.5 kes kanak-kanak hilang dilaporkan sehari dan hampir 80 peratus kes tersebut membabitkan kanak-kanak perempuan.

Apakah tindakan kita?

Monday, May 19, 2008

Foto-foto sekitar Pertandingan Bolasepak dan Bola Jaring antara PASTI Kawasan Serdang









Bandar Baru Bangi 19 Mei 2008: PASTI Kawasan Serdang telah berjaya mengadakan sukan khusus untuk anak-anak pelajar PASTI sekitar Serdang dan menurut Pengarah program Tuan Haji Shahronizam, ianya bertujuan untuk mencungkil bakat -bakat muda yang akan menerajui sukan bolasepak dan bola jaring dimasa akan datang. Dengan penyertaan yang menggalakkan dari pengusaha PASTI sekaligus memberi semangat kepada AJK program untuk mengadakan acara seperti ini dengan lebih meriah lagi.

Sunday, May 18, 2008

SUKAN PASTI KAWASAN SERDANG

PERINGATAN KEPADA WARGA BANGI, JOM BERI SOKONGAN
SUKAN PASTI KAWASAN SERDANGPASTI SERDANG MEMPELAWA TASKA/TADIKA YANG BERMINAT UNTUK TURUT MENGHANTAR KONTINJEN. PENYERTAAN TADIKA/TASKA (SELAIN PASTI) BERDASARKAN SIAPA CEPAT DIA DAPAT KERANA KEKANGAN TEMPAT DAN MASA.TEMPAT : STADIUM SEKSYEN 15 BANDAR BARU BANGIMASA : 7.00 PAGI - 1.00 TGHTARIKH: 19 MEI 2008 (ISNIN - CUTI UMUM :WESAK)OBJEKTIF: SEBAGAI 'MERAKYATKAN' SUKAN PASTI KAWASAN SERDANGACARA YANG DIADAKAN ADALAH :BOLASEPAKBOLAJARINGUntuk keterangan lanjut dan borang pentertaan, hubungi;ZULKIFLEE (PENGARAH SUKAN) :012-651 1931SHAHRONIZAM (PENGARAH PASTI KAWASAN) : 012-392 8373

Kedamaian Pelangi Damansara





Hari ini 18 may rombongan YB Dr Shafie Abu Bakar yang diamanahkan mengunjungi surau Annur-Pelangi Damansara tiba jam 9pagi dalam suasana huja baru bermula. Turut sama ialah wakil dari JAIS. Kami disambut oleh wakil masyarakat setempat dan AJK Surau. Majlis pada mulanya tenang bertukar sedikit tegang namun atas kebijaksanaan YB DR Shafie selaku wakil Exco Agama Kerajaan Selangor dan wakil JAIS keadaan terkawal segalah masaalah yang dibangkitkan dapat diselesaikan dalam suasana ukhuwwah. Tindakan susulan akan di ambil oleh AJK sementara setelah AJK sebelum ini dibubarkan untuk ditadbir oleh bakal AJK yang akan dilantik dalam mesyuarat agong yang akan datang.

kekeliruan blog

Blog DUN Bangi memohon maaf kepada warga Bangi dan pembaca blog kerana terpaksa menukar blog dun-bangi kepada dun26bangi kerana kekeliruan teknikal yang timbul dan tak dapat dielakkan.