Friday, March 28, 2014

Permurnian 'Kisah Memali' setelah 30 tahun. Tun Mahathir berbohong.

Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.
Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.
Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin.

Berita lanjut di sini.

Sunday, March 2, 2014

Aktiviti ADUN Bangi : Dari menjahit ke ‘ Wonder Chef ’

Bandar Seri Putra : 1 Mac 2014.

5 buah mesin jahit dan 2 buah mesin jahit tepi disumbang oleh ADUN Bangi, Shafie Ngah bagi mengadakan Bengkel Jahitan khusus untuk kaum wanita di DUN Bangi. Seramai 180 peserta telah mendaftar dan mengikuti bengkel tersebut di lokasi-lokasi Sungai Ramal Dalam, Sungai Ramal Luar, Jalan 6 Bandar Baru Bangi, Taman Jasmin dan Bukit Mahkota Bandar Seri Putera. Bengkel diadakan selama 2 jam pada setiap hujung minggu dengan kekerapan 2 minggu sekali. Peserta ditunjuk ajar bagaimana menjahit baju kurung dan jubah oleh Pn. Mahani Yaakop.
Demikian dijelaskan oleh Hjh. Haslina Mohamad Ali, Penyelaras Bengkel Jahitan Putra Mahkota dalam taklimat ringkas sebelum majlis Perasmian Bengkel Jahitan Putera Mahkota oleh Shafie Ngah, Ahli Dewan Negeri Selangor (ADUN Bangi)  di di Pusat Khidmat Masyarakat Setempat (PKMS) di Bandar Seri Putra.

ADUN Bangi, Shafie Ngah dalam ucapan perasmian menjelaskan bahawa,“Peruntukkan untuk kaum wanita (dan keluarga) adalah yang terbesar dalam bajet 2014 untuk DUN Bangi. Selain dari bengkel jahitan ini kita juga menganjurkan Senamrobik, Wanita Sihat Anggun dan Bergaya serta Ziarah Warga Emas. Kita juga bakal menganjurkan kempen Merakyatkan Al-Quran dan program ‘ Wonder Chef ‘.”  
Tambah beliau lagi,” Program ‘ Wonder Chef ‘ yang bakal diadakan bukan untuk mengajar bagaimana nak masak nasi arab dan sebagainya. Tetapi lebih kepada mengajar anak-anak kita agar dapat berdikari untuk menyediakan sarapan dan makan tengah hari mereka. Selain dapat menjimatkan perbelanjaan membeli makanan di luar, kita juga akan pastikan ahli keluarga kita mendapat makanan yang lebih berkhasiat.”

Turut hadir dalam program perasmian tersebut ialah Hj. Ahmad Aidil Misbah, Ketua PKMS Bukit Mahkota Seri Putera, Hj. Norhalimi Saidin, Ketua PAS Cawangan Bandar Seri Putera dan Hjh. Zaiton Abd. Mutalib, penyelaras Bengkel Jahitan DUN Bangi.