Tuesday, March 6, 2012

PERJUANGAN UNTUK RAKYAT ATAU PERJUANGAN UNTUK PARTI

Satu persoalan lama ditimbulkan kembali sejak kebelakangan ini.
Dalam memenuhi agenda perjuangan akar umbi yang mahukan parti memerintah negara dengan perjuangan idealis rakyat yang menyerlah sejak dulu. Tapi dalam konteks  sebagai parti yang memerintah beberapa tuntuan akar umbi mula terserlah dan wajar dijiwai.

Tanah, lesen, peluang berniaga yang melimpah ruah memerlukan penilaian siapa yang lebih berhak keatasnya. Memberi peluang kepada akar umbi yang telah berjuang sejak dahulu lagi beerti perlu mengorbankan hak sesetengah pihak yang selama ini bersenang lenang dengan rezeki yang diperolehi. Apatah lagi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor yang menuntut agar agihan kekayaan diberikan secara adil kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama.

Maka berduyunlah rakyat yang mengakui mereka adalah rakyat Selangor. Berduyunlah yang mengakui bahawa merekalah pejuang tegar yang telah mengharungi segala mehnah cabaran.

Semuanya akan terarah kepada kuasa yang diperolehi dan penilaian yang bijak sang pemerintah. Perjuangan untuk rakyat atau perjuangan untuk parti.

No comments:

Post a Comment