Tuesday, March 27, 2012

PM NAJIB TIPU ORANG HULU LANGAT

Pengguna tol Cheras-Kajang terpaksa menunggu sehingga tahun 2045 untuk menikmati laluan lancar tanpa tol. Konsesi yang sepatutnya berakhir pada tahun 2030 dilanjutkan 15 tahun lagi . Menteri Kerjaraya YB Datuk Saziman Mansor setelah diasak akhirnya mendedahkan pekara sedemikian di parlimen.
NONE
Semasa DS Najib turun padang ke Hulu Langat beliau mengumumkan bahawa pengguna Lebuhraya Cheras-Kajang akan menikmati potongan 50%. Pengguna lebuhraya hanya membayar tol untuk laluan dari Kajang ke Cheras dan laluan sebaliknya adalah percuma. Ramai pengguna terutama penduduk Hulu Langat gembira dengan pengumuman itu. Walaupun tidak dimansuhkan sepenuhnya bayaran sehala dapat mengurangkan beban kewangan membayar tol yang perlu ditempuhi setiap hari.

Tindakan terdesak DS Najib mengejar populariti tetapi dalam waktu yang sama telah menipu jutaan rakyat Malaysia amnya dan rakyat Selangor khususnya seolah-olah telah memperbodohkan rakyat.

No comments:

Post a Comment