Thursday, May 24, 2012

Masalah sampah di Selangor dan penyakit 'tuding jari'.


KUALA LANGAT 23 MEI : Kontraktor di setiap zon daerah Kuala Langat diingatkan supaya mengutip semua ‘sampah haram’ di kawasan sekitar termasuk di kawasan perumahan.
Pemangku Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Muhammad Hafiz Shaari berkata pihak MDKL membayar amaun kotenjensi kepada setiap kontraktor supaya mengutip ‘sampah haram’ itu.
‘Sampah haram’ ialah bahan buangan yang tidak diletakkan di tempat pembuangan atau tong sampah yang disediakan oleh MDKL.
Katanya, dengan pembayaran terbabit pihak kontraktor diharapkan tidak lagi memberikan alasan tidak mahu mengutip sampah terbabit.
“Sebelum ini, pihak kontraktor tidak mahu mengutip ‘sampah haram’ itu berikutan MDKL tidak membayar amaun terbabit tetapi kini ia sudah dilunaskan dengan syarat tiada lagi sampah haram,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan di MDKL pagi tadi.
Tambah Hafiz, penduduk setempat juga diingatkan menjaga persekitaran kawasan kediaman bagi mengelakkan sebarang ancaman penyakit seterusnya menanam sikap tidak membuang sisa pepejal sesuka hati.
Justeru, MDKL meminta penduduk menyediakan tong sampah berkapasiti 120 liter yang bertutup di setiap kediaman.
Katanya, ini memudahkan kerja-kerja kontraktor untuk mengutip sampah domestik dengan teratur.
“Banyak sampah yang dilihat mencacatkan pemandangan kerana mereka bertindak melonggokkan sampah itu dihadapan rumah mereka tanpa membuang di dalam tong sampah.
“Jadi kaedah yang disarankan itu membolehkan pengurusan sisa pepejal akan lebih teratur, bersih dan terjamin. Kami berharap orang ramai mengamalkan cara pembuangan sampah yang betul dan mengikut peraturan ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata MDKL akan memberikan notis keperluan penyediaan tong sampah kepada penduduk.
“Tindakan kompaun akan dikenakan di bawah Akta Undang-Undang Kecil Pungutan Pembuangan Sampah (MDKL) 2007 sekiranya mereka ingkar,” katanya.
P/S: Masalah sampah tidak akan selesai selagi semua pihak berpenyakit 'tuding jari". Masing-masing menyalahkan antara satu sama lain. Disamping sikap sesetengah individu yang mementingkan diri sendiri. Mahu melihat halaman rumahnya sentiasa bersih tanpa memikirkan usahanya menyebabkan tempat lain dipenuhi sampah.

Monday, May 21, 2012

LELONG TAPAK BERNIAGA DEPAN RESTORAN SEKINCAN IKAN BAKAR


Kepada sesiapa yang nak berniaga depan Restoran Sekincan Ikan Bakar bolehlah membida dengan harga permulaan RM 2000/-. Tawaran ini dikemukan ekoran peristiwa ini.
Hasil duit bidaan akan digunakan untuk proses pendemokrasian rakyat seperti membiayai kos menjejaki pengundi terutama mereka yang telah mendaftar di rangkaian restoran itu (di Bangi ada sebuah). 



Monday, May 14, 2012

10 punca utama UMNO Selangor akan kalah lagi dalam PRU 13.


10 punca utama UMNO Selangor akan kalah lagi dalam PRU 13.

http://jomkitabaca.files.wordpress.com/2012/05/nohomar_sun.jpg?w=219&h=170Hasil prbincangan dengan rakan-rakan dari UMNO, 10 kesimpulan boleh dibuat
1. UMNO Selangor berpecah teruk dan tak bersatu
Ini dapat dilihat jelas dengan pergeseran utama Noh Omar dan Khir Toyo. Ia termasuklah pergaduhan di peringkat bahagian yangt ak pernah selesai.
2. UMNO Selangor tidak ada susuk pemimpin untuk menyatukan mereka
Kesetiaan UMNO Selangor pada hari ini hanya dapat dilihat pada Najib. Lepas Najib habis lawatan kerja ke Selangor , semua pimpinan UMNO Selangor kembali kepada keadaan asal iaitu bercakaran sesama sendiri.
3.Pemimpin utama UMNO Selangor menghadapi masalah persepsi burok rakyat
Noh Omar – persepsi burok sebagai seorang yang angkuh dan lagak gangster
Satim Diman – persepsi burok sebagai seorang yang suka main golf dari lawat kawasan dan skandal ‘land-grabbing’.
Khir Toyo – Dipenjara setahun membuktikan kebenaran serangan Pakatan kepada beliau
4. Calon MB Selangor dari UMNO Selangor masih samar dan tidak jelas
Strategi untuk tidak menamakan calon MB Selangor oleh UMNO Selangor dipikir baik oleh BN Selangor kerana tidak mahu mendedahkan awal calon supaya tidak diserang oleh Pakatan Rakyat. Tapi kalau diikut sentimen pengundi Selangor pada waktu ini , rakyat Selangor mahu tahu siapa yang bakal teraju negeri terkaya ini kalau bakal calon MB itu dari UMNO Selangor.
Strategi tidak mahu menamakan calon MB UMNO Selangor adalah satu strategi bangang.
5. Mencalonkan tokoh korporat sebagai MB UMNO Selangor adalah satu tindakan yang akan menimbulkan kemarahan di kalangan akar umbi UMNO Selangor
UMNO Selangor tidak perlu terhegeh-hegeh untuk mengikut rentak Pakatan Rakyat yang memiliki Menteri Besar seorang tokoh korporat berjaya.
Masalah UMNO Selangor adalah , kesemua tokoh GLC yang disebut-sebut itu sudah rosak teruk imej mereka. Semua adalah tokoh-tokoh penyamun dan penyangak.
5. Meletakkan YB Mat Zain sebagai tokoh untuk mengepalai BN Selangor adalah satu tindakan bangang
Selepas desas-desus bertiup kencang kononnya Rozali Syabas nak jadi calon MB , Najib meletakkan Zin Badak sebagai tokoh untuk kepalai serangan kepada Pakatan Rakyat Selangor.
Pertama , isu YB Mat Zain merapu. Itu isu nasional yang sebenarnya rakyat Selangor tak ambil peduli. Itu bukan isu utama. Rakyat Selangor ambik kesah isu tempatan.
Kedua , YB Mat Zain  kalaupun masih belum ada persepsi burok terhadap beliau , namun dia memilik susuk yang lemah dalam kepimpinan.
YB Mat Zain  ini pemimpin play-safe yang tidak kelihatan karismanya.
Tidak lain macam seorang engineer bersara yang ada syarikat konsultan nak cari projek.
6. Menggunakan Hasan Ali sebagai pencacai untuk menarik undi bagi UMNO Selangor akan memakan tuan satu hari nanti
Noh Omar kurang selesa dengan roadshow Hasan Ali. Kalau diikutkan impak, sebenarnya roadshow Ezam Mat Nor dulu di Selangor lebih tinggi kehadiran rakyat Selangor.
7. Ketua Pemuda UMNO Selangor lemah dan tidak buat kerja
Ku Salleh ini kawan lama aku dan aku kenal rapat. Kalaupun malaon ni masih tercari-cari siapa la dok bagi info ke Tawan Malaysia ni.
Ku Salleh ada skandal yang masih belum terdedah.  Dia ni tidak reti berpidato dan jarang buat kerja. Ku Salleh juga tidak dapat sokongan banyak Ketua Pemuda.
8. UMNO Selangor gagal memahami isu yang dekat dengan Rakyat Selangor.
Aku tak tahu la sapa think-tank untuk UMNO Selangor. Yang aku pasti strategi dan gerak politik UMNO Selangor macam jamban.
UMNO Selangor seakan lemas dalam politik baru bawaan Pakatan Rakyat. Selagi UMNO Selangor angkuh dan perasan pandai selagi itulah UMNO Selangor akan terus mampos.
9. Pengaruh Khir Toyo yang cukop menebal dalam UMNO Selangor dan apabila tindakan Khir Toyo cuba sabotaj dengan tidak aktif langsung membantu UMNO Selangor.
Antara punca UMNO Selangor tumbang nanti adalah apabila Khir Toyo tidak akan membantu UMNO Selangor untuk meraih kemenangan.
Khir Toyo sangat terkesan setelah dikhianati rakan sendiri dalam perjuangan. Jangan remehkan pengaruh besar Khir Toyo dalam UMNO Selangor.
Kalau orang kata Khir Toyo dah takde duit nak dana jenteranya adalah satu kesilapan besar , beliau ada ribuan hektar tanah kelapa sawit di Sabah yang bernilai jutaan ringgit untuk fund pergerakan beliau.
Dana yang dimiliki oleh Khir Toyo jauh lebih besar dari tabung pilihanraya PKR Selangor yang aku rasa RM 100,000 pun tak sampai.
10. Penunjuk aras kepada kejayaan UMNO Selangor merampas Selangor adalah cukop mudah ; selagi mana MCA Selangor dan MIC Selangor masih di tahap ini.
Adun Sg Pelek pun belum tentu dapat pertahankan kerusi PRU 13 ni.
Apa langkah proaktif yang wajib diambil UMNO Selangor ?

Wednesday, May 2, 2012

Pengalaman Aziz Bari ditangkap 'gurkha' Umno/BN


'Ini baju kuning tangkap'

Penguatkuasa DBKL dan polis ramai-ramai keroyok saya dan menjerit: "Ini baju kuning tangkap!".

Saya tak kenal atau ingat identiti mereka tetapi saya terus diseret dan dimaki hamun.

Mereka kelihatan hendak mengejar orang lain tetapi bila mereka gagal mereka terus cekup saya hanya kerana saya pakai baju kuning BERSIH! Aneh. Sejak bila pakai baju kuning satu jenayah di Malaysia?

Itu sudah cukup jelas untuk memberi kita isyarat tentang integriti polis dan agensi lain termasuk DBKL.

"Tua tak sedar diri, dah tua duduk rumah sajalah."

Itulah antara ejekan yang saya dengar sewaktu diheret oleh anggota polis untuk dikumpul di depan DBKL. Kemudian saya ada mendengar rungutan yang polis turut mengejek kami: "Ini semua anjing Anwar Ibrahim'"

Sewaktu diheret polis mengugut seorang petugas media yang cuba mengambil gambar saya ditangkap. Begitu juga ketika kami semua dikumpul dekat Kelab Diraja Selangor.

Macam samseng
Pelik, adakah undang-undang menyekat orang ambil gambar di negara ini? Seorang pelajar fotografi mengadu kameranya yang berharga ribuan ringgit dimusnahkan oleh seorang anggota polis.

Umumnya saya lihat polis bertindak ganas dan memihak kepada Umno-BN. Pada saya hari itu polis kelihatan macam samseng PERKASA. Mereka nampak jelas marah dengan Pakatan Rakyat.

Tetapi yang lucunya bila saya tinggikan suara dan tanya undang-undang apa yang mereka gunakan anggota polis tersipu-sipu dan cepat-cepat beredar. Ini berlaku ketika kami dihimpun macam pendatang asing dekat Kelab Diraja Selangor.

Itulah gelagat anggota polis berpangkat rendah yang mulanya cuba tunjuk garang dan samseng. Para pegawai mereka duduk jauh-jauh.

Pada satu peringkat saya jerit seorang pegawai supaya segera beri rawatan kepada seorang Orang Kena Tahan (OKT) yang terbaring kesakitan. Pegawai ini panik dan tak tahu buat apa-apa. Saya kata, "awak ada budi bicara dan kalau orang ini mati awak akan disoal."

Pegawai ini pucat tak terkata apa-apa.

Itu semua menunjukkan pasukan polis ini jahil dan keliru dan takut dengan kerajaan Umno-BN. Mereka hanya berani bila mereka bergerak dalam gerombolan. Mereka mungkin tak ada akses kepada Internet dan hanya dengar arahan bos mereka saja.

Sikap samseng dan mentaliti gerombolan pasukan polis ini kelihatan apabila ada tahanan baru sampai.

Tahanan ini akan dibawa melalui kumpulan anggota polis pangkat rendah dan ketika inilah anggota polis ini akan mengambil kesempatan mengejek dan memaki hamun tahanan yang sudah lemah longlai diheret itu.

Ada juga yang akan mengambil kesempatan menumbuk, menyepak dan menampar tahanan itu.

Pada satu tahap seorang anggota Unit Amal PAS yang sedia ditahan bersama kami diseret ke dalam gerombolan anggota polis itu. Riuh rendah kedengaran di sebalik van dan trak itu.

Apa yang kelihatan apabila anggota Unit Amal itu diseret kembali ke dalam kumpulan, beliau lembik; mungkin telah dipukul oleh anggota-anggota polis yang menyeringai macam singa dalam kandang menunggu mangsa itu.

Dalam garang dan samseng itu polis ini tidak tahu apa-apa. Ketika di Kelab Diraja Selangor, saya lihat pihak polis panik bila kami ramai-ramai tanya sama ada kami ini ditahan atau ditangkap. Maklumlah konstabel dan koperal apa tahu.

Pegawai pun tidak berani duduk dekat sebab ada OKT yang tanya soalan dalam bahasa orang putih. Lucu. Masa di DBKL seorang sarjan yang tadinya kasar dan sombong mula berlembut apabila makin ramai di kalangan tahanan yang panggil saya "profesor".

Gambaran kebodohan dan ketakutan

Sewaktu di Pulapol, Ketua CID Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin ada datang. Bukan main lagilah Cawangan Khas (SB) dan komando polis mengiringi dia. Begitu juga pegawai-pegawai lain yang datang bersama. Berdesup-desup mereka tabik dan hentak kaki.

Itulah agaknya gambaran kebodohan dan ketakutan mereka. Ikut perintah orang atas tak kira apa.

Di Pulapol peguam tak dibenarkan masuk langsung. Dan suasana dalam khemah kelam, di situ tak teratur. Pihak polis macam tak pasti apa yang perlu dibuat sedangkan ini bukan kali pertama mereka menangani demonstrasi BERSIH.

Ini jauh berbeza dengan imej tenteram yang cuba ditunjukkan oleh media milik Umno-BN termasuk RTM.

Satu lagi yang saya nampak ialah majoriti anggota polis yang bertugas ialah Melayu. Ada segelintir India dan Cina. Tapi yang bongkak, sombong dan ganas ialah Melayu dan India. Mereka inilah yang bongkak dan ganas. Anggota Cina amat tertib dan beradab.

Para pegawai meskipun ramai Melayu tidaklah sombong sangat. Mungkin kerana mereka mudah dikenali melalui uniform mereka.

Sewaktu di Pulapol saya dibawa ke meja Cawangan Khas (SB). Meskipun saya ditanya soalan-soalan yang saya kira aneh, ia tidak lama. Saya tidak tahu kenapa. Mungkin kerana mereka tidak mahu berdebat dengan saya.

Pesta pukul orang
Atau mungkin mereka simpati. Mereka ada bertanya sama ada saya disakiti. Saya kata saya cuma sakit hati. Saya sempat sebut pada mereka: "Wah hari ni polis berpesta pukul orang."

Saya sakit hati kerana polis tidak peduli hak asasi rakyat. Buktinya cukup banyak. Ada yang mengadu dicekup sewaktu sedang makan dalam dalam restoran. Ada yang ditangkap ketika di lobi hotel. Dan ada juga yang ditahan ketika dia hendak membeli tiket di stesen LRT.

Mereka berada jauh dari Dataran Merdeka yang diisytihar kawasan larangan. Mereka juga sudah bersurai. Mereka dipukul dan diheret oleh polis hanya kerana mereka pakai baju kuning. Malah ada yang tidak pakai baju kuning pun dicekup sama.

Ertinya hari itu polis geram dengan orang ramai. Polis sudah menjadi seolah-olah kaki pukul Umno-BN dan gerombolan anti-Bersih. Ini salah di sisi undang-undang. Apa lagi perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan utama negara.

Pasuka polis, sebagaimana cabang-cabang perkhidmatan awam yang lain termasuk angkatan tentera, perlu bersikap berkecuali dan menjaga undang-undang.

Tanggapan saya terhadap polis, khususnya selepas BERSIH 3.0, mereka jahil, keliru dan tertekan. Akhlak mereka juga rendah. Ini ternyata bila Suruhanjaya Dzaidin sendiri merakamkan bahawa pasukan polis antara agensi kerajaan yang paling korup di negara ini.

Sebab itu saya tidak hairan apabila polis gagal membezakan antara menjunjung undang-undang dengan mengampu atau mempertahankan Umno-BN.

Apa pun jika lihat gambar besar kita itu semua tidak memeranjatkan. Kalau para hakim dan anggota Suruhanjaya Pencegahan SPR yang dilindungi oleh perlembagaan secara jelas pun takut dengan Umno-BN siapalah anggota-anggota polis ini.


NONEDR ABDUL AZIZ BARI pakar perlembagaan dan bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Beliau antara yang ditahan semasa perhimpunan BERSIH Sabtu lalu. Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmiMalaysiakini.


Nota: Beribu lagi rakyat marhaen diberi layanan yang serupa malah ada yang lebih teruk. Lalu kita sorot kembali antara janji-janji BN semasa PRU12. Menubuhkan jkuasa untuk mengkaji PDRM. Dah nak PRU13 janji-janji itu tinggal janji. Nak beri peluang lagi ke BN ini?