Saturday, December 29, 2012

ANAK MUDA DAN AMANAT HADI


Cikgu Non tersalah masuk usrah yang ahli-ahlinya jahil murakab?


Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Terasa semacam kita kembali berada di tahun 80an apabila isu kafir mengkafir ditimbulkan semula. Solat dua imam, nikah dua kali, tak makan sembelihan orang Umno - adalah antara isu yang berlegar di tahun 80an. Orang yang berpeluang mengikuti perkembangan politik tahun 80an dapat menyaksikan bagaimana isu kafir mengkafir dimainkan habis-habisan oleh media propaganda BN sehingga menyebabkan PAS kalah teruk PRU 1986. Di Parlimen PAS hanya mendapat satu kerusi yang dimenangi oleh Haji Nik Abdullah Arshad di Pengkalan Chepa.

Di saat PAS ditolak-tolak mentah-mentah oleh masyarakat bukan Islam pada masa itu, maka Umno hanya perlu pastikan PAS tidak diterima oleh orang-orang Melayu. Maka isu kafir-mengkafir terbukti sangat berkesan memberikan imej buruk terhadap PAS, yang hasilnya Umno dan BN menang besar dalam PRU.

Hari ini, Umno ditolak oleh bukan Melayu. Maka keperluan untuk mendapatkan sebanyak-banyaknya undi Melayu tentulah lebih menekan BN. Jika formula isu 'kafir mengkafir' berkesan tahun 80an maka Umno percaya ia juga masih berkesan hari ini. Sebab itulah isu itu dimainkan secara besar-besaran. Cuma bezanya isu yang disensasikan itu hanyalah catatan bahan sejarah 30 tahun lalu. Sebahagian besar pengundi muda hari ini belum lahir atau masih terlalu kecil untuk memahami politik. Isu yang cuba disensasikan media BN itu nampak mengada-ngada, dibuat-buat dan tiada kena mengena dengan generasi hari ini. Setakat ini belum ada catatan bahawa bahan sejarah mampu mempengaruhi pengundi sehingga ke peringkat menentukan kerajaan memerintah. Rakyat umumnya lebih berminat untuk ambil tahu isu kebajikan, perjalanan kehidupan seharian, harga barang, kos hidup, pendidikan, sosial, cabaran semasa dan sebagainya.

Isu kafir mengkafir tahun 80an bukan bermula dengan 'Amanat Haji Hadi' (AHH). AHH hanyalah petikan ucapan yang dibuat dari satu ceramah Presiden PAS kini Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Banggol Peradong tahun 1981. Ceramah itu telah dirakam dan dijual merata tempat. Jika tidak silap saya, isi ceramah itu menarik minat Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Abdul Malik Husin merakamkannya dalam sekeping kertas. Ia dicetak dan diedarkan.

AHH menjadi popular kerana sewaktu berlaku peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Memali tahun 1985, kertas amanat itu kononnya tertampal di dinding rumah Ustaz Ibrahim Libya. Lalu ia dijadikan punca terhadap peristiwa Memali, kononnya PAS menganggap orang Umno kafir.

Isu kafir mengkafir bermula dari pendekatan PAS yang mahu membetulkan aqidah umat Islam dengan penjelasan batas-batas iman dan kufur. Ia adalah sebahagian dari catatan ilmu Islam dan bukan persoalan politik. Tuan Guru Haji Hadi mengupas kitab Mustika Hadis yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia bukan bikinan ulamak Syiah, Wahabi atau Salafi atau mana-mana pihak yang tidak digemari oleh kerajaan Malaysia.

Antara penekanannya ialah perkara yang boleh membawa kepada kekufuran ialah apabila mengungkapkan perkataan yang memperlekeh syariat Allah. Kebetulan ayat-ayat celupar itu sering disebut oleh pemimpin Umno, khususnya mengenai hukum hudud. Sepatutnya pihak yang keluarkan kenyataan mempersenda syariat bertaubat, anehnya sikap bebal yang ada dalam diri beberapa pemimpin Umno menyebabkan mereka mendakwa 'PAS tuduh Umno kafir'. Apabila isu ini berpindah ke laman media Umno maka isu itu dipropagandakan habis-habisan untuk memburukkan PAS. Sehingga lahirnya cadangan perdebatan Umno-PAS secara langsung di RTM atas tajuk yang ditetapkan Umno iaitu 'PAS tuduh Umno kafir'.

Di samping tidak dinafikan terdapat segelintir pemimpin bawahan dan ahli PAS yang terlebih laju dari kitab, terus menghukum Umno kafir. Golongan ini berjuang berlandaskan nafsu amarah terhadap Umno semata-mata dan bukan berlandaskan disiplin ilmu apatah lagi uslub dakwah. Ada penceramah pada masa itu menggalakkan memotong kaki orang Umno dengan pisau tebas (Abd Razak Daud). Ada yang berceramah, jika Umno mati dikuburkan di tempat orang Islam maka mayat akan merangkak dalam tanah ke jirat Cina (Wan Ismail Machang). Mereka berucap sewenang-wenangnya dalam kuliah dan ceramah, walaupun diberi teguran oleh pucuk pimpinan lebih atas tetapi tidak dihiraukan. Ditakdirkan Allah, akhirnya golongan segelintir yang merapu di dalam PAS ini akhirnya menyertai Umno atau berada di pentas Umno untuk membelasah PAS. Mereka digunakan oleh pihak keselamatan atau dalam ceramah tertutup Biro Tata Negara untuk mendedahkan 'kesesatan' PAS, walhal golongan segelintir inilah pelopor kesesatan suatu masa dahulu. Masa dalam PAS dahulu kerja mereka merosakkan imej PAS dengan aktiviti mengkafir orang lain, sewaktu dalam UMNO kini pula bekerja sepenuh masa (berbayar) untuk memburukkan PAS.

Saya tertarik dengan pendedahan tulus ikhlas rakan lama, Cikgu Zainon Ismail atau nama penanya CN Al-Afghani. Menurut Cikgu Non, "Sebaik sahaja terbit Amanat Haji Hadi, sepanjang malam kami di dalam PAS mengadakan usrah. Dalam usrah itu kita bincang isu soal kafir mengkafir dan kita berpegang kepada keputusan perbincangan iaitu UMNO kafir. Maka, sesiapa sahaja yang terlibat dengan UMNO walaupun saudara kandung mahu pun ibu bapa sendiri mereka kafir."

Secara peribadi, pengalaman saya di dalam PAS, seperti juga rakan-rakan PAS yang lain umumnya berbeza dengan apa yang dilalui oleh Cikgu Non. Apabila membincangkan mengenai isu kafir mengkafir, semua pandangan dilontarkan di dalam usrah menjurus kepada, tidak boleh menghukum kafir kepada sesiapa juga selagi dia mengucap dua kalimah syahadah dan dia tidak mengucapkan perkara yang membatalkan syahadah secara jelas. Jika dia mengucapkannya kerana kejahilannya, dia baru jatuh fasiq bukan kafir. Berhubung isu pulau memulau pula kami berpandangan bahawa ia bertentangan dengan uslub dakwah Rasulullah SAW yang bertemu sasaran dengan menunjukkan akhlak yang mulia, bukan menimbulkan kebencian orang ramai. Kami bersepakat di dalam usrah bahawa tindakan pulau memulau yang dilakukan segelintir ahli PAS hanya akan menyebabkan PAS dijauhi lalu kalah dalam pilihanraya. Berkat kefahaman di dalam usrahlah akhirnya, isu kafir mengkafir dan pulau memulau yang segelintir itu dapat dihapuskan. Agaknya Cikgu Non bernasib malang kerana berada dalam kumpulan usrah yang ahli-ahlinya jahil murakab belaka. Bagus juga kalau beliau dapat senaraikan sekarang siapakah bekas ahli-ahli kumpulan usrahnya yang jahil murakab itu?

Cikgu Non yang bukan tokoh hebat sewaktu dalam PAS dahulu tetapi dijulang sebagai seorang wira oleh media-media talibarut BN apabila membuat pendedahan perihal kesilapan, yang sebenarnya bukan kesilapan PAS tetapi kesilapan diri sendiri dalam membuat hukuman mengikut selera nafsu. Nampak sangat Umno terus mengeksploit isu tersebut untuk memburukkan PAS bukan untuk membetulkan keadaan.

Cikgu Non mendedahkan tindakannya mengkafirkan orang Umno setelah dipecat dari PAS. Saya benar-benar tidak tahu perbuatannya itu sewaktu pernah bersamanya dalam PAS dahulu, kerana kalau tahu sudah tentu saya akan menasihatkannya tidak melakukan perbuatan tersebut. Saya berdoa janganlah pula bekas wartawan Harakah ini membuat kesilapan kedua selepas keluar dari kerja mengkafir, terjebak pula dengan kerja membantu mempertahankan kerajaan Umno yang penuh dengan kemungkaran.

Isu kafir-mengkafir (isu kecil yang diperbesarkan) sekitar 80an sebenarnya terhapus secara menyeluruh apabila Presiden PAS Almarhum Datuk Fadzil Noor memperkenalkan program Memasyarakatkan PAS sekitar 90an. Ahli-ahli PAS diminta hadir ke tengah masyarakat bergelumang dalam setiap aktiviti kemasyarakatan. Sejak itu Umno tidak dapat lagi menjengah kegiatan pulau memulau, solat dua imam dan sebagainya yang boleh dijadikan modal politik pilihanraya. Malahan terdapat pandangan dari wakil rakyat PAS, jika berlaku pertembungan antara kenduri orang PAS dan UMNO, maka kenduri Umno hendaklah diutamakan. Logiknya orang PAS tetap akan menyokong PAS sebaliknya sokongan dari penyokong Umno yang perlu ditarik.

Maka apa lagi yang Umno begitu pulun untuk menghidupkan semula isu AHH kalau segalanya sudah harmoni melainkan Umno sengaja menjadi batu api untuk memecahbelah umat Islam. Adakah ia ada kena mengena dengan ajaran Syaitan Dikenali?

- Pakar strategik BN semakin terdesak cuba memancing isu. Jika sasarannya anak muda ramai yang belum lahir ketika itu untuk memahami pekara sebenar. Kesan politik yang mereka harapkan tentu berbeza memandangkan semasa PRU 1986 sumber maklumat hanya berkisar pada satu sisi sahaja. Tidak hairanlah carian 'Amanat Hadi' di enjin carian internet memuncak. Banyak ulasan dan tafsiran yg bakal mereka temui. Jika mereka bernasib baik carian itu akan mengalur kepada lebih banyak kepincangan, kebobrokan dan kezaliman kerajaan pimpinan BN (Dr Mahathir ketika itu) dulu, kini dan selamanya.
Namun jika sasarannya adalah golongan veteran  iaitu mereka yang telah memenangkan BN semasa PRU ke 7, ramai dari mereka kini telah pencen dan cukup matang untuk menilai isu itu. Ramai dari kalangan mereka telah menyertai perjuangan Paktan Rakyat.

Wednesday, December 26, 2012



Tahniah UMNO telah berjaya mewariskan gangsterisme kepada sekutunya MCA disini.

PDRM tolonglah buat sesuatu sebelum sekutu UMNO yang lain ikut sama berbuat sedemikian.

Wednesday, December 19, 2012

Kroni memperkudakan UMNO/BN

Beta Tegap?
Beta : Yang layak ganti kata diri dengan perkataan 'beta' ni cuma sultan dan raja sahaja.
Tegap : Ganti nama  perkasa

Beta Tegap mempunyai kuasa untuk menyaman Majlis Perbandaran Sepang(MPS) yang nak bertindak untuk menurunkan kamera AES milik Beta Tegap yang dibina atas tanah milik MPS.

Bukan JPJ, PDRM atau juga bukan Kementerian Kewangan atau badan kerajaan lain yang mempunyai status quo.

Ternyata mereka inilah kroni-kroni yang telah memperkudakan kerajaan.

- KKN = Kronisme, Korupsi dan Nepotisme
Istilah KKN mula digemakan oleh Indonesia semasa era Suharto. Dari BJ Habibie, Gus Dur, Mega dan SBY kita nampak perubahan @ tranformasi yang dilaksanakan. Malangnya rakyat Malaysia belum mampu.
Anda bagaimana?

Saturday, December 15, 2012

UTUSAN yang PERKASA



Kau jangan tergoda dengan pujuk rayu awek yang 'perkasa' ni.
Dah beberapa kali akhbar UTUSAN ni kena saman dan diarahkan oleh mahkamah utk bayar gantirugi teladan. Semuanya kerana cubaan menyebarkan fitnah. Kerana mendengar arahan dari pihak pemunya mereka maka intergriti akhbar ini sudah terlenyek.

Dengan jualan hariannya yang semakin menikus tidak mustahil akhbar yang berbahasa melayu ini bakal berkubur.

Jika PERKASA begitu sayangkan akhbar ini mereka sepatutnya membuat gesaan kepada pemunya syarikat itu untuk berubah bersama 'mood' rakyat. Bukan sahaja berbaiah untuk terus menyokong mereka.

Monday, December 10, 2012

Tun,Tan,Tin mula bersandiwara menjelang PRU13?


Musa Hassan dakwa Ismail Omar salah guna kuasa dalam isu tender IT oleh syarikat APCO. Beliau juga mendakwa Hisahmuddin mempengaruhi urusan PDRM. Ramli Yusuff pula dakwa Musa Hassan pernah melindungi penjenayah ‘Tengku Goh’. Dibalas balik oleh Musa Hassan Ramli Yusuff ada asset RM 8 juta. Mat Zain Ibrahim pula menuduh Musa Hassan bersandiwara untuk melindungi  Gani Patail dan Najib.

Rakyat akan bertambah pening sekiranya nama-nama mereka ini dibiarkan tanpa gelaran mereka(Tun,Tan,Tin dsbnya). Sebagaimana rakyat akan pening bila mengetahui mereka-mereka inilah yang telah diundi oleh rakyat untuk menjaga kedaulatan Negara.

Janji-janji untuk mereformasikan badan PDRM ini sudah bergema sejak PRU 11 lagi. Sehingga sekarang ternyata janji-janji itu hanya tinggal ‘dicapatikan’ sahaja.

Nak tunggu PRU13 untuk janji yang baru?

Wednesday, December 5, 2012

Wajah-wajah setan



Anda kenal mereka?
Khabarnya setan-setan ini pakai Silat Lincah. Jika anda adalah pengikut mereka fikirkan sejenak.

Setan-setan ini telah menyebabkan saudara kita begini.



Tuesday, December 4, 2012

Skandal Sapu Tanah di Selangor

Keluar modal  RM87,000 lepas tu terpekik-lolong "Hidup Melayu". Bila orang Melayu dah percaya jual pada orang Cina dapat untung  RM 900 juta.Dah 54 tahun orang Melayu asyik kena tipu oleh golongan yang berkawan dengan syaitan dikenali ini.


Orang Melayu masih percaya seronok ditipu menangis-nangis seraya berteriak "Hidup Melayu" Takala pemimpin mereka tersenyum mengenangkan betapa bodohnya mereka yang ikut menangis.Senyumnya makin melebar bila mula menghitung dan merencanakan berapa bilik di rumah baru dan berapa besar kereta baru bakal dimiliki nanti.