Pedang Salahuddin al-Ayubbi paling tajam di dunia? Pedang
Salahuddin Al-Ayyubi diakui paling
tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya mampu menembus baju zirah
crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami
kerosakan pada matanya. Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan
panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun
dan pedang Excalibur milik Raja Arthur. Pedang ini diperbuat besi baja
"damarcus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes)
yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR.
Seni pembuatan pedang yang
terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat dan kajian metalurgi moden setakat
hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi
tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.
Apa itu CNT? CNT merupakan suatu rantaian atom
karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk
silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh
mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung
seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya. Pencirian yang
dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan
paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian
elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah
mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih
ringan dari aluminium. Teknologi NANO.
Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah
dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT
di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera
Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang
tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur. Teknologi NANO ini
menggunakan besi baja "damarcus" yang juga dipanggil wootz. Bijih
besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon,
unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi
kekuatan, ketajaman dan
kelenturannya. Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib
kurun ke-12.
Teknik pembuatan pedang ini
begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja
yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini
telah pupus. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang
kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita
bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman. Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment