Bandar Baru Bangi , 2 Jan 2014 :
"Sesiapa yang membina sebuah masjid di dunia walaupun
dengan (sumbangan) segenggam pasir, nescaya Allah akan bina untuknya mahligai
di Akhirat."
Dato’ Dr. Haron Din membacakan sepotong hadis yang
diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim
sebelum membaca doa dalam majlis Penentuan Arah Kiblat Masjid Al-Umm. Dalam
majlis yang sama beliau turut menyampaikan sumbangan RM1.5 juta yang diusahakannya.
Beliau merupakan penasihat kepada Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm.
Masjid Al-Umm bakal menjadi masjid kedua di Bandar Baru
Bangi selepas Masjid Al-Hasanah. Kos pembinaan masjid dua tingkat ini
dianggarkan bernilai RM12.5 juta. Majlis pelancaran Tabung Pembinaan Masjid
Al-Umm telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Abdul
Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor pada awal tahun lepas (6 Januari 2013).
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar berjanji akan memberi bantuan
dana berdasarkan ‘ringgit ke ringgit’. Sehingga kini Jawatankuasa Pembinaan
Masjid Al-Umm yang dipengerusikan oleh Dr. Shafie Abu Bakar, mantan ADUN Bangi
telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM2.5 juta.
Menurut Dr. Shafie Abu Bakar,”Kita masih memerlukan RM2 juta
lagi untuk jumlah RM6 juta sebelum
mengemukakan permohonan kepada kerajaan Selangor
sebagaimana yang dijanjikan oleh YAB Menteri Besar pada tahun lepas.”
ADUN Bangi, Ustaz Shafie Ngah yang turut hadir menyokong
penuh pembinaan Masjid Al-Umm yang bakal menjadi identitik kepada Bangi.
Penentuan Arah Kiblat dilakukan oleh Jurukur dari pihak
Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Selangor.
No comments:
Post a Comment