Bandar Seri Putra : 1 Mac 2014.
5 buah mesin jahit dan 2 buah mesin jahit tepi disumbang oleh
ADUN Bangi, Shafie Ngah bagi mengadakan Bengkel Jahitan khusus untuk kaum
wanita di DUN Bangi. Seramai 180 peserta telah mendaftar dan mengikuti bengkel
tersebut di lokasi-lokasi Sungai Ramal Dalam, Sungai Ramal Luar, Jalan 6 Bandar
Baru Bangi, Taman Jasmin dan Bukit Mahkota Bandar Seri Putera. Bengkel diadakan
selama 2 jam pada setiap hujung minggu dengan kekerapan 2 minggu sekali.
Peserta ditunjuk ajar bagaimana menjahit baju kurung dan jubah oleh Pn. Mahani
Yaakop.
Demikian dijelaskan oleh Hjh. Haslina Mohamad Ali,
Penyelaras Bengkel Jahitan Putra Mahkota dalam taklimat ringkas sebelum majlis
Perasmian Bengkel Jahitan Putera Mahkota oleh Shafie Ngah, Ahli Dewan Negeri Selangor
(ADUN Bangi) di di Pusat Khidmat
Masyarakat Setempat (PKMS) di Bandar Seri Putra.
ADUN Bangi, Shafie Ngah dalam ucapan perasmian menjelaskan
bahawa,“Peruntukkan untuk kaum wanita (dan keluarga) adalah yang terbesar dalam
bajet 2014 untuk DUN Bangi. Selain dari bengkel jahitan ini kita juga
menganjurkan Senamrobik, Wanita Sihat Anggun dan Bergaya serta Ziarah Warga
Emas. Kita juga bakal menganjurkan kempen Merakyatkan Al-Quran dan program ‘
Wonder Chef ‘.”
Tambah beliau lagi,” Program ‘ Wonder Chef ‘ yang bakal
diadakan bukan untuk mengajar bagaimana nak masak nasi arab dan sebagainya.
Tetapi lebih kepada mengajar anak-anak kita agar dapat berdikari untuk
menyediakan sarapan dan makan tengah hari mereka. Selain dapat menjimatkan perbelanjaan
membeli makanan di luar, kita juga akan pastikan ahli keluarga kita mendapat
makanan yang lebih berkhasiat.”
Turut hadir dalam program perasmian tersebut ialah Hj. Ahmad
Aidil Misbah, Ketua PKMS Bukit Mahkota Seri Putera, Hj. Norhalimi Saidin, Ketua
PAS Cawangan Bandar Seri Putera dan Hjh. Zaiton Abd. Mutalib, penyelaras
Bengkel Jahitan DUN Bangi.