Friday, June 20, 2014

Bila Tok Imam buat pukulan ‘Smash pancung’

Sukar membayangkan sosok tubuh yang membuat pukulan ‘smash’ pancung tadi adalah tok imam dan tok bilal.
Ironinya mereka ini selalunya berjubah dan berserban sewaktu mengimamkan sembahyang waktu dan menyampaikan kuliah ilmu.
IMG_20140615_085815Mungkin inilah kelainan dimaksudnya oleh penganjur Kejohanan Badminton Piala ADUN Bangi yang telah diadakan di Sungai Tangkas.
Program ini mensyaratkan penyertaan golongan veteran berumur 40 tahun ke atas terdiri dari jawatankuasa surau dan masjid di Bangi.
Sebanyak 21 buah surau dan masjid telah menghantar pasukan yang terdiri dari 8 orang sepasukan.
Objektif kejohanan ini adalah untuk merapatkan hubungan silatrurrahim antara jemaah surau dan masjid sebagaimana dijelaskan oleh ADUN Bangi, Shafie Ngah dalam ucapan perasmiannya.
10347239_672371582816658_2108061693606829870_n“Bangi mempunyai lebih dari 100 buah surau dan masjid yang akan kita ziarahi sewaktu ramadhan nanti.
Kejohanan ini adalah sebagai persediaan awal mental dan fizikal sebelum kita lebih tertumpu pada ibadah di bulan puasa. Yang penting hubungan silaturrahim yang dijalin pada hari ini digemblengkan secara bersama untuk manfaat jemaah,” katanya.
Namun yang tersurat adalah sehingga kejohanan berakhir jam 5 petang. Pasukan dari Surau Sri Tanjung menepati ramalan pengarah program En. Hanapiah menyerlahkan kehandalan mereka menumpaskan pasukan dari Surau Al-Amin.
Surau Ittifaqiyah yang membuat persediaan awal berlatih saban hari terpaksa berpuas hati menduduki tempat ketiga menewaskan lawan mereka dari Surau Nur Pelangi.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ust. Shafie Ngah yang bergegas kembali dari Program Anda Dihati Kami di Jalan 6, Bandar Baru Bangi.

Sunday, June 8, 2014

Program "Anda Dihati Kami" sasar 32 buah rumah seminggu.

Sebanyak 32 buah rumah disasarkan untuk diziarahi setiap minggu. Demikian dijelaskan oleh Hj. Rosdi Lokman, Pengarah Program Anda DIhati Kami-Sumbangan Kepada Yang Memerlukan.













"Program ziarah kebajikan ini dibuat pada setiap hujung minggu. Ada dua sesi iaitu pagi dan petang. Kebanyakkan mereka yang kami ziarahi terdiri dari golongan warga emas, OKU, pesakit kronik dan golongan susah yang memerlukan bantuan," katanya seusai menziarahi Rumah Kebajikan Penyayang Hani,Bangi Villa, Pekan Bangi Lama.

Tindakan susulan seperti mendaftar mereka samada di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor dan Lembaga Zakat Selangor akan dilakukan oleh sukarelawan di 18 buah Pusat Khidmat Masyarakat Setempat (PKMS) yang telah ditubuhkan



Sehingga kini sebanyak 13 siri telah berjaya dilaksanakan melibatkan kerja sama Lajnah Kebajikan Pusat Khidmat ADUN Bangi, Dewan Muslimat PAS Serdang, Unit AMAL Malaysia, PKMS dan pemimpin masyarakat tempatan.