Saturday, January 18, 2014

Limau mandarin penganti kad raya TBC

18 Jan 2014: Jalan Reko, Kajang.
Sempena Tahun Baru Cina tidak lama lagi satu program menziarahi penduduk terutamanya kaum Cina telah diatur. YB Ustaz Shafie Ngah, ADUN Bangi bersama beberapa orang sukarelawan dari Pusat Khidmat ADUN Bangi telah turun padang ke Taman Seroja, Taman Jelita dan Taman Sungai Mas, Jalan Reko Kajang. Turut serta bersama dalam program ini ialah sepuloh orang sukarelawan dari Unit Amal Serdang dan dua orang pemimpin tempatan yang dikenali sebagai Madam Khoo dan Pak Hamid.
Figure 1Beberapa orang pekerja kedai dobi mengambil peluang bergambar bersama YB Ustaz Shafie Ngah

Sebanyak lima puloh buah rumah telah berjaya diziarahi. Sambil mengucapkan ucapan “Xong Si Fa Chai” mereka juga mengedarkan limau mandarin, kalendar dan akhbar Selangorkini versi bahasa Cina. Kesempatan turut diambil untuk mendaftar beberapa orang warga emas yang layak bagi tujuan pemberian baucer percuma seratus ringgit untuk Program Jom Shopping Tahun Baru Cina.

Figure 2:Mengedarkan buah limau mandarin disamping mengucapkan "Xong Si Fa Chai"

Beberapa orang penduduk yang telah mengenali YB. Ustaz Shafie Ngah kerana beliau pernah menjadi Ahli Majlis MPKj di kawasan itu sebelum ini menyuarakan beberapa pandangan dan aduan bagi memperbaiki mutu perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT).


Figure 3: Kunjungan ke Tokong Nan Hai Guan Yin Shen Xian menemukan beberapa orang penduduk yang dulu mengenali YB sebagai Ahli Majlis MPKj.


Setelah hamper tiga jam menziarahi penduduk di kawasan Jalan Reko, YB Ustaz Shafie Ngah terpaksa bergegas ke Seksyen 3 Bandar Baru Bangi bagi merasmikan Program ‘Wonder Math’ siri ke-20 yang sedang berlansung. 

Friday, January 3, 2014

MAJLIS PENENTUAN ARAH KIBLAT MASJID AL-UMM.

Bandar Baru Bangi , 2 Jan 2014 :
"Sesiapa yang membina sebuah masjid di dunia walaupun dengan (sumbangan) segenggam pasir, nescaya Allah akan bina untuknya mahligai di Akhirat."

Dato’ Dr. Haron Din membacakan sepotong hadis yang diriwayatkan oleh  Al-Bukhari dan Muslim sebelum membaca doa dalam majlis Penentuan Arah Kiblat Masjid Al-Umm. Dalam majlis yang sama beliau turut menyampaikan sumbangan RM1.5 juta yang diusahakannya. Beliau merupakan penasihat kepada Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm.
Masjid Al-Umm bakal menjadi masjid kedua di Bandar Baru Bangi selepas Masjid Al-Hasanah. Kos pembinaan masjid dua tingkat ini dianggarkan bernilai RM12.5 juta. Majlis pelancaran Tabung Pembinaan Masjid Al-Umm telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor pada awal tahun lepas (6 Januari 2013).
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar berjanji akan memberi bantuan dana berdasarkan ‘ringgit ke ringgit’. Sehingga kini Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm yang dipengerusikan oleh Dr. Shafie Abu Bakar, mantan ADUN Bangi telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM2.5 juta.
Menurut Dr. Shafie Abu Bakar,”Kita masih memerlukan RM2 juta lagi  untuk jumlah RM6 juta sebelum mengemukakan permohonan kepada kerajaan  Selangor sebagaimana yang dijanjikan oleh YAB Menteri Besar pada tahun lepas.”


ADUN Bangi, Ustaz Shafie Ngah yang turut hadir menyokong penuh pembinaan Masjid Al-Umm yang bakal menjadi identitik kepada Bangi.
Penentuan Arah Kiblat dilakukan oleh Jurukur dari pihak Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Selangor.



Thursday, December 19, 2013

Saturday, November 16, 2013

Lukut asalnya adalah kawasan Selangor

Lukut, Negeri Sembilan dulu adalah sebahagian dari Selangor. Terletak antara Tanjung Tuan dan Sungai Sepang. Ia dibuka oleh Raja Busu (keturunan raja-raja Selangor) pada kurun ke-19 semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah ibni almarhum Sultan Ibrahim (Sultan Selangor ke-3). Lukut sangat kaya dengan bijih timah dan ini mendorong ramai orang Cina Hailam terutama dari Melaka datang melombong mengusahakan perlombongan bijih timah.

Cukai yang dikenakan oleh Raja Busu adalah sebanyak 10% daripada harga timah telah menjadikan beliau sangat kaya. Namun cukai itu tidak diberikan kepada Sultan Selangor. Lama-kelamaan cukai itu semakin bertambah hingga ke beberapa kali ganda. Kenaikan cukai itu telah menyebabkan orang Cina menderita dan mereka beramai-ramai berjumpa dengan Raja Busu untuk merundingkannya. Terjadi satu pergaduhan antara orang Cina yang begitu marah melihat longgokan bijih timah yang banyak di istana Raja Busu. Dalam pergaduhan itu Raja Busu dan keluarganya telah terbunuh. Orang-orang Melayu kemudiannya telah membalas dendam dan membunuh ramai orang Cina.

Raja Jaafar Raja Ali  seorang pembesar Melayu berasal dari Riau berketurunan Bugis bersama anaknya Raja Juma’at dan Raja Abdullah telah datang untuk membangunkan semula  Lukut. Apabila Raja Jaafar mangkat pemerintahan Lukut diserah kepada Raja Juma’at dan adiknya Raja Abdullah . Raja Juma’at merupakan seorang raja yang pandai memerintah, bijaksana dan sentiasa berusaha memperbaiki pemerintahannya di Lukut. Beliau telah membina Kota Lukut di atas sebuah bukit bernama Bukit Gajah Mati @ Bukit Raja. Pembangunan di Lukut satu masa dahulu diceritakan adalah jauh lebih maju dari Selangor dengan kedai berdinding bata dan beratap genting serta deretan perumahan pekerja lombong. Beliau turut mengadakan pasukan polis yang berpakaian lengkap serta mempunyai nombor pada songkok mereka. Raja Juma’at turut membantu adiknya Raja Abdullah membuka lombong bijih timah di Ampang dan Kuala Lumpur.



Raja Juma’at telah memerintah Lukut selama 18 tahun . Beliau mangkat pada tahun 1864 dan putera gaharnya, Raja Bot telah mengantikan beliau. Kemerosotan hasil bijih timah menjadi faktor utama ramai  penduduk Lukut berhijrah ke tempat lain. Pada 31 Julai 1880 satu perjumpaan antara Sultan Abdul Samad, Raja Bot, Dato’ Kelana Sungai Ujong dan pihak British telah diadakan di Singapura. Hasilnya Lukut dimasukkan bawah pemerintahan Sungai Ujong (seterusnya Negeri Sembilan)

Wednesday, November 13, 2013

Thursday, October 24, 2013

Pedang Salahuddin Al-Ayubi

Pedang Salahuddin al-Ayubbi paling tajam di dunia? Pedang Salahuddin Al-Ayyubi diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya mampu menembus baju zirah crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya. Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur. Pedang ini diperbuat besi baja "damarcus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR.
Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat dan kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.
 Apa itu CNT? CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya. Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium. Teknologi NANO.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEio20xPUM_tCYZAsUfVk35Nb4o26Qrsz7nvMnJV0kiCrK8e7tfITXkJ5EqlqsF4CxWv5XA77Oy2Ws21g7Hqx6N3TfOpaNw2fQNrTAv0K5A4MzpAm-vAHf7ShyRTgFMKf-WIx4bzu7KfnNU/s400/Pedang_alamcyber2020-1.jpg
 Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur. Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "damarcus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEfqYGnyDtfThckxd-qgN6UylvQUQy-J9FuTBJ16tVnuD3sPl0IszyivyFBQKB_hww1S0ijYUVC7ll_cV2Y6i3uU9w3ZUy5P_KhfjtcSm90kJIDDptinBgcUpddq0w4AC2EAE7qs_3PxM/s320/pedang_alamcyber2020_4.jpg
kekuatan, ketajaman dan kelenturannya. Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12.
Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman. Wallahua'lam