Saturday, December 31, 2011

Sambutan Tahun Baru 2012 antara I-City & Dataran Shah Alam




EKSLUSIF BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS DAN ZIZAN.

TERBAIK !!!

PROGRAM BN SELANGOR DI i-CITY DIKHABARKAN

LENGANG TAKDE ORANG.


SEMUA LARI KE PROGRAM PAKATAN RAKYAT SELANGOR

DI DATARAN SHAH ALAM.





YB KHALID SAMAD

DISAMBUT OLEH PULUHAN RIBU ANAK MUDA

YANG SEDANG MENDENGAR USTAZ AZHAR IDRUS

DAN CELOTEH ZIZAN DI MAJLIS SAMBUTAN TAHUN

BARU KERAJAAN NEGERI SELANGOR.



TAHNIAH !

SAMBUTAN TAHUN BARU KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR

BERJAYA DAN MERIAH !!!!!!!!


SYUKUR

ALHAMDULILLAH !!!!!

Friday, December 23, 2011

Hasan Ali korbankan AKRAB untuk jemaah PAS.


Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini memohon maaf berhubung kritikannya terhadap konsep negara kebajikan yang dianjurkan parti itu dan menarik balik kenyataannya berhubung perkara itu.

NONESebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa pusat, katanya, beliau
mengakui terdapat unsur-unsur yang keterlaluan apabila beliau mengulas perkara itu.

Dengan itu, katanya, beliau menarik balik komennya tentang negara kebajikan dan memohon maaf kepada kepimpinan PAS kerana keterlaluannya itu.

Hasan (kiri) sebelum ini mengecam golongan bukan ulama dalam PAS dan menuduh parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan Islam.

P/S. Gua sokong tindakan lu bro. Lu ambil kira kepentingan jemaah lebih utama berbanding kepentingan peribadi. Kepentingan AKRAB perlu dikorbankan bagi mengutamakan jemaah. Lu pun sedar AKRAB adalah nothing jika orang tak percaya sama lu.

Thursday, December 22, 2011

Mahkamah dapati Khir Toyo bersalah tuduhan rasuah

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.

Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

Pada masa ini, Hakim Mohtaruddin sedang mendengar rayuan dari peguam Khir sebelum menjatuhkan hukuman.
NONEKhir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat.

Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

DPP Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan.

Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi.
Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu

p.s. Sharif Jajang kat Sg. Merab mesti senyum baca berita ni.

Tuesday, December 20, 2011

ANTARA PREBET KHALID DENGAN PANGLIMA KHALID

Dalam satu peperangan pada zaman Saidina Umar al-Khattab dilantik menjadi khalifah, perkara pertama yg dilakukan oleh Saidina Umar al-Khattab ketika peperangan tersebut ialah melucutkan jawatan Khalid al-Walid.

Khalid al-Walid dengan senyum, meniggalkan serban yang melambangkan Jeneral Islam, dan diserahkan kepada Abu Ubaidah. Ahli tentera muslim yg lain kurang berpuas hati. 

"Siapa Umar untuk melanggar keputusan Rasullah SAW melucutkan jawatan Khalid al-Walid, siapa Umar untuk melucutkan jawatan jeneral Khalid walau dalam pemerintahan Abu Bakar? Siapa dia?" kata mereka.

Khalid Al Walid masih senyum. "Apakah ada beza aku jeneral dengan aku tentera biasa? Bukankah pedang aku ini masih boleh membunuh musuh kuffar? Sekiranya kalian beriman dengan Allah, maka patuhilah arahan pemimpin." Tenang beliau menjawab.



Sirah ini untuk kita sama menghayatinya.


Mereka berkata apapun krisis yang melanda ahli PAS sudah matang dan mampu menghadapinya. Aku setuju cuma takut pemimpin yang belum matang...