Tuesday, May 14, 2013

Kenapa DAP letak Dr.Ong?

Selain dari namanya yang ada 'ong' dan 'jian ning' yang bermaksud pembela rakyat. Ramai penduduk Bangi dari Pakatan Rakyat perlu merasa panik kerana mencalonkan Dr. Ong yang diberitakan baru sahaja menyertai DAP.


(YB= Yang Botak, Yang Berhormat, Yang Berkhidmat Ong Kian Ming) dia tak kisah

Rupanya beliau memang arif tentang Bangi kerana pernah buat kajian di UKM.
Beliau fasih berbahasa melayu. (Sorry ah YB Teo - agak pelat sikit)
Cara beliau menjawab soalan begitu profesional menjiwai Pakatan Harapan Rakyat dan tidak mencerminkan imej DAP era lama.

Jika PAS ingin menang lebih banyak kerusi. PAS perlu ramai calon seperti Dr.Ong Kian Ming.

Sementara menunggu sisi gelapnya jika ada. Kerana kita baru berkawan.

Wednesday, May 8, 2013

Manipulasi BN memenangkan Pakatan Rakyat


Surau Al-Huda pernah dikaitkan dengan isu YB Teo Nie Ching menyampaikan ucapan semasa penyerahan sumbangan cek pembangunan untuk surau tersebut.Semasa PRK di Melaka dan Pahang pihak BN telah menyiarkan gambar berikut pada semua bahan kempen mereka.

Terima kasih wajar diucapkan kepada jentera BN yang mempolimikkan isu ini.  Telah timbul kesedaran orang ramai terutama dari Jentera Piliharaya Unit Peti Undi Bukit Kajang Baru menggunakan akal yang waras menilai isu itu dan diterjamahkan kepada peti undi.

Hasilnya PAS melalui calonnya Ustaz Shafie Ngah memperolehi majoriti  tertinggi sebanyak 1485 dari kawasan ini(majoriti tertinggi di N.26 Bangi).

Thursday, April 25, 2013

Jawapan kepada isu-isu PRU13.

1. PR menang, DAP PM? http://youtu.be/TKBQMAXNbnw
2. PAS kaldai DAP? http://youtu.be/9uV1lT_vhPA
3. isu hudud di kelantan & kedah http://youtu.be/6wg1-tlzzC8
4. tolak umno tapi bersama DAP? http://youtu.be/haa19uzyiuE
5. isu tabung memali http://youtu.be/2xEgyAIlBpc
6. negara bankrap kalau PR menang? http://youtu.be/90wYClPzQ84
7. isu sembahyang 2 masjid http://youtu.be/Pizwthl5SzE
8. isu kafirkan orang umno 1983 http://youtu.be/9zbpHMjnTc8
9. batalkan projek BN terengganu? http://youtu.be/gYsCfNQqbY4
10. peranan tok guru di marang http://youtu.be/qpkco6N4N0o
11. tol dalam pemberian tanah http://youtu.be/m-60wxCzyws
12. dasar hiburan & siaran TV http://youtu.be/lYHCvzBi7d4
13. islam PAS for all? http://youtu.be/rYa5wKm00tM
14. hanya BN mampu memerintah? http://youtu.be/U5szyW6c4Vw
15. ekonomi & kesejahteraan PR http://youtu.be/4ZkoMoIJ-Js
16. hudud di terengganu http://youtu.be/DgMw-EHSwNc
17. kilang arak selangor http://youtu.be/spzP_eFLeL8
18. judi genting highland http://youtu.be/spzP_eFLeL8
19. projek membazir terengganu http://youtu.be/IHfbdSTm0yk
20. Projek bermasalah dan membazir di Terengganu? http://www.youtube.com/watch?v=IHfbdSTm0yk 
21. Isu media seperti Utusan Malaysia, tv1, tv2 dan tv3, http://www.youtube.com/watch?v=gwSulHa613k
22. Isu 5 buah kontraktor bumiputra projek LPT yang dinafikan UMNO http://www.youtube.com/watch?v=nVprduaO2CE
23. Isu pegambilan balik 60 ribu lot tanah oleh kerajaan http://www.youtube.com/watch?v=iycFOvwVN84 
24. Perancangan Hospital perubatan percuma  http://www.youtube.com/watch?v=GcOUzmvekx8
25. Plan segera dalam masa 30 hari kerajaan PAS. http://www.youtube.com/watch?v=j7eVPpuDyPk
26. Adakah BR1M akan dilakukan oleh kerajaan PR? http://www.youtube.com/watch?v=yepPFIoQbgQ
27. Penubuhkan tribunal bagi rakyat yang dizalimi BN membuat aduan? http://www.youtube.com/watch?v=bXZ-G_0q8VM
28. Adakah PAS Dan PR akan mengenakan Tol di LPT? http://www.youtube.com/watch?v=FCdvGgc-ZJo
29. Penentuan siapa PM? http://www.youtube.com/watch?v=jder6IDX4jM
30. Khidmat JKKK akan ditamatkan serta? http://www.youtube.com/watch?v=Cvarl1pz7UQ
31. Apakah hukum megundi? http://www.youtube.com/watch?v=oGwsAXCrpZU
32. Apakah hukum cerita keburukan calon semasa kempen? http://www.youtube.com/watch?v=F3wsovUzNeE
33. Isu bersumpah megundi BN  ketika terima bantuan? http://www.youtube.com/watch?v=vuCYQWjFU0U

Thursday, April 18, 2013

Calon-calon PAS Selangor PRU13


Calon-Calon PAS Selangor :

Parlimen
P.093 Sungai Besar : Hj Mohd Salleh bin Husin
P.095 Tanjong Karang : Drs Mohd Rashdi b Deraman
P.096 Kuala Selangor : Dr Zulkifli bin Ahmad
P.101 Hulu Langat : Dr Rosli Che Mat
P.108 Shah Alam : Khalid Abd Samad
P.111 Kota Raja : Dr Mariah bte Mahmud
P.113 Sepang : Mohd. Hanipa bin Maidin

DUN
N.001 Sg Air Tawar : Abdul Wahid bin Rais
N.002 Sabak : Ustaz Salehin Mukhyi
N.003 Sungai Panjang : Fadzlin bin Taslimin
N.005 Hulu Bernam : Muhammad bin Idris
N.008 Sungai Burong : Mohd Judi bin Sarjo
N.012 Jeram : Abdul Rashid bin Mohd Kassim
N.015 Tmn Templer : Zaidi bin Talib
N.017 Gombak Setia : Hasbullah bin
N.018 Hulu Kelang : Saari bin Sungib
N.020 Lembah Jaya : Khasim b Abdul Aziz
N.021 Chempaka : Iskandar bin Abdul Samad
N.023 Dusun Tua : Haji Ghazali blin Hasan
N.026 Bangi : Shafie bin Ngah
N.029 Seri Serdang : Norhanim bte Ismail
N.038 Paya Jaras : Khairuddin bin Othman
N.042 Meru : Dr Abdul Rani bin Osman
N.045 Selat Kelang : Dr Halimah bte Ali
N.051 Sijangkang : Dr Ahmad Yunus bin Khairi
N.053 Morib : Hasnol b Baharuddin
N.054 Tanjong Sepat : Ir Haslin bin Hasan

Monday, April 15, 2013

90% Manifesto 2008 telah dan sedang dilaksanakan.



PR bakal memenangi PRU13 dengan 124 kerusi. Satu analisa


Segalanya sudah diketahui. Walaupun berikrar akan dapat kekal dalam kerajaan persekutuan dengan dua pertiga majoriti dalam Parlimen, Perdana Menteri Najib Razak sebenarnya sedang menanti kekalahan yang teruk.
Menurut sumber-sumber politik, kaji selidik yang dijalankan oleh unit perisikan khas kerajaan menunjukkan gabungan Umno-Barisan Nasional yang diketuai Najib ketinggalan jauh di belakang Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim dengan hanya 98 kerusi dan Pembangkang 124 kerusi.
Anwar dan PR dijangka akan memenangi 10 kerusi di Wilayah Persekutuan, 10 di Johor, 11 di Kedah, 12 di Kelantan, 18 di Perak, 17 di Selangor, 1 di Terengganu, 1 di Melaka, 3 di Negeri Sembilan, 5 di Pahang, 0 di Perlis dan seramai 25 di Sabah dan Sarawak.
"Ini adalah pembuka mata bagi orang-orang penting dalam Umno. Tidak hairanlah Najib dan Mahathir begitu panik dalam respon mereka terhadap isu-isu yang timbul. Mereka tidak boleh mampu untuk berbuat apa-apa kesilapan sekarang," Zulkefly Othman, setiausaha majlis keselamatan dalam parti PKR Anwar, memberitahu Malaysia Chronicle.
RM5 juta dikhaskan untuk "membeli" calon PR
Zulkefly, yang juga ketua strategi bahagian PKR Melaka, menjangkakan keadaan akan menjadi lebih “teruk dan kotor" pada minggu-minggu yang akan datang, dengan penipuan undi, menghentam pembangkang dan runtuhan "gula-gula pilihan raya" yang bakal membanjiri Umno-BN dalam keadaannya yang terdesak untuk mengekalkan cengkaman kuasa sejak 55 tahun.
Beliau memberi amaran kepada BN yang telah mempergiatkan hasutan kepada calon-calon pembangkang untuk mengkhianat, ancaman yang dikatakannya merupakan amaran kepada pemimpin PR supaya berhati-hati dan utamakan dalam senarai risiko pilihanraya.
"Kadar wang tawaran sekarang adalah RM5 juta untuk calon PR dan semakin menghampiri PRU, kita boleh menjangkakan angka ini meningkat. BN pasti akan main kotor dan kepimpinan PR mesti mencari jalan untuk menangani masalah ini," kata Zulkefly.
"Bagi saya, ini adalah lebih berbahaya daripada penipuan di peti undi dan memalsukan daftar pemilih. Jadi dalam memilih calon mereka, pemimpin PR mestilah bijak. Mereka mesti mempunyai rancangan untuk mengelakkan semua pembelotan yang tidak beretika ini dan cara terbaik ialah untuk mengambil hanya mereka yang benar-benar ikhlas dan mempunyai prinsip yang teguh. Mereka yang tahan maki dan tidak 'malu' untuk melompat parti tidak harus dipilih, " tambah Zulkefly.
Najib yang takut akan melambatkan PRU ke-13 sekali lagi
Malah, ketakutan yang nampak pada pemimpin-pemimpin Umno-BN begitu jelas. Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah kembali menarik perhatian dalam usaha untuk mendapat sokongan daripada pengundi-pengundi Melayu dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berjanji BN akan mengekalkan skim bantuan kewangan tunai yang diumumkan baru-baru ini untuk mendapatkan sokongan rakyat untuk mengekalkan status quo politik.
"Kami tidak mahu bantuan tersebut menjadi pembayaran satu kali sahaja. Ia perlu dikeluarkan untuk jangka masa yang panjang. Saya percaya Perdana Menteri akan melihat ke dalam BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) sebagai program yang perlu diteruskan. Saya pasti bahawa ia akan diteruskan secara jangka panjang apabila rakyat mengekalkan BN sebagai Kerajaan Persekutuan," akhbar theStar melaporkan Muhyiddin sebagai berkata selepas mengagihkan baucar tunai RM100 untuk pelajar dari lima buah sekolah minggu lepas.
Walau bagaimanapun, ia mungkin sudah terlambat untuk BN. Tidak kira apa jenis strategi saat-saat akhir yang dilakukan Najib, ramai pemerhati dan penganalisis politik berpendapat bahawa rakyat betul-betul mahukan perubahan, meluat dan bosan dengan rasuah yang berleluasa dan sudah menjadi endemik dalam kerajaan BN.
Menurut Zulkefly, Najib mungkin menggunakan kaji selidik terbaru sekali lagi melambatkan GE13. Petunjuk terbaru yang datang dari orang-orang di kem PM bahawa dia akan membubarkan Parlimen pada 22 Feb, menyenaraikan senarai nama calon pada 16 Mac, dan pengundian dibuat pada 30 Mac.
"Kami tidak akan terkejut. Najib mungkin menunggu Parlimen terbubar secara automatik pada 28 April untuk membeli dirinya dan BN lebih banyak masa. Tetapi tidak ada jaminan mereka boleh memenangi kembali rakyat. Saya rasa rakyat Malaysia sudah begitu marah dengan penangguhan yang lama setakat ini. Mereka telah membuat keputusan dan mahu mengundi. Jika Najib terus berlengah-lengah, ia hanya akan menaikkan kemarahan mereka dengan lebih lagi, "kata Zulkefly.
Penjualan saham di pasaran, pelabur letih dengan ketidaktentuan yang berpanjangan
Malah pelabur bertaruh untuk perubahan rejim dan baru-baru ditakutkan dengan amaran dari samseng-samseng dalam parti Najib yang mahu mewujudkan kekacauan jika mereka hilang kuasa. Indeks pasaran saham penanda aras FBM KLCI mengalami kejatuhan paling teruk pada satu hari dalam tempoh 8 bulan pada minggu lepas iaitu menjunam 40,81 mata dan kehilangan RM35billion dalam permodalan pasaran di tengah-tengah spekulasi Najib akan membubarkan Parlimen pada 22 Februari.
"Mengapa mesti rakyat seluruh Negara -ya kesemua kita - dari sektor korporat yangmembuat keputusan pelaburan kepada rakyat yang mahu merancang majlis perkahwinan atau perjalanan umrah, terpaksa menunggu tarikh pilihan raya yang akan diumumkan mengikut sesuka hati mereka?" tanya Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga mengetuai Pusat Penyelidikan PAS.
Dalam pilihan raya umum ke-13 di negara ini yang akan datang, 222 kerusi di peringkat Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri di 12 negeri (kecuali Sarawak yang telah mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun 2011) akan dipertandingkan.
Pada pilihanraya 2008, PR telah memenagi 82 kerusi berbanding BN 140, menjadikan buat pertama kalinya Umno-BN kehilangan dua pertiga majoriti kuasa di Parlimen, yang membolehkan PR membuka ruang untuk perubahan dasar kepada Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi Negara.
Pada PRU tahun 2004, PR hanya mampun memperolehi 21 kerusi dan BN 198. Pada masa itu, terdapat hanya 219 kerusi parlimen yang dipertandingkan. Tiga kerusi baru diadakan pada pilihanraya 2008- Igan, Sibuti dan Limbang di Sarawak.
Malaysia Chronicle