Saturday, March 21, 2009

JANGAN MEMUSUHI UMNO KETERLALUAN.

Merujuk kepada post dari drshafie.blogspot. sebenarnya kawasan yg dimaksudkan ialah gerai luar bandar pada istilah Majlis Daerah kajang. Ada beberapa lokasi antaranya di seksyen 1, seksyen 16, kawasan kilang, kampung bahgia dan sg. ramal. Diatas kertas semuanya cantik wujudnya gerai ini memberi peluang untuk rakyat berniaga dalam premis yang murah kadar sewanya(pada ketika itu RM 30 - RM70).

Memasukkan elemen penguasaan parti dalam pentadbiran maka bila tindakan engkar dilakukan hukuman tidakdapat terlaksana. Syabas pada Zon 23 MPP yang memilih peserta melalui surau-surau dan NGO. Satu perubahan yang mengiktiraf suara rakyat.

Namun kita jangan sesekali membenci golongan UMNO sebenci-bencinya sebagaimana sesetengah ahli PAS lakukan. Seolah semua apa tindakan mereka itu dijijikan. Pelajari sesuatu yang positif dan negatif dari mereka kerana kelak kita jangan terhumban sama dalam kejijikan. Dihukum oleh rakyat dan yang pentingnya dikeji Allah s.w.t.

1 comment:

Gurindam Jiwa said...

Ingin bertanya.

Apakah bezanya dun26bangi ini dengan drshafie? Blog ini katanya ialah "bertujuan memberi maklumat tepat dari punca sebenar DUN Bangi." Yang blog drshafei tu bukan punca sebenar ke? Pertindihan ke, atau perselisihan? Kita ni ibarat satu keluarga besar. Sedangkan lidah lagi tergigit.

Antara May 22, 2008 dengan February 10, 2009 tu agak lama sunyinya.