Thursday, April 30, 2009

CERITA SEKETUL TAHI

Tiba-tiba gempar diperkatakan oleh jemaah akan seketul tahi di saf hadapan satu masjid. Letak masjid yang dulunya uzur kini mula berubah dengan lampu yang baru, ruang jemaah yang bertambah, penuh dengan program dan berhawa dingin. Jika dulu masjid ini hanya dikunjungi oleh warga tua dan mereka yang benar-benar mengimarahkan masjid kini jemaahnya semakin ramai.

Cerita seketul tahi itu diperkatakan oleh khalayak ramai termasuk mereka yang hanya berjemaah sekali sahaja setahun semasa solat hari raya. Kalangan ustad berhujah panjang lebar akan hukum fekah mengenai najis. Kalangan doctor berhujahkan najis dari sudut kesihatan. Kalangan pencipta alam sekitar pula berhujah kesannya pada alam sekitar. Semua pihak menyatakan pandangan berdasarkan pengethuan yang mereka miliki.

Pelbagai cadangan dikemukakan. Ada yang mencadangkan mahluk yang membuang najis itu dipakaikan lampin. Ada yang mencadangkan diadakan gerakan besaran memburu dan menghalau mahluk itu. Sehingga ada yang mencadangkan agar dikhatan mahluk itu.

Disatu sudut lain ada pihak sedang mengambil kesempatan dari peristiwa ini. Mereka adalah mantan jawatankuasa masjid yang tersingkir dari pemilihan. Mereka mula mencanangkan bahawa jawatankuasa baru sekarang tidak layak dan sentiasa berbalah sesama sendiri. Ditambah lagi cerita bahawa jawatankuasa sekarang punca jemaah berpecah belah dan membiarkan mereka diperalatkan oleh orang lain.

Namun cerita seketul tahi itu tiba-tiba terhenti bila siak masjid yang bercuti selama tiga hari kerana keuzuran mula bertugas. Diambilnya penyapu kecil lalu disapunya tahi yang telah kering itu kedalam bekasnya lalu dibuang. Lagipun ia hanya seketul tahi cicak yang berak tak kira dimana sahaja samada dalam masjid, dalam dewan orang ramai, dalam pejabat bahkan dalam rumah kita sendiri.

SELAMAT HARI PEKERJA KEPADA SIAK MASJID. Yang lain tu hangpa fikir sendiri.

Saturday, April 18, 2009

ANDA MENGANGGUR?

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
PROGRAM TRAIN AND PLACE SECARA PERCUMA

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengikuti Program Train and Place yang dilaksanakan bagi mempertingkat dan menjamin peluang pekerjaan kepada warganegara Malaysia.

Syarat dan Kelayakan

1. Program ini terbuka kepada :
i. Pekerja yang diberhentikan
ii. Siswazah menganggur
iii. Belia Mengganggur.

2. Pemohon perlu terlebih dahulu berdaftar dengan portal JobsMalaysia di http://www.jobsmalaysiia.gov.my/

Tempoh Latihan
Latihan akan dijalankan pusat latihan yang dilantik oleh Kementerian Sumber Manusia bagi tempoh 1 hingga 6 bulan.

Cara Memohon
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan yang disediakan seperti dilampirkan atau secara on-line melalui portal http://www.jobsmalaysia.gov.my/

Yuran Latihan / Elaun Sara Diri
1. Yuran latihan adalah ditanggung oleh Kementerian Sumber Manusia.
2. Pelatih akan diberikan elaun sara diri minima RM 500.00 sebulan.

Alamat
Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke
alamat berikut :

Ibu Pejabat
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
Aras 5, Blok D3, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA.

Pertanyaan
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui talian 03-88889111 (Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan)

Wednesday, April 15, 2009

MB TERENGGANU WAKIL RAKYAT PARTI CAP AYAM


"Adakah anda ingat kami wakil rakyat cap ayam, macam menteri besar (sekarang)?"

Begitulah komen dari ADUN Alor Limbat (BN)

Jika berlaku hal begini 'Bapa Ayam' perlulah nasihatkan anak-anak ayam. Taburkan padi, jangan nak berkokok saje kenen kat ayam betina tu.