Tiba-tiba gempar diperkatakan oleh jemaah akan seketul tahi di saf hadapan satu masjid. Letak masjid yang dulunya uzur kini mula berubah dengan lampu yang baru, ruang jemaah yang bertambah, penuh dengan program dan berhawa dingin. Jika dulu masjid ini hanya dikunjungi oleh warga tua dan mereka yang benar-benar mengimarahkan masjid kini jemaahnya semakin ramai.
Cerita seketul tahi itu diperkatakan oleh khalayak ramai termasuk mereka yang hanya berjemaah sekali sahaja setahun semasa solat hari raya. Kalangan ustad berhujah panjang lebar akan hukum fekah mengenai najis. Kalangan doctor berhujahkan najis dari sudut kesihatan. Kalangan pencipta alam sekitar pula berhujah kesannya pada alam sekitar. Semua pihak menyatakan pandangan berdasarkan pengethuan yang mereka miliki.
Pelbagai cadangan dikemukakan.
Disatu sudut lain ada pihak sedang mengambil kesempatan dari peristiwa ini. Mereka adalah mantan jawatankuasa masjid yang tersingkir dari pemilihan. Mereka mula mencanangkan bahawa jawatankuasa baru sekarang tidak layak dan sentiasa berbalah sesama sendiri. Ditambah lagi cerita bahawa jawatankuasa sekarang punca jemaah berpecah belah dan membiarkan mereka diperalatkan oleh orang lain.
Namun cerita seketul tahi itu tiba-tiba terhenti bila siak masjid yang bercuti selama tiga hari kerana keuzuran mula bertugas. Diambilnya penyapu kecil lalu disapunya tahi yang telah kering itu kedalam bekasnya lalu dibuang. Lagipun ia hanya seketul tahi cicak yang berak tak kira dimana sahaja samada dalam masjid, dalam dewan orang ramai, dalam pejabat bahkan dalam rumah kita sendiri.
SELAMAT HARI PEKERJA KEPADA SIAK MASJID. Yang lain tu hangpa fikir sendiri.
No comments:
Post a Comment