Friday, May 7, 2010

ORANG KIRA JUTA-JUTA KITA KIRA SEN-SEN

Apakah nilai duit kita sebenarnya Dulu masa kecik-kecik dulu bawa duit kesekolah 20 sen dah cukup. Beli nasi lemak 10 sen air 5 sen dan 5 sen lagi boleh beli jajan. Tak pun boleh main 'tikam-tikam' (dulu belasah aje mana tau haram) Tak pun beli biskut dapat nombor. yang geram tu ada hadiah kapal terbang. yang hampehnya biskut satu tin dah habis kapal terbang tak kena-kena. Masih tergantung. Nampak sangat tokey tu penipu. Padan muka aku.

La ni budak sekolah bawa duit RM 3. Kalau ada 4 orang anak RM 12. Satu bulan  koman-koman perlu ada RM 240.00. Belum masuk duit tambang bas, duit tiusyen, duit buku , duit belanja dapur, duit minyak dan segala macam duit yang perlu dikeluarkan untuk bernafas. Kalau takde RM 2000 sesak nafas tinggal di Bangi ini. So duit baki setiap bulan kalau ikut kunci kira-kira dibuat dalam kurungan (xxx) untuk dibawa ke bulan depan.

Tup-tup dengar BN perhabis duit RM 100 juta untuk PRK Hulu Selangor. Kicdafella pula cakap dia dapat RM 4 juta untuk jatuhkan Pak Lah. Barangkali ini termasuk duit gambar Tuan Guru Nik Aziz sedang mengalirkan air mata mengaminkan doa. Gambar itu digunakan secara meluas dan tidak dinafikan memberikan impak kepada kemenangan PR semasa PRU 2008.

Jika dibuat perbandingan RM 4 juta utk jatuhkan Pak Lah kira satu malaysialah dibanding dengan RM 100 juta nak menang kerusi parlimen Hulu Selangor. Ternyata nilainya amat kecil. Apatah lagi bila dibandingkan berapa juta RM terpaksa dibelanjakan untuk menjatuhkan kerajaan PR di Perak.

So apa yang kecoh-kecoh tu? Di Serdang sahaja baru dilancarkan kempen nak kutip dana RM 1 juta nak beli bangunan untuk PAS Serdang.

Yang aku musykil ialah camana duit RM 1 juta nie agaknya. Muat isi dalam beg besar mana? Pasal duit paling banyak aku pegang cuma RM 5 ribu masa aku keluarkan duit dari bank untuk belanja kawin dulu. Itupun isi dalam poket penuh depan belakang  dan pandang semua orang semacam aje...Macam nak rompak aku.

Sekarang nie aku selalu pegang duit sen-sen aje.

No comments: