Bulan puasa menjelang kembali. Mahluk yang paling teracam ialah mahluk spesis dalam gambar ini. Tapi kalau nak cari macam dalam gambar itu susah. Tak payah cari kat reban ke kat ladang ke susuah nak jumpa. Tapi semalam di Jalan Kebun mahluk ini muncul.
Pandai pulak buat cabaran kepada Kerajaan Selangor agar menutup semua premis hiburan semasa ramadhan ini. Samada niatnya ikhlas atau tidak wallahualam. Cuma agak terkilan kenapa hanya disuruh kerajaan negeri Selangor sahaja. Mahluk ini yang juga sebagai ahli parlimen dari kerajaan pusat BN sebenarnya mampu untuk menyarankan menteri yang menjaga bahagian perlesenan berbuat demikian.
Mungkin spesis ini perangainya macam ayam jantan yang berkokok lantang tapi ekor bergelumang tahi disatu kepala dan dikepala lain menjadi ayam betina tunduk mematuk padi yang ditabur. Mungkin ada yang ingin komen spesis ini tidak berekor.Memang benar kerana ekornya telah tercabut. Ekornya yang selama ini menjadi ekor sendiri tidak sanggup menjadi ekornya. Asyik bergemulang dengan tahi aje. Sementara kepalanya sentiasa diangkat untuk berkokok mungkin nak kenen ayam betina aje kerjanya.
Spesis ini hanya menunggu waktu untuk diawetkan bagi menjadi tontotnan orang ramai.
No comments:
Post a Comment