BN selalu berkempen kononya pemimpin Pakatan Rakyat tidur sebantal tapi mimpi lain-lain. Begitu jelas dalam usia yang begitu muda dalam kontek politik sukar untuk menyatukan segalanya. Namun apa yang paling penting ialah kita lihat ada kesefahaman, saling menghormati dan bekerjasama antara satu sama lain kian menyubur dikalangan komponen PR.
Pekara ini sebaliknya berlaku pada BN. Setelah 50 tahun tidur sebantal tapi tidak faham memahami. Melalui PERIKATAN dan kemudian BN, UMNO sebagai tunggak pemerintahan negara seharusnya merasa malu kerana gagal memahami dan memberi kefahaman yang jelas asas pemerintahan negara. Tidak hairan jika konsep “baidatun taibatun warrabun ghaffur – sebuah negeri yang baik, aman dan makmur’ yang diidamkan gagal diresapi dikalangan mereka. Bahkan konsep ! Malaysia yang digagaskan berhadapan dengan kegagalan kerana kepentingan perkauman yang masih menebal dikalangan mereka. Yang wujud hanyalah kepura-puraan sambil melonjakkan ‘survival’ politik masing-masing. UMNO yang mendominasi BN sering ‘membuli’ komponen BN yang lain yang semakin hari terhakis kepercayaan rakyat terhadap mereka.
Tidak mustahil jika kesedaran wujud pada generasi yang baru mererajui parti-parti itu maka satu hari BN akan dipinggirkan. UMNO bakal menjadi parti tunggal pembangkang dan seterusnya lenyap dimuka bumi ini. Menyedari hakikat ini UMNO cuba memancing PAS(satu lagi parti orang Melayu) lalu dirasuk akan sentimen kemelayuan. Mujur masih ada pemimpin lama PAS yang masih lagi terkesan akan pengalaman bersama UMNO ini. Telahan yang mudah boleh dibuat – mengapa perlu karam bersama dengan mereka yang telah mengaramkan banyak pihak.
Mungkin Chua Soi Lek sahaja yang perlu tinggal bersama UMNO kerana UMNO memerlukan orang-orang seumpamanya dalam BN. Mereka yang telah bertahun tidur sebantal bersama tapi masih lagi gemar ‘makan luar’.
KERAJAAN RAKYAT UNTUK RAKYAT
No comments:
Post a Comment