Bukankah penderhaka sebenar adalah mereka yang menggunakan dana negara untuk membayar kos penyelenggaraan tinggi untuk syarikat anak emas pilihan dan pembelian alatan ataupun kos projek yang berganda demi memenuhi poket-poket mereka yang terpilih? Kalau benar Menteri Pertahanan seorang patriot, kenapa beliau tidak menyokong siasatan SPRM terhadap bayaran komisyen lebih RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd untuk pembelian kapal selam Scorpene seperti yang dinyatakan oleh Speaker Dewan Rakyat pada 2 Julai lalu?
Demikian ulasan YB Nurul Izzah Anwar yang diberi gelaran “Puteri Reformasi”. Menjawab kritikan Menteri Pertahanan Dato’ Ahmad Zahid Hamidi yang melabel beliau sebagai pengkhianat negara.
Semasa kempen PRU ke 12 dulu beliau sering menghantar wakil untuk mendengar ucapan lawannya, DS Sharizat Jalil. Kemampuannya berhujah balik terhadap isu-isu yang dilemparkan amat dikagumi. Terbukti dengan keputusan DS Sharizat yang terkenal dengan “Ratu Publisiti” itu kecundang ditangan muka baru dalam politik.
Dalam rangkaian Facebook beliau mempunyai puluhan ribu ‘sahabat’ dan tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa beliau adalah ikon kepada perjuangan wanita dinegara ini. Sahabatnya terdiri dari mahasiswi universiti dan golongan muda profesional wanita. Bahkan diberitakan ramai dikalangan puteri UMNO yang dulu menyokong kepimpinan Azalina menjadi sahabat Nurul dalam facebook. Disebalik kelembutan wajah keibuannya beliau sebenarnya mewarisi kelantangan bersuara mewarisi dari ayahnya DS Anwar Ibrahim.
Apakah beliau mampu mempertahankan kedudukannya sebagai ahli parlimen? Mungkin rakyat Lembah Pantai lebih bijak menilai kepimpinannya berbanding dengan bekas penyandangnya yang sentiasa menunggu peluang untuk mengembalikan maruahnya yang tercalar oleh ‘budak mentah’ seperti yang diungkapkan sewaktu berkempen dahulu. Dengan imej dan kepopulariti yang ada pada Nurul Izzah Anwar ini DS Sharizat kena bekerja lebih keras dan jangan hanya bersikap suka mencari publisiti sahaja.
No comments:
Post a Comment