Saturday, August 28, 2010

ISU MP SERDANG: PERKASA CUBA JADI BATU API

6c165fdfa1a3df8b661635d4b35b52e2 Wakil PERKASA Selangor cuba memberi rasuah RM 1000.00 kepada Jawatankuasa Surau Al-Huda Kajang Sentral agar mengembalikan semula bayaran yang telah mereka terima dari MP Serdang Cik Teo Nie Ching tempoh hari. Jawatankuasa enggan menerima kerana tidak mahu isu ini disensasikan sebagai modal politik pihak tertentu. Jawatankuasa bagaimana pun sentiasa berlapang dada untuk menerima sebarang bentuk bantuan memandangkan surau yang baru sahaja dibina hasil dari derma orang ramai masih lagi berterusan menerima derma dari orang ramai.

“Kepada sesiapa yang ingin menghulur derma kami sentiasa alu-alukan. Namun kami tidak mahu isu ini dipolitikkan.” demikian dijelaskan oleh salah seorang jawatankuasa surua tersebut.

Mengenai tindakan MAIS mengambil alih surau tersebut, beliau berkata belum menerima sebarang surat hitam putih untuk diambil tindakan. Jawatankuasa tidak mempunyai masalah sekiranya pihak MAIS ingin mengambil alih surau tersebut memandangkan jawatankuasa yang dilantik bersifat sukarela disamping bersikap bertanggungjawab menerima amanah menguruskan surau tersebut. Namun pihak jawatankuasa berharap pihak MAIS tidak terburu-buru mengambil tindakan takut terpengaruh dengan asakkan sesetengah pihak yang cuba mensensasikan isu ini. Pihak MAIS juga disarankan mendengar penjelasan dari semua pihak yang terlibat.

No comments: