Friday, September 17, 2010

HARI RAYA TERAKHIR BUAT TAIB MAHMUD SEBAGAI KM

Desas-desus pihanraya negeri Sarawak akan diadakan pada masa terdekat semakin kuat bertiup kencang. Ramai penganalisa mengatakan pilihanraya itu perlu diadakan pada tahun ini (2010) juga memandangkan beberapa sebab. Sebab utama menurut penganalisa ialah keadaan ekonomi pada tahun depan 2011 semakin sukar diramal. Dalam iklim ekonomi dunia dimana Amerika sebagai peneraju ekonomi dunia dijangka sedang berhadapan dengan ekonomi fasa baru akan menjejaskan sumber pelaburan yang menjadi nadi pembangunan Sarawak dan yang paling penting sumber pendapatan kerajaan BN bakal terjejas. Politik Sarawak kalau mengikut kajian amat bergantung kepada isu kewangan. Disana wakil rakyat yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh lebih dihormati daripada calun politik yang hanya punya idealis perjuangan. Berbeza keadaan politik di Semenanjung dimana isu harta wakil rakyat begitu sensitif dan sering dijadikan sebagai senjata untuk memenangi pilihanraya terutama oleh pihak pembangkang.

Namun fenomena ini mula berubah. Kesan pemikiran politik yang semakin matang terutama dikalangan orang cina Sarawak maka dalam PRK Sibu calun BN telah tunduk kepada Pakatan Rakyat. Inilah yang ditakuti oleh kerajaan BN pimpinan Abdul Taib Mahmud (Pak Uban) yang mewakili Parti Bumiputera Bersatu (PBB). Beliau yang memulakan kerjaya politiknya setelah memenangi kerusi parlimen Kota Semarahan pada tahun 1970. Dipercayai ahli parlimen yang kedua paling lama selepas Ku Li. Selepas memenagi kerusi DUN Sebandi (sekarang Asajaya) pada tahun 1981 Taib Mahmud dilantik sebagai Menteri Tanah dan Galian Sarawak dan seterusnya mengantikan Abdul Rahman Yaakup (bapa saudaranya) sebagai Ketua Menteri Sarawak sehingga kini. Tun Hussein Onn PM sewaktu itu adalah orang yang bertanggungjawab menurunkan Rahman Yaakup dengan menggantikan Taib Mahmud. Rahman Yaakup yang tidak berpuashati cuba mengadakan undi tidak percaya kepada kepimpinan Taib Mahmud melalui satu perjumpaan di Hotel Ming Court K.L yang disertai oleh alhi politik dari PBDS dan SNAP.

Bagi menangani isu  ini Taib Mahmud telah mengadakan pilihanraya kecil Sarawak pada tahun 1987. Dalam pilihanraya itu beliau menang tipis 28 dari 48 kerusi yang dipertandingkan.8 ahli politik PBDS kemudian belot dan menyokong kedudukan Taib Mahmud yang semakin kukuh. Sehingga itu Taib Mahmud telah menggunakan kedudukan beliau sebagai Ketua Menteri dan Menteri Kewangan Sarawak bagi membina emapayar kekuasaannya.

Lapuran berita mengenai penyelewengan dan salah guna kuasa banyak dilapurkan oleh media antarabangsa. Antaranya Bloomberg, The London Times dan Al Jazeerah TV. Syarikat konglomerat gergasi Cahaya Mata Sarawak yang sahamnya dimonopoli oleh beliau dan ahli keluarga beliau menerima kontrak daripada kerajaan negeri lebih dari RM 500 juta setahun. Syarikat ini juga mempunyai kaitan dengan syarikat penguraian Aluminium Sarawak yang dikaitkan dengan Projek Hidro Bakun dan pembinaan bangunan parlimen Sarawak di Kuching yang bernilai RM 300 juta.

Selain mempunyai kawasan pembalakan yang bernilai berbilion ringgit Taib mahmud juga didakwa mempunyai beberapa aset diluar negara yang bernilai jutaan ringgit. Dengan liabiliti maklumat seperti ini yang semakin tersebar  dikalangan rakyat Sarawak terutamanya menjadikan kedudukannya sebagai peneraju kerajaan BN Sarawak bakal tergugat. Persoalan siapakah yang wajar mengantikan beliau atau yang lebihafdal digantikan terus kerajaan BN yang memerintah selama ini.

Mee kolok yang dinikmatinya selama ini mungkin berubah rasa selepas eidul fitri 1431.

1 comment:

azman kamarul said...

Jika umnobn ditolak selepas pilihanraya ini...bicarakan taib mahmud di mahkamah....telanjang si penghisap darah ini di mana kekayaan nya diambil.

Jangan biarkan keturunan lanun memerintah negara ini lagi...hapuskan mereka dalam pilihanraya akan datang.