Monday, October 4, 2010

KEMANA DUIT BANTUAN PUSAT UTK MASJID DAN SURAU DI BANGI

Mengikut akhbar Sinar Harian bertarikh 4 September 2010 wakil kerajaan pusat di DUN Bangi Datuk Mohd Fathil Daud telah mengagihkan bantuan sebanyak RM 57,500.00 untuk semua 109 masjid dan surau sekitar DUN Bangi.
Berikutan dengan laporan itu jawatankuasa masjid dan surau meragui kesahihan dan mempertikaikan laporan berita itu kerana ramai mendakwa tidak pernah menerima sebarang bantuan dari Datuk Fathil seperti yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian.
Hj. Kamaruddin, Setiausaha Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi yang dihubungi menyatakan kekesalan terhadap laporan tersebut. Menurutnya Masjid Al-Hasanah tidak menerima apa-apa bantuan daripada Datuk Fathil.
Selain dari masjid Al-Hasanah laporan juga diterima dari Masjid As-Solehen(Teras Jernang) dan Masjid Hj Mat Saman(Sg. Ramal Luar) yang terkejut dengan laporan dari Sinar Harian tersebut. Setiap masjid diperuntukkan sebanyak RM 1,000 setiap satu manakala surau-surau diberi sebanyak RM 500 setiap satu. Laporan juga diterima dari surau-surau yang terbabit seperti Surau An-Nur, Surau Al-Istiqamah dan Surau Al-Ohm yang turut menafikan menerima bantuan tersebut.
Beberapa pihak yang ditemui turut menyatakan kekesalan mengenai laporan tersebut. Pihak UMNO didapati cuba mencari publisiti murah dengan meniru cara gerak kerja ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar dengan mengwar-warkan segala aktiviti di akhbar tersebut. Malang sekali sumbangan yang diwar-warkan tidak berlaku dan ini menimbulkan tanda tanya samada program tersebut benar-benar dilakukan atau ada pihak yang telah menyalahgunakan peruntukan yang diberikan.

1 comment:

DrShafieN26 said...

Sinar harian sejak kebelakangan ini telah ingkar dari moto mereka- telus dan tulus. Buktinya banyak aktiviti ADUN Bangi tidak lagi mendapat tempat diruangan Bangi/Putrajaya.