Tuesday, October 19, 2010

SELEPAS JUAL NEGARA UMNO/BN JUAL RAJA PULA

Selepas menyerahkan satu-satunya tanah hakmilik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kerajaan UMNO/BN terus memperalatkan institutsi istana bagi meraih keuntungan samada politik juga kewangan.. Kos pembinaan Istana Negara di Jalan Duta jika sebelum ini dinyatakan oleh bekas menteri kerjaraya DS Samy Vellu berharga RM 400 juta. Walau bagaimanapun pembinaan istana yang dijangka siap pada tahun 2012 telah mengalami beberapa kali kenaikan, Seperti yang diumumkan oleh menterinya sekarang Dato’ Shaziman Abu Mansor bahawa kosnya telah meningkat kepada RM 797 juta, Ini tidak termasuk kos pembinaan jalan masuk ke istana tersebut dan kos menaik taraf jalan-jalan berkaitan . Jika kos keseluruhan dinilai maka kos terbaru ialah sebanyak RM 935 juta.

Ada pihak tertentu mendakwa kenaikan kos ini sengaja diadakan bagi menjana kewangan untuk UMNO/BN menghadapi pilihanraya yang dijangka diadakan secara mengejut tahundepan(2011). Bayangkan berapa banyak yang mereka perolehi kesan dari perbezaan harga asal dan harga terkini. Ini tidak termasuk harga tapak asal istana negara yang terletak dalam kawasan zon ekonomi Kuala Lumpur.

Orang ramai tidak boleh marah dengan kenyataan ini. Duit ini sebenarnya untuk rakyat juga. Cuba kita bayangkan mana datangnya duit upah pasang billboard, duit gantung banner, tampal poster, duit minyak, duit makan dsbnya. Dari duit inilah. Ketua takkan dapat gaji macam jadi kuli. Jadi ketua bahagian atau ketua cawangan mesti dapat lebih walaupun kerjanya hanya mengarah sahaja. Begitulah senarionya musim pilihanraya adalah musim rakyat mendapat bonus.

Tetapi awas bila musim itu berakhir mereka yang telah mengeluarkan modal berjuta-juta ringgit perlu mengaut semula keuntungan. Keluar RM 1 juta masuk balik RM 10 juta, keluar RM 10 juta masuk balik RM 100 juta. Bagaimana dilakukan? Melalui projek-projek mega yang kosnya beberapa kali dinaikkan. Duitnya dari kantung negara. Hasilnya dari cukai-cukai termasuk harga barang yang naik mendadak yang perlu dijelaskan oleh rakyat.

Mereka yang untung kita juga yang rugi

No comments: