Tuesday, November 16, 2010

MEDIA PERDANA TERUSKANLAH PEMBOHONGAN ITU.

Disebalik pembohongan yang berterusan media perdana terhadap keadaan mangsa banjir di utara rupanya ada kebaikkan juga. Hasilnya rakyat diseluruh Malaysia khasnya Bangi terpanggil untuk menghulurkan bantuan. Usaha yang dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS Serdang contohnya menjalankan kempen kutipan derma diseluruh surau dan masjid di Bangi yang menganjurkan sembahyang Jumaat pada minggu lepas. Hasilnya lebih dari RM 12 ribu berjaya dikumpulkan untuk disalurkan pada mangsa-mangsa banjir di utara.

Dalam waktu yang sama  unit AMAL Serdang telah menghantar puluhan ahlinya(ada yang terpaksa mengambil cuti bukan untuk berhari raya tetapi untuk membantu mangsa banjir)bagi membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan rumah mereka. Turut dibawa bersama mereka ialah beberapa peralatan seperti jet semburan air yang baru sahaja dibeli khusus untuk membantu mangsa banjir.

Semasa banjir besar melanda Johor dulu unit ini dikenali sebagai 'tentera semut merah'.Mereka telah berkhidmat dengan cemerlang tanpa mengharapkan sebarang penghargaan terutama dari pihak media. Mungkin mangsa-mangsa banjir di Johor lebih memahami dan menghargai pertolongan yang telah mereka berikan. Berbanding pihak-pihak yang menebeng muka dan telah turut sama menolong menghabiskan nasi kawah yang dihidangkan.

No comments: