Seorang 'musuh lama' menghantar email kepada aku. Dia ini orang N9. Dulu aku jumpa masa zaman reformasi. Bersemangat betul dia masa tu sampai pernah kena balun oleh FRU, masuk lokap dan sampai dibuang kerja. Lebih kerana displin bukan pasal menyokong reformasi aku rasa. Dia ini jadi 'musuh aku kerana kalau berjumpa tak sah kalau tak bertekak.
Kadang-kadang idea dia tu bernas juga. Masa PRU 12 dia sonyap aje tak bantu pun aku kat Bangi ni. Dah frust ngan PKR katanya(dia ahli PKR). Bila PR menang di Bangi dia lagi sonyap. Hanya sesekali 'bergaduh' melalui SMS. Nak kata dia ni dah masuk UMNO tak juga kerana sesekali tu dia bantai juga UMNO ni terutama pasal isu judi dan rasuah. Pasal kroni dia bantai umno lagi teruk. Entah mana dia dapat sumber berita aku pun tak tahu.
Email yang dihantar menceritakan pengalamannya. Dia menceritakan bahawa jiran satu taman dengannya ialah orang kuat PAS. Ada jawatan jugalah. Maka ditakdirkan jiran itu membuat majlis kenduri. Jiran dia ini memang terkenal dengan protokolnya. Jadi majlis yang dianjurkan itu dirancang dengan rapi. Siap senarai nama jemputan dan tentatif kenduri. Dia berbangga dengan jemputan terdiri dari barisan kepimpinan PAS kawasan dan beberapa VIP orang korporat.
Yang dia bengang ialah dia sebagai jiran setaman di buat endah tak endah. Tak pasti samada dia dijemput sama atau tidak. Tapi yang pastinya orang-orang umno yang duduk ditaman itu tidak menerima sebarang jemputan. Banyak lagilah yang dicerita pasal majlis tersebut.
Diakhir email itu ia mengajukan beberapa persoalan dan komen. Katanya jika PAS Bangi ingin meneruskan kesinambungan sebagai pemerintah maka 'key word' yang diperlukan ialah 'humble'. Entah dimana ayat itu diambil kira hebat juga mamat ini.
1.Program-program yang PAS lakukan harus melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman politik dan kedudukan seseorang itu.
2.Ahli PAS harus mendominasi program-program mengimarahkan surau dan masjid. Dalam waktu yang sama PAS harus menyediakan barisan pelapis yang menguasai surau dan masjid.
3. Pemuda PAS perlu kerap turun padang untuk menemui golongan muda kerana 60% pengundi PRK 13 nanti adalah golongan muda. Seharusnya tidak ada garis pemisah yang menjarakkan antara pemuda PAS dengan golongan ini. Jangan kau jumpa mereka ini dengan memakai jubah dan serban. Lari mereka nanti.
4. Ketua-ketua cawangan PAS harus diangkat menjadi pemimpin masyarakat. Mereka harus diberikan sedikit 'autoriti' menentukan sumbangan atau pembangunan yang ingin dijalankan.
Dia juga mengingatkan bahaya beberapa agensi kerajaan yang digunakan bagi memastikan BN terus berkuasa.
Aku cuma berharap 'musuh' aku ni ikhlas dalam apa yang diperkatan.
No comments:
Post a Comment