Apabila PM Najib bercakap mengenai kesetiaan seorang isteri membela suaminya. Betapa sang isteri kagum dengan kehebatan suaminya. Disebalik duduknya Najib sebagai PM yang dilahirkan dari golongan elitis ternyata beliau tidak mampu merasai kebahagiaan itu. Umum mengetahui bahawa perkahwinan sekarang adalah yang kedua baginya dan ketiga bagi isterinya.
Maka Najib PMku janganlah ikut ketawa bila perwakilan BN ketawa kerana barangkali ketawanya wakil-wakil dari BN itu ada makna. Barangkali Najib sebelum tidor nanti sempat berfikir - mereka tu ketawakan Anuar atau ketawakan aku. Sambil mengenagkan kembali peristiwa semasa konvensyen BN yang baru dihadirinya. Terbayang diwajahnya bahawa yang kuat sekali gelaknya adalah wakil-wakil dari UMNO.
No comments:
Post a Comment