1.Baru sahaja hadir dalam program Selamatkan Selangor oleh umno serdang di padang awam depan SK Bdr Baru Bangi Jalan Dua. Ulang sekali lagi PADANG AWAM. Setahu aku ceramah ditempat terbuka ini memang tak dapat permit. Seperti yang diduga tiada sekatan jalanraya dibuat bahkan tiada seorang pun polis yang kelihatan. SB yang muka biasa hadir dalam ceramah Pakatan Rakyat pun tak nampak. Cuti hujung tahun kot.
2. Kalau polis nak penuhkan buku saman mereka malam tadi mereka terlepas peluang. Berpuloh biji motor ditunggang oleh budak muda mengiringi Ezam hadir.
3. Dapat duit minyak, makan dan sehelai T-shirt hitam free kata mereka. Ada logo GAP. Brom Brem melanyakkan tayar motor mereka ke dalam padang. Rosak le rumput tu wei. Makan asaplah hadirin terutama kanak-kanak Tabika Kemas yang diundang sebagai tetamu khas untuk meramaikan hadirin.
4. Khemah 18 buah. Banyak tu standard jamuan hariraya. Dengar cerita bajet RM 30 k beb untuk setiap program Selamatkan Selangor. Peniaga muka tension. Balang air batu ¾ masih berbaki. Berkotak-kotak barang niaga dipunggah semula ke dalam lori.
5. Budak motor ni tak sempat Ezam habis ceramah dah belah. Yelah nak tunggu apa lagi?
6. Ezam seperti biasa ceramahnya lebih tertumpu menyerang Anwar Ibrahim. Salahkan orang PAS sokonng AI. Ulas sikit pasal rasuah kerana nak promosikan bukunya. Rasuah ni kan hak orang umno aje. Terdengar bisikkan hadirin dibelakang aku. Entah siapa aku tak kenal. Yang penting bukan SB.
7. Giliran Idris Harun cakap dah lenggang separuh. Ramai kanak-kanak merenggek ajak ibu bapa mereka balik. Boring agaknya.
8. Giliran Satim berucap dah mula lenggang tak de orang. Tinggal beberapa orang yang tunggu cabutan bertuah.
9. Ceramah umno sekarang banyak pakai ayat Al-Quran. Dulu umno cakap orang PAS start ceramah pakai ayat Quran lepas tu tak de isi lain maki, maki, maki aje. Bila ditanya apa yang dimaki tak cakap pula. Rupanya burung kakak tua. Dengar dari ketua mereka. Sendiri tak pernah dengar.
10. Hujah ceramah kosong. Ceramah macam ni tak sesuai di Bangi. Ternyata penceramah tidak mengambil kira faktor bahawa Bangi ramai cendekiawan. Kalau kat kampong atau kawasan felda mungkin ramai yang terpegun dan tepuk tangan. Kat sini sampai penceramah terpaksa minta hadirin tepuk tangan.
11. Bilangan mereka yang pakai songkok hitam tak sampai 10 orang. Ada ahli umno yang memang dikenal pasti pun hadir pakai songkok putih. Barangkali itulah gambaran dalam umno sekarang.
No comments:
Post a Comment