Friday, January 28, 2011

PENGUNDI MUDA TOLAK CALON BN

Sampai nangis budak tu ...(gambar ihsan dari Malaysiakini)
Mungkin mereka lebih mengerti implikasinya sekiranya calon itu dipilih jadi pemimpin mereka.

UNDI ORANG PEREMPUAN MEMIHAK KEPADA CIKGU MALA?

Menjelang hari pengundian 30 Januari ini walau apa pun keputusan yang dibuat Cikgu Mala sebenarnya telah memenangi hati rakyat Tenang sebagai seorang wanita yang cekal dan gigih. Menyedari bahawa keputusan memikul amanah dicalonkan sebagai ADUN Tenang bukanlah satu pekara yang mudah. Kita harus ingat beliau adalah calon wanita dan lebih hebat lagi dia adalah calon parti PAS yang berkedudukan sebagai pembangkang di Johor. Apa pun keputusan yang diterima bakal merubah corak kehidupan seharian beliau dan keluarga beliau. Dugaan pertama yang diterima ialah cubaan menukar tempat suaminya mengajar.

Menyedari akan perjuangan beliau itu telah mengamit ribuan muslimat dari segenap pelusuk tanah air untuk turun bersama berkempen termasuk dari Bangi. Kak Ton salah seorang dari mereka walau pun sering mengeluh tidak boleh berdiri lama kerana keuzuran dan faktor umur  begitu bersemangat sekali menyertai rombongan ke Tenang yang diketuai oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Serdang, Pn. Zuriati.
“PRK ini berlainan sekali dengan PRK yang lain kerana buat pertama kali dalam sejarah muslimat PAS akan bertanding dalam satu PRK. Biasanya orang lelaki aje yang bertanding. Jadi semangat nak berkempen untuk beliau amat-amat tinggi,’’ jelas beliau dengan wajah yang ceria sebelum berangkat pergi dengan kumpulan muslimat menaiki dua buah kenderaan berasingan.

Maklumat lain yang diterima ialah sumbangan infak yang diterima adalah lebih tinggi berbanding PRK yang lain dan masih berterusan hingga ke hari ini. Kita boleh menjangkakan siapa mereka yang begitu bersemangat untuk menghulurkan bantuan itu – golongan muslimat.

Pencalunan muslimat PAS sebagai calon PRK DUN Tenang telah berjaya membawa PAS kesatu dimensi yang baru. Muslimat PAS yang selama ini dilihat kurang menyerlah sebenarnya memiliki kekuatan yang tersendiri. Jika diberikan ruang dan peluang serta  digembelengkan usaha mereka tidak mustahil PAS mampu membariskan lebih ramai ADUN atau MP dari kalangan musllimat itu sendiri. Sebagaimana sedia ada dalam DAP dan PKR.

Tuesday, January 25, 2011

PAK PANDIR UMNO

Macam mana umno pilih mamat ni jadi ketua penerangan.
Member aku yang bertahun duk kat Felda Cempelak ketawa bila baca kenyataan mamat nie.

Mengakhiri perbualan aku dengan dia sempat lagi bertanya."Kau dah bayar income tax tak?"

''Kalau belum bayar cuba kau suruh mamat tu cabar LHDN."

Monday, January 24, 2011

UMNO MENDERHAKA PADA SULTAN SELANGOR

Usaha untuk mendapatkan suara dua pertiga dun selangor gagal.
Ulas panjang-panjang pun tak guna hakikatnya hanya satu

UMNO ADALAH PENDERHAKA KEPADA RAJA

Mungkin media umno akan memutarbalik fakta ini namun sejarah 1993 telah terbukti dan usaha-usaha meletakkan kembali maruah istana pada tempat yang sepatutnya sekali lagi dihalang oleh umno.

Jentera penerangan Pakatan Rakyat harus bijak menerangkan kepada rakyat perkara ini. Apakah usaha anda sebagai blogger media baru ?

Saturday, January 22, 2011

KESIAN ORAN G TUA INI...

Seperti yang selalu dileterkan "Melayu mudah lupa" maka orang tua ini menelan kembali kata-katanya. Peristiwa Januari 1993 yang mencetuskan krisis perlembagaan menghakis kuasa institutsi raja mudah baginya untuk dilupakan. Tetapi bagaimana perasaan raja-raja ketika itu?

Atau barangkali orang tua itu sudah mula merasai 'nikmat' nyayuk. Tengok gambar pun macam dah tahu. Kesian dia...

Tuesday, January 18, 2011

PESTA CIUM TANGAN DI TENANG


Rakyat di selatan tanah air terutama peneroka Felda berpeluang untuk menambah pendapatan dengan cara ini.

Dikhabarkan habuan RM 50 – RM 100 akan diberikan oleh penganjur program jika mereka dapat berjabat tangan dengan PM sempena “Kempen “ PRK Tenang yang belum diumumkan lagi. Cara ini terpaksa dilakukan dan media perdana akan membuat liputan bagi menunjukkan betapa peneroka Felda amat-amat menghargai jasa PM ini. Bayaran pula terdiri dari beberapa kategori. Untuk pemimpin masyarakat mereka akan dibayar sehingga RM 300. Posisi juga memain peranan penting dalam menentukan jumlah bayaran yang diterima. 

Macam ni mahal sedikit.

Yang nie lagi mahal.

Wednesday, January 12, 2011

HASAN ALI DISABOTAJ OLEH MALAYSIAKINI

Aku agak terkejut membaca malaysiakini yang melapurkan tentang Hasan Ali. Dah tak waras ke orang tua ini. Cuba juga mencari berita alternatif.

Akhir sekali jumpa disini. Statement dari Roslan SMS.

Teringatkan wawancara Anwar dengan Malaysia Riview bahawa kalau(sebelum PRU12) dulu hampir kesemua berita dari media baru ini menyokong PR kini atas nama survival ramai yang mula condong ke BN. Setengah mereka ditawarkan jawatan-jawatan yang memberatkan poket mereka.Yalah kalau dok buat berita menyokong PR apa yang dapat.

Begitu murah harga perjuangan mereka.Ada setengah cuma berharga pakej broadband percuma 1 bulan.

Monday, January 10, 2011

DERHAKA KEPADA RAJA DAN KHIANAT PADA MELAYU.


1.Puak-puak ini takde tuduhan lain selain tuduhan derhaka kepada raja dan pengkhianat melayu. Segala tindakan yang dilakukan oleh pihak Pakatan Rakyat yang membawa perubahan kepada rakyat dianggap menderhaka kepada raja serta khianat pada bangsa melayu.

2.Barangkali mereka cuba intai kelemahan tata kelola yang menjurus kepada ketirisan namun gagal ketemuan maka inilah  modal yang dijual  kepada rakyat. Cuba meraih publisiti murahan melalui perhimpunan kecil yang wajar digelar gerombolan.

3.Seperti biasa  media kerajaan ikut sekali mempamirkan kebodohan dan kedunguan serta merestui tindakan mereka. Kasihan kepada kakitangan media ini kerana terpaksa bertindak memperbodohkan diri sendiri demi menjaga periuk nasi mereka dengan perlu akur pada arahan segelintir pemimpin mereka yang berkepentingan.

4. Pakatan Rakyat harus fokus pada pembelaan rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga barang keperluan. Keluhan yang sering kedengaran sewaktu musim persekolahan bermula. Keluh kesah rakyat yang tidak pedulikan wayang politik apa pun dimainkan asalkan beban mereka diringankan.

5. Pedulikan suara-suara mereka yang meroyan kerana ini hanya melambatkan perjalanan.

-          PENGUMUMAN PENTING. PRU 13 DALAM MASA TERDEKAT. GERAKKAN MEREKA YANG SEDANG ‘TIDUR’. PADA BLOGGERS FOKUS PADA KEMENANGAN BUKAN MASANYA MENCERITAKAN KELEMAHAN PEMIMPIN SENDIRI.

Friday, January 7, 2011

Ramli miss comunication dan Ramli no comunication


Pejabat Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa, sehingga majlis persaraan Datuk Ramli Mahmud pada 16 Disember lalu, bekas setiausaha kerajaan (SUK) negeri itu tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan penggantinya.

Pejabat Khalid juga mendakwa, dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sebelah pagi hari yang sama, Ramli turut 'membisu' mengenai perkara itu.

Kenyataan itu dikeluarkan lewat petang ini, dipercayai sebagai respons terhadap kenyataan Ramli dalam Malaysiakini hari ini, yang menafikan beliau menyerahkan cadangan penggantinya kepada Sultan Selangor tanpa memaklumkan kepada Khalid.

Berikut kronologi pelantikan SUK menurut versi pejabat menteri besar yang merakamkan perkara itu:

26 Oktober 2010
PSM memberi Nota Amalan kepada Dato' Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Nota ini menyatakan bahawa:

i) Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Menteri Besar.
ii) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang
sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor.
iii) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan MB akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.

26 Oktober 2010
Pusat Sumber Manusia memberi nota amalan kepada Pejabat Dato' Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan yang baharu dan menyenaraikan 8 nama yang dicalonkan untuk pelantikan.

8 November 2010
Pejabat Menteri Besar menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang telah dicadangkan.

22 November 2010.
Jawatankuasa memulakan proses menemubual semua calon .

1 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan yang akan menggantikan beliau.

2 Disember 2010
Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

3 Disember 2010
Jawatankuasa telah memaklumkan kepada pejabat Dato' Menteri Besar bahawa 3 nama telah dipilih untuk dilantik serta memberitahu bahawa 2 calon tidak mahu mengambil bahagian

8 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

9 Disember 2010
Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

15 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan menggantikan beliau.

16 Disember 2010
2pm: Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menganti beliau.
9pm: Majlis Persaraan untuk Dato' Ramli Mahmud dan dihadiri oleh Dato' Menteri Besar serta Setiausaha Politik. Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau

17 Disember 2010
Dato' Menteri Besar menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan DYMM Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan Kerajaan Negeri dan tiga calon akhir telah dipilih dan Dato' Menteri Besar terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan DYMM Sultan untuk pandangan dan nasihat. Ini selepas pemeriksaan teliti terhadap tiga calon ini.

20 Disember 2010
Dato' Menteri Besar menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia untuk memaklumkan Menteri Besar telah menghantar tiga nama calon kepada DYMM Sultan Selangor dan belum menerima maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu Dato' Menteri Besar akan bercuti sehingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada Menteri Besar.

21 Disember 2010
Istana menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato' Muhamad Munir Bani menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato' Menteri Besar, Haji Mustapha. Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato' Ramli Mahmud sebagai balasan surat yang dihantar Dato' Ramli bertarikh 3 Disember. Surat 3 Disember itu memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor tiga calon yang layak. Manakala surat 10 Disember memaklumkan kepada Dato' Ramli bahawa DYMM Sultan Selangor telah berkenan dengan pelantikan Dato' Muhamad Khusrin Munawi. Surat itu juga menyatakan Dato' Ramli boleh membuat pengumuman pada 16 Disember 2010.

24 Disember 2010
Pejabat Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember dari Dato' Mohamad Munir bahawa Dato' Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang telah dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

27 Disember 2010
Dato' Menteri Besar menerusi surat memohon untuk menghadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

3 Januari 2011
Dato' Menteri Besar menghadap DYMM Sultan Selangor. Dato' Menteri Besar juga menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri menolak pelantikan Dato' Mohamad Khusrin dan tidak mengadakan majlis angkat sumpah menyimpan rahsia sehingga perkara ini selesai.

4 Januari 2011
Pejabat Dato' Menteri Besar menulis surat kepada DYMM Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri dan SPA menyelesaikan perkara ini.

6 Januari 2011
Dato' Menteri Besar dan barisan Exco hadir ke majlis angkat sumpah di Istana Bukit Kayangan sebagai taat setia dan kasih kepada DYMM Sultan dan DYTM Raja Muda tetapi tetap tidak menerima pelantikan Dato' Mohamad Khusrin.

- ini namanya no comunication bukan miss comunication. Dah bersara pun nak kencing lagi.

Tuesday, January 4, 2011

JAWATAN BARU KHUSRIN


 
1.Pertemuan MB Selangor TS Khalid Ibrahim dengan Sultan Selangor mengenai isu perlantikkan Khusrin sebagai SUK mulanya  menampakkan jalan penyelesaian. Dua langkah yang harus dilakukan iaitu berbincangan dengan JPA-SUK Negara yang mungkin dapat kita jangkakan apa keputusannya. Atau meminda Perlembagaan Negeri Selangor melalui sidang tergempar DUN Selangor. 

2.Malang sekali halangan demi halangan diranjau sehingga isu ini bakal berlarutan. Noh Omar MP BN yang tengelam sekejap kerana isu benih padi dan baja tiba-tiba bersuara bahawa Pakatan Rakyat Selangor memerlukan suara dua pertiga sidang DUN untuk mengubah perlembagaan. Sedangkan sekarang PR hanya mempunyai undi sebanyak 35 sahaja. 

3.Ranjau seterusnya adalah dari  si kitul ini (Datuk Mohd Munir)yang menjawat Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor nampaknya mempunyai agenda tertentu sehingga beria-ia benar ingin terus meletakkan Khusrin sebagai SUK. Title  ‘Datuk’ yang dibawanya menunjukkan gelaran yang diterima itu adalah dari Kerajaan Persekutuan. Senang cerita dia ini juak-juak BN. Maka semestinya agenda BN cuba dipenuhnya berdasarkan segala tindakannya sejak kebelakangan ini.

4. Jalan penyelesaian terbaik ialah mengantikan Khusrin dengan orang lain yang dipersetujui bersama. Calon dari JUSA A dan mempunyai cirri-ciri profesionalisme yang tinggi. Bukan calon lantikan politik bagi mengurus tadbir Selangor sebagai negeri terkaya di Malaysia. Bukan dari PKR,PAS,UMNO,DAP dan sebagainya.

5. Mengenai Khusrin pula sebagai mengenang jasa ex-officionya dan setianya kepada umno dilantik sebagai SU Hal-Ehwal Aurat Wanita. Pegawai JAIS selalu komplen dia ini tak tahu bermesyuarat. Maka jawatan barunya itu amat sesuai. Cik Teo Nie Ching MP Serdang mesti setuju lantikan ini.