1.Puak-puak ini takde tuduhan lain selain tuduhan derhaka kepada raja dan pengkhianat melayu. Segala tindakan yang dilakukan oleh pihak Pakatan Rakyat yang membawa perubahan kepada rakyat dianggap menderhaka kepada raja serta khianat pada bangsa melayu.
2.Barangkali mereka cuba intai kelemahan tata kelola yang menjurus kepada ketirisan namun gagal ketemuan maka inilah modal yang dijual kepada rakyat. Cuba meraih publisiti murahan melalui perhimpunan kecil yang wajar digelar gerombolan.
3.Seperti biasa media kerajaan ikut sekali mempamirkan kebodohan dan kedunguan serta merestui tindakan mereka. Kasihan kepada kakitangan media ini kerana terpaksa bertindak memperbodohkan diri sendiri demi menjaga periuk nasi mereka dengan perlu akur pada arahan segelintir pemimpin mereka yang berkepentingan.
4. Pakatan Rakyat harus fokus pada pembelaan rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga barang keperluan. Keluhan yang sering kedengaran sewaktu musim persekolahan bermula. Keluh kesah rakyat yang tidak pedulikan wayang politik apa pun dimainkan asalkan beban mereka diringankan.
5. Pedulikan suara-suara mereka yang meroyan kerana ini hanya melambatkan perjalanan.
- PENGUMUMAN PENTING. PRU 13 DALAM MASA TERDEKAT. GERAKKAN MEREKA YANG SEDANG ‘TIDUR’. PADA BLOGGERS FOKUS PADA KEMENANGAN BUKAN MASANYA MENCERITAKAN KELEMAHAN PEMIMPIN SENDIRI.
No comments:
Post a Comment