Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kerajaan negeri pimpinannya akan terus memberi keutamaan bantuan kepada penyokong BN.
"Jika ada orang minta bantuan cari kerja, saya akan berinya kepada penyokong BN, perkara yang sama jika rakyat minta jalan-jalan dibina.”
"Jika ada orang minta bantuan cari kerja, saya akan berinya kepada penyokong BN, perkara yang sama jika rakyat minta jalan-jalan dibina.”
"Ini perkara biasa kerana kebajikan bermula di rumah,” kata Mohd Ali sambil tersenyum sinis.
"You help me, I'll help you" |
Kesian Kak Yam, ibu tunggal di Kampung Chin Chin. Setiap kali musim mengundi yang dia tahu hanya pangkah gambar dacing. Begitulah juga arwah suaminya dulu. Kau cakap apa pun mereka tak peduli. Kau cakaple pemimpin umno rasuah, korap, seleweng duit rakyat, jual tanah Melayu, harta bertimbun dsbnya semua dia tak ‘ambil port’. Berbuihlah mulut korang berkempen satu pun tak sangkut.
Hujahnya satu,”Kalau mereka rasuah ke apake kenapa TV3 tak cakap. Kenapa Utusan Malaysia atau Berita Harian tak cakap?”
Cuma pada tahun 2008 adale orang Pas ziarah kerumah dia kerana dia ibu tunggal. Berita dia terima bantuan sekampit beras sampai kepengetahuan ketua kampong yang semulajadi ketua umno. Disebabkan itu namanya digugurkan dari senarai penerima bantuan baik dari kerajaan negeri atau zakat.
Menurut seorang anak buahnya yang secara kebetulan adalah dari Unit Amal Hulu Langat, pada tahun 2008 dan sebelumnya emak saudaranya itu masih mengundi BN. Pada PRK Merlimau nie tengok aje keputusannya nanti. Adakah Kak Yam dan ribuan mereka yang lain masih terpukau dengan pembangunan kosmetik? Masih lena dibuai oleh media perdana?
Cuma ada suara kecil luahan hati dari Kak Yam mengenai layanan ketua kampungnya itu dan duduknya kroni-kroni mereka yang semakin mewah membezakan diri daripada masyarakat kampong yang lain.
No comments:
Post a Comment