Monday, March 7, 2011

STRATEGI 3M PAKSA PRK 13 BERASINGAN

Salah satu strategi peperangan dalam buku ‘The Art of War’ karangan Tsun Tze yang turut menjadi bahan bacaan utama Mahathir menerangkan bahawa menelanjangkan musuh dari pakaian perang mereka dan seterusnya mewujudkan perseteruan dikalangan musuh dan akhir sekali merobek pertahanan musuh satu persatu.

Berdasarkan strategi perang ini oleh Tsun Tze maka Najib akan memilih pilihanraya yang berasingan dari pilihanraya Sarawak yang tamat tempoh pada bulan Jun ini. Walau pun SPR membuat kenyataan bahawa pilihanraya yang berasingan memerlukan perbelanjaan yang lebih tinggi namun apa sahaja cadangan yang meletakkan BN dalam risiko yang tinggi akan dibakul sampahkan cadangan itu.

Kemenangan berturut-turut dalam PRK bermula dari Bagan Pinang, Galas, Tenang dan terbarunya Merlimau dan Kerdau memberikan satu inspirasi kepada Najib. Kalau diperhatikan elemen 3M (Money, Media & Machineries) telah digunakan sepenuhnya bagi meraih kembali sokongan rakyat dalam semua PRK yang disertai BN. Dari segi moral penggunaan tiga elemen ini yang memihak kepada parti yang memerintah tidak wajar digunakan. Namun pada BN gabungan parti yang kita sedia maklum tidak mempunyai nilai moral yang tinggi dikalangan pemimpin mereka akan berkata,”Peduli apa moral. Yang penting kita menang dalam pilihanraya.”

Untuk itu strategi 3M ini akan digunakan secara berterusan. Naijb akan terus berjanji dan turun berkempen bagaikan ‘santa claus’ untuk setiap pilihanraya akan datang. Strategi ini memerlukan berbilion ringgit untuk ditaburkan sebagai ‘gula-gula’. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu agak sulit mendapat sokongan dari ‘pelabur pilihanraya’. Kejayaan negeri-negeri Pakatan Rakyat melonjakkan ekonomi mereka berbanding negeri-negeri lain juga menjadi salah satu faktor pelabur memikirkan kembali sokongan mereka.

Maka tidak hairanlah Najib mengambil risiko berdepan dengan makian rakyat yang terpaksa menjelaskan ‘saman ekor’ walau pun kesalahan dilakukan telah lama. Bagi PRK Merlimau dan Kerdau jutaan ringgit telah dibelanjakan. Media dikerah bersama jentera kerajaan bagi memastikan calon BN menang.  Bayangkan jumlah 3M yang diperlukan untuk menghadapi piliharaya serentak bersama Sarawak. Rakyat tahu BN tidak mampu.

Berdasarkan kesedaran ini dan ‘fatwa’ dari TPM sejurus pengumuman keputusan PRK Merlimau PRU 13 perlu diadakan secara berasingan bagi melaksanakan penggunaan 3M ‘secara berhemah’.

No comments: