Sunday, April 24, 2011

SEMUA ANAK ALI INI KENAPA?

Semalam(24.4.2011) penduduk Seksyen 8 Bandar Baru Bangi bermajlis menentukan arah kiblat surau yang bakal dibina-Surau Al-Makmum. Antara yang hadir ialah Dato’ Dr. Hasan Ali sebagai Exco Selangor dan YB Dr. Shafie selaku ADUN Bangi. Tetapi apa yang aku nak ulas disini ialah kehadiran pemberita TV3. Aku bukan anti TV3 secara total kerana seringkali aku tonton rancangan mereka  terutama cerita Jackie Chan dan entah kenapa siaran tv mereka lebih jelas berbanding tv lain.

Apa yang menarik ialah melihat cara pemberita itu cuba memanipulasi berita tentang Kampong Baru. Mereka cuba mengajak Dato’ Dr. Hasan Ali diatas kapasitinya sebagai pesuruhjaya PAS Selangor memberikan pandangan yang berbeza dengan Tan Sri Khalid Ibrahim. Teman sebelahku mengeleng kepala melahirkan ekpresi kurang menyenangkan. Lantas menarik tanganku ketempat lain untuk berbicara. Dia seorang pensyarah di sebuah IPTA memang ku ketahui seorang penyokong PAS yang tegar.

“Semalam statement Mustapha Ali kena pusing, aku takut hari ni mereka akan pusing statement Hasan Ali pulak. Kedua anak Ali ini memang selalu menjadi mangsa kepada manipulasi pihak media”, getusnya menyuarakan ketidak puas hatinya terhadap cara Dr. Hasan Ali melayan pertanyaan media TV3.

Kalau teman aku tadi sedar seorang lagi anak Ali (Azmin Ali) telahpun mengeluarkan satu kenyataan membidas kenyataan Mustapha Ali maka aku percaya geleng kepalanya  makin kuat bersama keluhan yang panjang.

Akupun hairan kenapa dari satu sudut pemimpin seperti mereka sering mengecam media-media pencacai BN namun bila copong microphone disua pada mereka lain pula jadinya. Tidakkah mereka mengetahui bahawa niat sebenar media perdana ­ bukannya mencari kebenaran kepada sesuatu isu tetapi lebih kepada untuk mensensasikan sesuatu isu?

Aku melihat dalam konteks ini artis-artis terutama artis veteran lebih bijak menangani mainan pemberita. Mereka akan memberikan satu jawapan – “No comment”.

 Untuk itu disarankan mereka-mereka yang berkenaan SILA BELAJAR DARI ARTIS.

No comments: