Monday, April 11, 2011

SIBU WAVE


‘Sibu Wave’ atau ‘Gelombang Sibu’ hampir melanda keseluruhan Sarawak dalam PRU kali ini. Justeru takutkan gelombang itu membadai dan meranapkan kerajaan BN di Sarawak  maka perlunya Najib sebagai PM bertungkus lumus turun padang menemui pengundi di Sarawak. Sesuatu yang jarang dilakukan selama ini. Beberapa persoalan timbul dengan tindakannya itu.

Adakah Mahyuddin sebagai TPM dan Taib sebagai mantan KM Sarawak dan juga barisan menteri-menteri BN yang lain dilihat gagal mengekang asakan serta kempen pihak lawan?

Atau adakah rakyat Sarawak mula menunjukkan tanda-tanda untuk melakukan perubahan?

Apa yang jelas jika sebelum di dalam setiap PRK BN menabur jutaan RM sebagai umpan untuk terus kekal sebagai penguasa. Rakyat semakin sedar bahawa apa yang dihidang semasa kempen piliharaya akan tinggal sebagai janji untuk dibawa pada musim pilihanraya akan datang. Perlaksaan terhadap janji-janji tersebut biasanya dibuat acuh tidak acuh berdasarkan kepentingan peribadi pemimpin atau penguasa yang dilantik. Penduduk Sibu lantas menghukum BN dalam PRK Sibu dulu. Segala ‘gula-gula’ pilihanraya diterima seadanya namun mereka tetap memilih DAP sebagai satu tanda jelek terhadap apa sahaja janji-janji dari BN.

Menyedari ‘trend’ ini maka Najib cuba bermain tarik tali dengan pengundi. “You help me I’ll help you” istilah jelas yang disampaikan semasa kunjungannya di Sri Aman.

"Hari ini saya ada tiga 'surat cinta' (permohonan). Saya akan timbangkannya selepas 16 April, boleh? Saya hendak tengok kawasan ini lebat dengan undi.

Selama 50 tahun undi yang diterima sentiasa lebat namun apa yang rakyat dapat daripada itu. Sarawak masih kekal sebagai antara negeri yang termiskin di Malaysia. Hasil minyak, balak dan tanah yang luas untuk diusahakan gagal memperbaiki kehidupan rakyat.

Apakah janji dan pilihanraya dan seterusnya janji dan pilihanraya terus memperbodohkan rakyat?

No comments: