Tuesday, May 31, 2011

HUKUM HUDUD ADA DALAM BIBLE

Perjanjian Baru Matius 18:8-9

“Jika tangan atau kakimu menyebabkan kamu berdosa, potonglah dan buanglah tangan atau kaki itu. Lebih baik kamu hidup dengan Allah tanpa sebelah tangan atau sebelah kaki daripada kamu dibuang ke dalam api neraka dengan kedua-dua tangan atau kaki. Jika matamu menyebabkan kamu berdosa, cungkillah dan buanglah mata itu. Lebih baik kamu hidup dengan Allah tanpa sebelah mata daripada kamu dibuang ke dalam neraka dengan kedua belah mata”.

Friday, May 20, 2011

Kau tak rasa Perkasa dan Umno diperbodohkan ke?

Pulohan ahli Perkasa dan Umno ternyata kecewa bila dengan tiba-tiba AMK yang mewar-warkan akan mengadakan demo depan pejabat Utusan mengubah mobilasi mereka dan menumpukan kepada demo di hadapan kedutaan Australia bagi membantah pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi bernilai RM700 juta di Gebeng, Kuantan yang dimiliki syarikat Lynas yang berpengkalan di Australia.

Demo yang turut disertai oleh pemuda PAS, PSM dan beberapa NGO menaikkan sepanduk "Selamatkan Bumi, Hapuskan Radiasi" dan "Katakan tidak Pada Radiasi! Hentikan Lynas!".
 












Sementara Perkasa dan Umno dalam demo mereka menaikkan sepanduk “ Hidup Utusan” dan “Hidup Melayu”

Perbandingkan slogan ini cuba tanya generasi muda sekarang PERJUANGAN yang mana satu lebih penting?



Wednesday, May 18, 2011

SIAPA DIBELAKANG TABIR ISU PM KRISTIAN?

DAP sekali lagi mencapai kemenangan moral bila Tranparency International- Malaysia membuat kenyataan bahawa tiada agenda melantik PM dari kalangan kristian.

Yang peliknya kenapa pihak-pihak yang cuba mencetuskan isu itu tidak dikenakan tindakan seperti lazimnya berlaku sekiranya yang mencetusnya ialah satu pihak lain.

Adakah ini membuktikan ada tangan-tangan ghaib yang menguasi Kementerian Dalam Negeri yang menyebabkan mereka yang mencetuskan polemik itu begitu kebal.

Monday, May 16, 2011

MENGHARAPKAN TARIQ BIN ZIYAD DI DALAM PERJUANGAN PAS

Sejarah Islam menampilkan seorang panglima yang sebaris dengan nama-nama seperti  Khalid al-Walid, Salahuddin Al Ayubbi, Sultan Muhammad al Fateh. Beliau ialah Tariq bin Ziyad.

Mendung hitam menyelubungi bumi Sepanyol. Eropah sedang diancam oleh penjajah, Raja Gothic yang kejam. Wanita merasa terancam kesuciannya, petani dikenakan cukai tanah yang tinggi, dan penindasan yang tak berperikemanusiaan. Raja dan suku-sakatnya bersukaria dalam kemewahan sedang rakyat merintih dalam kesengsaraan. Sebahagian besar penduduk yang beragama Kristian dan Yahudi, berhijrah ke Afrika, berharap mendapat ketenangan yang lebih menjanjikan. Ketika itu Afrika, adalah sebuah daerah yang makmur kerana berada di bawah naungan pemerintahan Islam.


Seorang dari jutaan orang yang berhijrah itu adalah Julian, Gabenor Ceuta yang puterinya, Florinda telah dinodai Roderick, raja bangsa Gothic. Mereka memohon pada Musa bin Nusair,Gabenor di Afrika untuk memerdekakan negeri mereka dari penindasan raja yang zalim itu.



Setelah mendapat persetujuan Khalifah Al-Walid Ibn Abdul Malik (86-96 H/705-715), Musa melakukan pengintipan ke pantai selatan Sepanyol. Bulan Mei tahun 711 Masehi, Tariq bin Ziyad,budak Barbar yang juga bekas hamba Musa bin Nusair memimpin 12,000 anggota pasukan Islam menyeberangi selat antara Afrika dan daratan Eropah (Selat Gibraltar)



Seusai kapal-kapal yang berisi pasukannya mendarat di Eropah, Tariq mengumpulkan mereka di atas sebuah bukit karang, yang dinamai Jabal Tariq (bukit Tariq) yang sekarang terkenal dengan nama Jabraltar (Gibraltar). Beliau telah mengarahkan askar-askarnya membakar semua kapal-kapal yang telah membawa mereka.

Diatas bukit itu beliau telah menyeru kepada askarnya,"Dibelakang kita adalah lautan yang luas dan dihadapan kita pula musuh-musuh Allah sedang menanti. Kita datang ke sini bukan untuk kembali. Kita hanya ada dua pilihan,menakluk negeri ini dan menetap di sini, atau kita semua syahid."

Dengan kata-kata itu telah menyemarakkan semangat tentera Islam dan  bumi Andalusia (Sepanyol) akhirnya jatuh ketangan Islam. Tentera Gothic dipimpin oleh Raja Roderick yang zalim mempunyai kekuatan 100,000 tentera  jauh lebih unggul baik dalam jumlah mahupun persenjataan telah  tewas di tangan tentera Islam yang lebih kecil bilangan anggotanya.

Suasana seperti itu yang diharapkan pada suatu bukit di Kelang tidak menjadi. Ribuan yang hadir dari seluruh cerok rantau Selangor mengharapkan menerima satu amanat sekurang-kurangnya untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor terasa agak kurang bisanya. Dimana hilangnya suara garau yang pada suatu ketika tahun 80-an yang pernah diangkat majalah Newsweek sebagai ikon perjuangan Islam yang paling hebat di Asia.


Monday, May 9, 2011

Undilah ABU untuk PRU13.

Taktik baru Pakatan Rakyat menjelang PRU13 (dijangkakan antara bulan Julai – November) didedahkan oleh MB Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman.

"Pendekatan terbaru yang dimulakan sejak dua tahun lalu semakin rancak selepas pilihan raya Dewan Undangan Negeri Serawak yang menyaksikan pembangkang menguasai kerusi kawasan bandar dan pekan pada 16 April lalu,” katanya.

Pakatan tersebut kini menggunakan slogan undilah calon Melayu asalkan bukan dari UMNO berbeza dengan pilihan raya umum lalu yang mengajak pengundi beralih kepada pembangkang asalkan bukan BN sehingga calon MCA dan Gerakan mengalami kekalahan teruk di Johor.

Undilah ABU- Asalkan bukan umno.