Monday, May 16, 2011

MENGHARAPKAN TARIQ BIN ZIYAD DI DALAM PERJUANGAN PAS

Sejarah Islam menampilkan seorang panglima yang sebaris dengan nama-nama seperti  Khalid al-Walid, Salahuddin Al Ayubbi, Sultan Muhammad al Fateh. Beliau ialah Tariq bin Ziyad.

Mendung hitam menyelubungi bumi Sepanyol. Eropah sedang diancam oleh penjajah, Raja Gothic yang kejam. Wanita merasa terancam kesuciannya, petani dikenakan cukai tanah yang tinggi, dan penindasan yang tak berperikemanusiaan. Raja dan suku-sakatnya bersukaria dalam kemewahan sedang rakyat merintih dalam kesengsaraan. Sebahagian besar penduduk yang beragama Kristian dan Yahudi, berhijrah ke Afrika, berharap mendapat ketenangan yang lebih menjanjikan. Ketika itu Afrika, adalah sebuah daerah yang makmur kerana berada di bawah naungan pemerintahan Islam.


Seorang dari jutaan orang yang berhijrah itu adalah Julian, Gabenor Ceuta yang puterinya, Florinda telah dinodai Roderick, raja bangsa Gothic. Mereka memohon pada Musa bin Nusair,Gabenor di Afrika untuk memerdekakan negeri mereka dari penindasan raja yang zalim itu.



Setelah mendapat persetujuan Khalifah Al-Walid Ibn Abdul Malik (86-96 H/705-715), Musa melakukan pengintipan ke pantai selatan Sepanyol. Bulan Mei tahun 711 Masehi, Tariq bin Ziyad,budak Barbar yang juga bekas hamba Musa bin Nusair memimpin 12,000 anggota pasukan Islam menyeberangi selat antara Afrika dan daratan Eropah (Selat Gibraltar)



Seusai kapal-kapal yang berisi pasukannya mendarat di Eropah, Tariq mengumpulkan mereka di atas sebuah bukit karang, yang dinamai Jabal Tariq (bukit Tariq) yang sekarang terkenal dengan nama Jabraltar (Gibraltar). Beliau telah mengarahkan askar-askarnya membakar semua kapal-kapal yang telah membawa mereka.

Diatas bukit itu beliau telah menyeru kepada askarnya,"Dibelakang kita adalah lautan yang luas dan dihadapan kita pula musuh-musuh Allah sedang menanti. Kita datang ke sini bukan untuk kembali. Kita hanya ada dua pilihan,menakluk negeri ini dan menetap di sini, atau kita semua syahid."

Dengan kata-kata itu telah menyemarakkan semangat tentera Islam dan  bumi Andalusia (Sepanyol) akhirnya jatuh ketangan Islam. Tentera Gothic dipimpin oleh Raja Roderick yang zalim mempunyai kekuatan 100,000 tentera  jauh lebih unggul baik dalam jumlah mahupun persenjataan telah  tewas di tangan tentera Islam yang lebih kecil bilangan anggotanya.

Suasana seperti itu yang diharapkan pada suatu bukit di Kelang tidak menjadi. Ribuan yang hadir dari seluruh cerok rantau Selangor mengharapkan menerima satu amanat sekurang-kurangnya untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor terasa agak kurang bisanya. Dimana hilangnya suara garau yang pada suatu ketika tahun 80-an yang pernah diangkat majalah Newsweek sebagai ikon perjuangan Islam yang paling hebat di Asia.


No comments: