Friday, June 3, 2011

CERITA UG DITAMATKAN. UMNO KEHAMPAAN.

Cerita kerjaan perpaduan yang dicetuskan sejak 2008 mungkin bernoktah hari ini. Kemenangan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS bersama gandingannya terdiri dari Mahfuz, Husam dan Sallahuddin dalam Muktamar PAS ke 57 memberi gambaran bahawa majoriti ahli PAS lebih terarah memperkukuhkan Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kerajaan BN/UMNO.

Dengan keputusan ini dilihat ruang untuk memanipulasi cerita kerajaan perpaduan pas-umno semakin mengecil. Usaha untuk menghidupkan cerita ini oleh umno bakal dilihat sebagai survival politik mereka yang mengikut pandangan ramai semakin lemah terutama dikawasan bandar.

Seterusnya tumpuan PAS harus menjurus kepada mengembalikan kepercayaan orang melayu terhadap kemampuan mereka untuk menggantikan umno yang selama ini mendakwa membela orang melayu.

2 comments:

hussin said...

Doa tgna telah dimakbulkan. Perwakilan telah memilih hala tuju pas seperti yang dibayangkan oleh tgna semasa mencadangkan muktamar khas dulu.

Dengan saf kepimpinan baru ini ugv belum dineutralisekan sepenuhnya. Jawatan setiausaha agong serta pengerusi harakah perlu dikaji!

Wallahu'alam

dun26bangi said...

Setuju. Jawatan SUA penting bagi mencorak halatuju PAS sehingga 2013.Ramai kecewa dengan mantan SUA.PAS harus dilihat mampu mengepalai Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Dengan fitnah yg dikenakan kepada DSAI dan isu khianat dalam PKR, PAS berpeluang meraih sokongan majoriti rakyat Malaysia yang diharapkan. Najib/Umno kini tersepit dengan slogan 1 Malaysia.