Segala telah nyata dan jelas. Perarakan Bersih 2.0 melalui jalanraya dibatalkan demi mematuhi titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Tumpuan kini tertumpu kepada beberapa perkara:-
1. Stadium mana akan digunakan sebagai tempat perhimpunan.
2. Adakah memiliki, memakai atau menjual T-Shirt Bersih 2.0 satu kesalahan.
3. Adakah pihak polis akan terus berkelakuan ‘gila’ membuat pelbagai sekatan menghalang rakyat berhimpun di stadium.
4. Setelah rakusnya kerajaan bertindak ke atas Bersih 2.0 dapatkah rakyat menerima perhimpunan hanya di dalam stadium.
5. Adakah media perdana masih membazirkan duit rakyat mengiklankan sesuatu yang dusta terhadap Bersih 2.0
6. Apakah tangkapan yang dilakukan sebelum ini dilepaskan. Baju yang dirampas dikembalikan secara total.
Dan yang paling penting:-
7. Adakah kerajaan BN dibawah pimpinan DS Najib akan mentaati titah SPBYDA agar menggalas amanah yang diberikan oleh rakyat secara adil dan bertanggungjawab.
Khuathir akan muncul pula Bersih 3.0 setelah segala tuntutan Bersih (2007) dan Bersih 2.0 (2011) tidak dihiraukan oleh kerajaan BN.
Ada orang yang begitu gumbira dengan keputusan ini.
No comments:
Post a Comment