3 sahabat orang buta berjalan berpandukan jalan kuning di depan KL Sentral selepas kerajaan BN memperalatkan ribuan polis ‘menyerang’ para demostran dengan gas pemedih mata.Mata mereka walaupun tidak nampak jalur kuning tersebut namun dapat merasai panduan yang diberikan. Namun tidak kepada pemimpin negara. Mata mereka celik untuk melihat warna kuning (warna kedaulatan rakyat) tetapi hati mereka buta terus menzalimi rakyat yang menuntut keadilan.
Semoga kita yang masih celik mampu menilai pemimpin mana yg dipilih untuk memimpin kita.
Sementara itu para demostran dari PAS Serdang diketuai oleh YDPnya Ust Shafie Ngah bergabung membentuk kumpulan berjumlah 200 orang merempuh sekatan polis. Mereka bergerak terus merempuh satu lagi sekatan polis di susur keluar menuju Pusat Bandaraya. Namun pada sekatan yang ketiga telah menunggu puluhan FRU dengan belantan. Tidak sempat merempuh halangan tersebut pasukan polis telah melepaskan pulohan das gas pemedih mata menyebabkan mereka berundur mencari laluan lain. Alhamdulillah hujan yang turun telah mengurangkan kesan gas pemedih mata. Gas pemedih pertama yang dilepaskan tersasar jauh dari kumpulan tersebut. Tidak pasti samada yang melepaskan gas tersebut gementar sehingga tersasar atau mungkin bersimpati melepaskan tembakan gas bukan kepada penjenayah.
Buat pemimpin Pakatan Rakyat, jangan biarkan 'unggun bersih' itu terus padam di kota raya. Semarakkanlah ia ditempat-tempat lain. Moga bahang dan percikan baranya mampu menyedarkan rakyat yang sedang lena untuk sama membakar keangkuhan kerajaan BN setelah sekian lama bertahta,
Buat pemimpin Pakatan Rakyat, jangan biarkan 'unggun bersih' itu terus padam di kota raya. Semarakkanlah ia ditempat-tempat lain. Moga bahang dan percikan baranya mampu menyedarkan rakyat yang sedang lena untuk sama membakar keangkuhan kerajaan BN setelah sekian lama bertahta,
No comments:
Post a Comment