Sedang fikiranku menerawang mencari idea garapan serta olahan untuk bulletin yang perlu diterbitkan setiap dua bulan tiba-tiba Vivazku berbunyi. Ikutkan malas nak menjawab tapi mengenangkan fikiran yang kosong bagus juga dilayan panggilan itu.
Sayup jauh kedengaran antara jelas dan tidak seorang sahabatku berbangsa Cina, Ng riuh bertanyakan itu ini. Seperti biasa itu ini terjawab secara ringkas sesuai persahabatan kami yang berusia lebih dari sepuluh tahun. Namun satu pertanyaan yang terpacul darinya membuatkan aku tergamam.
“Mau tanya sikit. Apa itu ‘talut sexy’ bikin PAS sama DAP?”
“Hah. Mana you dengar?”tanyaku dengan nada terkejut. Cukuplah Utusan Malaysia menjadi bahan penyebar porno Malaysia. Janganlah PAS terikut sama berporno.
“Itu you punya kawan Idelis Amat (Idris Ahmad) cakap,” jelasnya tanpa keraguan.
Oleh kerana talian tidak begitu elok aku cadangkan kami berjumpa ditempat biasa.
Sejam kemudian terpacul muka Ng dengan pakaian rasminya menjelang malam. Berseluar pendek dan berkemeja belang kegemarannya. Ada ‘ong’ katanya.
“Itu newspaper PAS dia ada cakap PAS ber’talut sesyah’ dengan DAP,” Ng memulakan bicaranya.
Laa… ber’tahlul siyasah’ rupanya. Itulah ustad-ustad PAS ni bagilah istilah dalam bahasa melayu supaya orang cina senang faham dan senang nak menyebutnya. Getus hatiku.
Macam mana nak jawab ni, aku bukan ustad boleh kupas hadis dan ayat al-Quran. Dia pulak Ng Hun Seng bukan Ng Swee Lim, YB Jawa Sekincan tu yang sukakan hadis Nabi s.a.w.
Dari pengetahuan aku yang amat sedikit aku menerangkan. Bahawa ‘tahlul siasah’ ialah PAS dan DAP walaupun berlainan ideologi berkerjasama menegakkan keadilan dan menentang kezaliman. Masing-masing pihak perlu menghormati antara satu sama lain tanpa mengubah ideologi masing-masing. Aku tak tahu samada dia faham atau tidak tapi bila mulutnya yang sibuk berbicara ditutup oleh hirupan tea tariknya diam tanpa kata menyakinkan aku dia faham.
“Lagi satu itu Kedah sana bising pasal itu undang-undang ‘nite club’(Enakmen Hiburan). Itu Azizan bagus kasi orang cina cari makan sikit. Lu orang Islam tak boleh pergi ‘nite club’ tapi kita orang cina lepas bisnes mau enjoy sikit. Tapi I ada dengar itu law tahun 1997 lagi sudah ada. Ini macam Umno sama mca sama mic sudah lama apa itu …‘talut sisiah’ , tanya Ng bernada keliru.
“Itu beza tahlul siyasah(sengaja aku jelaskan agar lidahnya tidak pelat lagi) antara PAS dan DAP dengan tahlul siyasah UMNO sama MCA dan MIC. Umno takut sama MCA dan MIC. Jadi itu ‘law’ mereka simpan dalam stor. Baru sekarang Pakatan Rakyat Kedah mau ‘implement’. Sama macam kes arak di Selangor dulu,”jelasku agar dia mengerti.
No comments:
Post a Comment