Friday, August 19, 2011

Mohd Adzib "Sultan Selangor" yang baru

Sosok tubuh ini telah berada lama dikerusinya sebagai pengarah MAIS. Boleh dikatakan beliau adalah pengarah MAIS yang paling lama (sejak 2004) dan masih bertahan sehingga kini(lebih dari 7 tahun) berbanding purata pengarah MAIS sebelum ini (3-5 tahun)


Jika diteliti fungsi MAIS adalah untuk membantu dan menasihati DYMM berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan Agama Islam di dalam Negeri Selangor.


Namun kelulusan sahsiah yang dimiliki olehnya jika direnung kembali dapat merungkai kenapa berlaku beberapa kekeliruan yang timbul akibat kefahaman Islam yang sebenar. Beliau mempunyai kelulusan Sarjana dalam National Development and Project Management dari Universiti Bradford, Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dan Diploma Pentadbiran Awam dari Universiti Malaya.


Telah berlaku beberapa krisis yang melibatkan kekeliruan tentang agama Islam yang sebenar disebabkan oleh penasihat yang gagal memainkan peranan yang sepatutnya. Setiap kali krisis berlaku pihak-pihak ini mengancam dan menuduh pihak yang bertentangan dengannya sebagai penderhaka kepada Sultan Selangor.
 

No comments: