Monday, September 26, 2011

HUDUD : ‘Be carefool’ dan ‘fool’

Semasa mula bersekolah darjah satu semua buku teks masih berbahasa Inggeris. Ayat yang mula aku belajar ialah “Good morning teacher” dan “Please teacher may I go to toilet”.Tapi teacher aku selalu cakap “Be carefool”.Apa benda yang dia cakap aku tak tahu.

Maklumlah pada waktu itu nak dengar orang putih cakap kena tengok TV hitam-putih. Itupun dalam satu kampong mungkin ada sebiji dua.Ketua kampong akan berbangga menjadi orang pertama memiliki TV.Kalau ada cerita P.Ramle rumah ketua kampong akan penuh macam program ceramah PAS(yeke?)

Satu cerita orang putih yang selalu aku tengok ialah –Voyages To The Bottom Of The Sea. Susah sangat nak menyebut pada waktu tu. Biasanya kawan-kawan aku lebih mudah cakap “ Boyak Bontot Besi”. Seorang kawan aku yang secara kebetulan nama bapanya “Boyak” cukup marah bila mendengar ayat itu.

Sekarang aku dah faham dan pandai nak mengajar orang bila nak pakai ayat “Be carefool”.

Contoh begini.

Dato’ Mustapha Ali(PAS)-"Disebabkan Tun Dr Mahathir kata jangan buat, Kerajaan PAS Kelantan tak bolehlah laksanakan hukum hudud takut Tun Dr Mahathir buat MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) iaitu mematikan demokrasi di Kelantan.

Saifuddin Nasution(PKR) -" "Asas kerjasama kita mendahulukan kepentingan rakyat dan pada masa yang sama ada ruang menghormati perbezaan pendapat,".

Anthony Loke(DAP) -  " Pakatan akan berusaha mencari formula untuk menyelesaikan isu tersebut walaupun ia "bukan satu isu yang baru".

Kalau tak nak susah cakap “Be carefool” kita boleh ringkaskan sahaja cakap “fool”

Contohnya begini.

Chua Soi Lek(MCA) - “Pegangan MCA sangat jelas. Kami bantah sekeras-kerasnya terhadap perlaksanaan hudud. Jika Umno mahu melaksanakan hudud, MCA akan menarik diri dari Barisan Nasional".

Chang Ko Youn(GERAKAN)Kami tidak boleh mempunyai undang-undang berlainan untuk setiap lapisan masyarakat,”

Yang paling ‘fool’ adalah yang ini.

Datuk Seri Najib Tun Razak (UMNO) –“Hudud tidak akan dilaksanakan di negara kita selagi Umno berkuasa dengan alasan persekitaran, peredaran masa dan rakyat yang berbilang kaum.

No comments: