Saturday, September 17, 2011

PARTI SUARA RAKYAT SERTAI PAKATAN RAKYAT

(Pimpinan Parti Makkal Sakti diketuai oleh A.Vathemurthy, Pemangku Presiden ;menziarah Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz dan menghantar surat permohonan parti Makkal Sakti untuk menyertai Pakatan Rakyat. Semoga sokongan kaum India terus kekal bersama Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang akan datang, Insya-Allah)

'Makkal Sakti' bermakna suara rakyat bergema ketika kempen PRU12. Bagi menghalang suara itu dari terus bergema maka kerajaan BN cuba sabotaj dengan mengumpan beberapa orang pemimpin mereka dengan menaja peruntukkan yang besar dan secara mudah diberi laluan untuk mendaftar parti tersebut ketika menjelang PRK Bagan Pinang.Pemimpinan UMNO didakwa sebagai mereka yang bertanggungjawab disebalik tabir pendaftaran parti tersebut sebagai satu usaha 'ugutan' kepada rakan mereka MIC. RS Thanenthiran seorang pemimpin Hindaraf telah dilantik mengetuai parti tersebut dan PM DS Najib sendiri telah melancarkan parti tersebut pada Mei 2009. RS Thanethiran juga merupakan bekas ahli PKR yang gagal melobi untuk menjadi calon ketika PRK Bukit Selambau.


Seperti mana yang biasa dialami parti-parti picisan politik yang lain Makkal Sakti turut mengalami krisis dalaman bila pemimpin mereka RS Thanethiran digugurkan kerana didakwa tidak hadir lebih dari tiga kali mesyuarat AJK Pusat.Pada Oktober 2010 Parti Makkal Sakti yang mempunyai keahlian seramai 20,000 orang telah bermesyuarat tanpa kehadiran RS Thanethiran dan menubuhkan satu jawatankuasa yang baru selaras dengan akta ROS.
.

No comments: