Wednesday, October 26, 2011

Jadikan laporan audit KPI tolak BN


| Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 26 Okt: Dewan Pemuda PAS menggesa rakyat di negara ini menjadikan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebagai Indeks Prestasi Utama (KPI) untuk menilai kecekapan dan keberkesanan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, daripada Laporan Ketua Audit Negara 2010, didapati terdapat banyak kelemahan, kepincangan, ketirisan serta kepincangan dalam projek-projek pelbagai kementerian serta agensi kerajaan.

"Di sebalik pembentangan Bajet ‘gula-gula’ pilihan raya 2012, yang dianggap ramai sebagai bajet rakyat kerana banyak peruntukan 'one off' untuk rakyat, Laporan Ketua Audit Negara 2010 menceritakan segala-galanya.

"Tidak hairanlah, Laporan Ketua Audit Negara 2010 gagal dibentangkan pada masa yang ditetapkan iaitu semasa Bajet 2011 tempo hari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada laporan bahawa RM 160.7 juta yang telah diululuskan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina 300 makmal komputer, namun hanya 2 buah makmal sahaja yang siap sementara peralatan ICT yang dibekalkan sejak 3 tahun lepas masih belum dapat digunakan.

Kementerian Sumber Asli dan alam Sekitar pula mencatatkan pembelian barangan yang jauh lebih mahal dari harga sebenar.

Antaranya komputer riba dan pencetak dibeli dengan harga RM 11,845 berbanding pasaran RM3,428 iaitu 246% lebih mahal, LCD TV dan DVD Player dengan RM 16,100 berbanding pasaran RM 2,182 iaitu 638% lebih mahal, Radar X-Band dengan RM 47,725 berbanding pasaran RM 8,255 iaitu 478% lebih mahal, Bushnell Binocular dengan RM 56,350 berbanding pasaran RM 2,827,  1893% lebih mahal, Marine Binocular dengan RM 56,350 berbanding pasaran RM 1,940,  2805 % lebih mahal, Walkie-Talkie dengan RM 4,324 berbanding pasaran RM,1561, 177% lebih mahal.

Majlis Sukan Negara pula mencatat pembelian boros dengan membeli 23 ekor kuda baka khas untuk sebuah pertandingan dengan harga RM 5.66 juta.

Pembelian ini dibuat secara runding terus tanpa mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan.

Namun, 18 ekor darinya tidak melepasi piawaian Federation Equestre International, hanya lima ekor sahaja lulus untuk menyertai pertandingan.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pula mencatat pengurusan yang tidak telus dan tidak efektif kerana tidak membayar RM 110.67 juta insentif kepada 73 291 orang petani.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pula gagal mengurus secara efektif kerana peralatan yang berjumlah RM 64.69 juta masih terbiar dan tidak dapat digunakan sehingga kini.

Akibat itu, sejumlah RM 0.44 juta lagi dibazirkan untuk kawal selia dan insurans bagi menyimpan peralatan tersebut.

Selain itu, terdapat 8 Syarikat GLC yang mengalami penurunan pendapatan selama tiga tahun berturut-turut. Malah, ada syarikat GLC yang mengalami kerugian seperti Syarikat Prasarana Negara, Kertapi Tanah Melayu, Assest Global Network dan Indah Water Konsortium. Jumlah kerugian keseluruhan ialah RM 630.45 Juta.

Mengulas lanjut, Suhaimi berkata kesemua fakta yang diberikan hanya sebahagian daripada keseluruhan kelemahan dan kepincangan kerajaan dan ternyata saban tahun negara ditadbir oleh pemimpin yang tidak cekap, tidak amanah, efisyen dan konsisten.

"Amalan boros, membazir sudah seakan sebati dalam diri pemimpin negara hari ini. Harta rakyat seumpama harta ‘mak bapak’ mereka yang boleh diagih sesuka hati mereka.

"Cukuplah negara ditadbir oleh mereka yang kurang berkemampuan, dan berikan ruang pula buat Pakatan Rakyat mentadbir negara," tegasnya.

Monday, October 24, 2011

C-A-T kerajaan BN yang muflis


K'jaan terlebih bayar RM4.6 juta pencen
Laporan Ketua Audit Negara mengesan pihak kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam telah terlebih membayar RM4.66 juta sebagai pencen kepada pesara dan waris mereka di antara 2007 dan 2010.


Daripada jumlah itu, RM2.57 juta telah terlebih bayar kepada 1,975 kakitangan awam yang telah meninggal dunia. Hanya RM850,000 berjaya dikutip semula daripada 965 waris mereka.


Baki, RM1.72 juta, yang perlu dituntut daripada 1,010 yang lain, masih belum dituntut sepenuhnya. Seramai  206 individu lagi membayar balik secara ansuran bulanan bagi jumlah RM390,000.


azlanBagi baki pencen terlebih bayar seterusnya berjumlah RM1.33 juta, wang itu tidak dapat dituntut kerana waris berkenaan tidak dapat dikesan, telah meninggal dunia atau memilih untuk tidak mengendahkan notis yang dihantar kepada mereka.


Antara lain, laporan audit mendapati bahawa pencen yang terlebih bayar itu adalah akibat rekod kematian yang ketinggalan zaman.


Ini berlakuwalaupun terdapat sistem komputer bersepadu yang dikenali sistem Power - Pensions  Online Workflow Environment  - untuk mengemas kini rekod kematian yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


azlan"Sekiranya, maklumat kematian yang diterima daripada JPN tidak sepadan dengan maklumat dalam sistem Power, satu laporan tidak sepadan dikeluarkan.


"Berdasarkan laporan ini bagi tempoh tahun 2007 sehingga September 2010, didapati data kematian 2,262 pesara/penerima pencen tidak dapat dikemaskini kerana maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan tarikh lahir tidak sepadan dengan maklumat dalam sistem Power,” kata Laporan Ketua Audit Negara itu.


- Rakyat perlu tahu kemana hilang duit RM 1.9 juta. Dengan nilai itu kita dapat membina 380 buah rumah rakyat bernilai RM 50 ribu sebuah. Kita dapat menjana ribuan peluang pekerjaan untuk graduan yang masih menganggur. Jika dapat membantu ratusan ribu orang miskin.

Saturday, October 22, 2011

PAS TAK SOKONG AKTA MURTAD?


Pada 25 Mac 1988, Tuan Guru Haji Hadi telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak oleh ahli parlimen Islam UMNO.

Kemudian, pada 2 November 1999, Tuan Guru Haji Hadi juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.

Pada March 2006,Naib Presiden PAS,
Salahuddin Ayub pernah mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad..

Namun Rang undang-undang itu ditolak mentah-mentah oleh Ahli Parlimen UMNO... sedikit pun mereka tidak menunjukkan minat kepada rang undang-undang tersebut..

Dan Salahuddin Ayob cuba sekali lagi menyelamatkan akidah umat Islam dengan mencadangkan pindaan perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam.

Dan sekali lagi,ahli-ahli parlimen UMNO tidak mempedulikan usul tersebut..

Ahli-ahli parlimen UMNO juga mendiamkan diri apabila 9 menteri BN (yang bukan Islam) cuba bertindak mempertikaikan perkara 121 (1A) itu dengan tujuan membolehkan mahkamah sivil memansuhkan keputusan mahkamah Syariah...

apakah perkara 121 (1A)?
perkara 121 (1A) itu adalah mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah..

Menteri BN cuba mendesak agar perkara itu disemak semula agar keputusan mahkamah syariah dapat dibatalkan dengan keputusan penghakiman semula di mahkamah sivil..

contoh..
jika anak kita nak istihar keluar dari agama Islam,mahkamah syariah tidak membenarkan..
keputusan tersebut boleh dicabar di mahkamah sivil,dan keputusan mahkamah sivil boleh membatalkan keputusan mahkamah syariah..

Isu ini menjadi panas dan menjadi pertikaian menteri-menteri BN yang bukan beragama Islam selepas kematian pendaki Everest Sarjan M. Moorthy atau Muhammad Abdullah...

balunya, S.Kaliammal dan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) terlibat dalam perebutan untuk mengebumikan jenazah beliau.
Jawi menuntut jenazah itu setelah mendapati Moorthy telah memeluk agama Islam.

Moorthy yang meninggal dunia pada 20 Disember 2005 akhirnya dikebumikan oleh Jawi pada 28 Disember 2005 berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah bahawa beliau adalah seorang Islam.

Kerana isu tersebutlah maka 9 orang menteri (ketika itu) cuba mencabar perkara 121 (1A) itu serta menghantar memorandum kepada PM Pak Lah mendesak supaya perkara 121 (1A) disemak semula..
menteri-menteri itu adalah..

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu,
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting,
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy,
Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek,
Menteri Air, Tenaga dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Maximus Ongkili,
Menteri Perusahaan Utama, Datuk Peter Chin Fah Kui,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Chan On.
Di mana UMNO pada waktu itu..?
tengah sibuk betulkan samping ker..?

Jadi sekarang ni UMNO nak jadi juara himpunan sejuta umat pulak..?

tak payah ler buat perhimpunan,
terus jer buat undang-undang murtad..
tak payah berlakon...
jangan jadi bangsa yang bercirikan sifat-sifat "MUNAFIK"

Tuesday, October 18, 2011

Siapa ni Tajung Bin Power?


Gas asli dijual kepada IPP Malaysia pada RM13.70 mmBtu, manakala di negara Thailand dijual RM23.10 mmBtu.Malangnya rakyat Malaysia membayar RM157.20 bagi penggunaan 500kW sebulan.Sedangkan rakyat Thailand membeli RM129.50.
-Kerajaan semalam memaklumkan projek loji jana kuasa IPP berkapasiti 1000MW di Tanjung Bin bukan diberikan secara tender terbuka, tetapi secara 'tender terhad' kepada Tanjung Bin Power (TBP) dan Jimah Energy Ventures (JEV).

POLIS BUAT KERJA UNTUK SIAPA? !!! Banci rakyat undi parti mana


MARDIANY DIGONG

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRp9jhxp_UB9AxqKIHSzZ7S9id3u8vYQgNhZD4lpZWhvT0gnEjLUmKC-CDY

gambar hiasan.


SAYA amat terkejut dengan tindakan dua pegawai polis ‘Cawangan Khas’ (SB) yang mengunjungi rumah saya 16 oktober 2011, meminta saya mengisi borang mengenai undi pilihanraya.

Pada mulanya saya ingat mereka bukanlah pegawai polis, tapi penyamar yang ingin merompak rumah kami kerana tindakan mereka mengambil gambar luar rumah. Saya memohon dengan pegawai polis ini supaya datang keesokan hari untuk menuntut borang kerana ragu akan tindakan mereka.

Saya segera bertanyakan hal ini kepada balai polis berhampiran, pada mulanya pihak polis di balai polis itu sendiri tidak tahu akan hal ini. Mereka juga ada mengatakan bahawa, jika ada apa-apa borang dari pihak polis, ianya selalu disertakan dengan logo balai polis; berbeza dengan borang yang pegawai polis dari cawangan khas ini berikan, tiada apa-apa logo tertera.

Tetapi apabila mereka menghubungi cawangan khas dan menanyakan hal ini, mereka mengakui ada pegawai mereka yang mendatangi rumah ke rumah untuk membuat banci.

Bukankah undi itu rahsia dan hak kami saya bertanyakan hal itu dengan mereka, mereka mengatakan ini cuma untuk mengira secara rawak sahaja. Tetapi di borang yang mereka berikan, ada diminta untuk menulis nombor kad pengenalan. Maka ini bukanlah secara rawak jika dokumen pengenalan diri juga diminta bersama.

Pada 16 oktober 2011, dua pegawai polis itu datang sekali lagi, meminta lagi borang itu. Saya bertanyakan sekali lagi, “Bukankah undi adalah rahsia? Sepatutnya kamu sebagai polis lebih tahu.”

Mereka menjawab bahawa tindakan mereka adalah atas ‘ARAHAN PIHAK ATASAN’. Saya telah menelefon pihak Suruhanjaya Pilihanraya dan mereka sekali lagi menegaskan bahawa tindakan pegawai polis tersebut adalah salah dari segi undang-undang kerana sekali lagi dinyatakan, “UNDI ADALAH RAHSIA”.

Kepada Ketua Polis Negara dan OCPD, hentikanlah kerja sia-sia ini kerana kami tidak akan memberikan hak kami untuk dinodai.

Saturday, October 15, 2011

PERCUMA : SELANGOR TIMES


logo selangor times

Akhbar Selangor Times diterbitkan secara mingguan oleh Pejabat Menteri Besar Selangor.
Diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dengan sisipan Bahasa Mandarin. Ia diedarkan secara percuma di kawasan tumpuan awam termasuk Pejabat SUK Selangor.
Kini boleh dibaca atau Download secara Online.

Selangor Times (English) Issue 116 - 18 November 2010Baca Online / Download
Selangor Times (English) Issue 23 - 5 Disember 2010Baca Online / Download
Selangor Times (English) Issue 310 - 12 Disember 2010Baca Online / Download
Selangor Times (English) Issue 417 - 19 Disember 2010Baca Online / Download
Selangor Times (English) Issue 524 - 15 Disember 2010Baca Online / Download
Selangor Times (English) Issue 631 Dis 2010 - 2 Jan 2011Baca Online / Download
Selangor Times (English) Issue 77 - 9 Jan 2011Baca Online / Download
Selangor Times (English) Issue 814 - 16 Jan 2011Baca Online / Download
Selangor Times (English) Issue 921 - 23 Jan 2011Baca Online / Download
Selangor Times (English) Issue 1028 - 30 Jan 2011Baca Online / Download
Selangor Times (English) Issue 1111 - 13 Feb 2011Baca Online / Download
Selangor Times (English) Issue 1218 - 20 Feb 2011Baca Online / Download
Selangor Times (English) Issue 1325 - 27 Feb 2011Baca Online / Download
Selangor Times (English) Issue 144 - 6 Mac 2011Baca Online / Download
Selangor Times (English) Issue 1511 - 13 Mac 2011Baca Online / Download
Selangor Times (English) Issue 1618 - 20 Mac 2011Baca Online / Download
Selangor Times (English) Issue 1725 - 17 Mac 2011Baca Online / Download
Selangor Times (English) Issue 181 - 3 April 2011Baca Online / Download
Selangor Times (English) Issue 198 - 10 Apr 2011Baca Online / Download
Selangor Times (English) Issue 2015 - 17 April 2011Baca Online / Download
Selangor Times (English) Issue 2122 - 24 Apr 2011Baca Online / Download
Selangor Times (English) Issue 2229 Apr - 1 Mei 2011Baca Online / Download
Selangor Times (English) Issue 236 - 8 Mei 2011Baca Online / Download
Selangor Times (English) Issue 2413 - 15 Mei 2011Baca Online / Download
Selangor Times (English) Issue 2520 - 22 Mei 2011Baca Online / Download
Selangor Times (English) Issue 2627 - 29 Mei 2011Baca Online / Download
Selangor Times (English) Issue 273 - 5 Jun 2011Baca Online / Download
Selangor Times (English) Issue 2917 - 19 Jun 2011Baca Online / Download
Selangor Times (English) Issue 3024 - 26 Jun 2011Baca Online / Download

Program Air Percuma Utk Pangsapuri.


Program Pemberian Air Percuma Bagi Pangsapuri Kos Rendah Yang Menggunakan Meter Pukal Melalui Sistem Kupon

MEKANISME PENDAFTARAN
Sila kunjungi Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) di kawasan pihak berkuasa tempatan anda.
Nota:
1. Pemilik boleh membuat pendaftaran terus dengan pemaju/JMB/MC/ejen pengurusan dilantik COB/lain-lain.
2. Hanya pemaju/JMB/MC/ejen pengurusan dilantik COB/lain-lain/ pemilik yangberdaftar dengan JMB dan mengemukakan dokumen lengkap kepada COB yang layak menyertai program ini.

 


Sebarang maklumat lanjut sila hubungi urusetia berikut:
Unit Pengurusan JMB/MC
Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor
Tel : 03-55447196 / 7079 / 7157
Fax : 03-55447314 / 55135568
 

BUKTI UMNO POLITIKKAN SEKOLAH

Friday, October 14, 2011

Superintendan Polis Sepang tunjuk bakat jadi raja lawak.


Polis Sepang nafi sindiket IC Desa Pinggiran
Polis menafikan dakwaan Pemuda PAS bahawa 240 warga asing yang menaiki sepuluh buah bas dari Johor kelmarin, dibawa ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapat taraf warganegara yang membolehkan mereka mengundi.

bangi resort foreigners citizenship 121011Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu kelmarin, laporSinar Harian.

Bagaimanapun beliau berkata, selepas menjalankan siasatan didapati perkara itu tidak benar.

“Maklumat yang kita peroleh menunjukkan semua warga asing itu berada di Desa Pinggiran Putra untuk menghadiri kursus keusahawanan.

“Mereka (warga asing) bukan dibawa untuk pergi ke JPN seperti yang didakwa oleh pihak terbabit,” katanya seperti dilaporkan harian berbahasa Melayu itu.

Suhaizan Kayat ·  Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Malaysia
Istimewanya warga asing ini. Duduk di JB dapat latihan keushawanan di Selangor. Datang pagi. Petang dah sattle. Kursus apa kalau setakat duduk-duduk aja kat resort itu? Jangan temberang lah.

Mohd Farizal ·  Top Commenter · Uniuni
Sejak bila warga asing dapat kursus keusahawanan? secara logiknya bolehkah mereka ini berniaga disini?

Pisang Madu ·  Top Commenter · Kuala Trengganu, Terengganu, Malaysia
munkin najib akan umum belanjawan tambahan, kos utk kursus keushawanan utk pendatang plk

bila pendatang jd ushawan, polis pencen leh jd buruh binaan plk lps ni,hahaha
Robert Sabinus ·  Top Commenter · Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
MF......byk lagi rakyat Msia mganggur..knpe plak warga asing dberikan kursus keusawahanan.........pelik n mmg tak logik.....
Joseph Abdul ·  Top Commenter · Works at Banking
Ahmad Kamil Harun ko yg ada pelajaran pun tak dapat bantuan dari agensi kerajaan. Ni orang yang tak tau baca tulis , PR lak dibagi keistimewaan. 240 org, brapa kos nye. NI la kera dihutan disusui, itik di air mati kehausan...gila betul aku baca lapuran ni. Takde negara yg sensible buat keje macam ni...Aku nak tengok berapa ramai org malaysia yang sokong agensi kerajaan yg buat kebajikan pada warga asing ni..

Thursday, October 13, 2011

KEANGKUHAN PM MENENTUKAN TARIKH PRAYA TERSEKAT


Dr M: Kemungkinan Pakatan tak bubar DUN serentak
Kerajaan Pakatan Rakyat di empat negeri berkemungkinan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

mahathir meets bloggers 150807 mahathirMantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan itu berkemungkinan merupakan strategi Pakatan untuk menumpukan kekuatan dan meraih sokongan rakyat di negeri-negeri pemerintahan BN.

Pakatan menerajui pentadbiran kerajaan negeri di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.

"Dengan ini, mereka (Pakatan) dalam tangan ada empat buah negeri. Mereka tumpu di negeri-negeri lain untuk menambah kekuatan mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penganjur Larian Sahara di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, semalam.

"Bagi pilihan raya di peringkat DUN, ia bergantung kepada kerajaan negeri sama ada bubar atau tidak dewannya. Kalau keempat-empat DUN di bawah pemerintahan Pakatan tidak dibubar, kita akan lihat pilihan raya terhad kepada negeri-negeri yang diperintah BN," katanya.

"Namun begitu, sekiranya pilihan raya umum diadakan dekat dengan tamat tempoh penggal lima tahun, nak tak nak, dia (Pakatan) kena buat (membubarkan DUN) juga," katanya.

NONEDr Mahathir berkata kerajaan BN tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya umum  ke-13 kerana tempoh penggal hanya berakhir pada Mac 2013.

Katanya kerajaan BN perlu membuat ujian dan kaji selidiki untuk mengetahui pandangan rakyat terhadap usaha-usaha kerajaan dan rakyat akan menunggu dengan apa yang dijanjikan oleh kerajaan.

"Jangan-jangan yang dijanji tidak ditunaikan. Kalau cakap tidak serupa bikin, susah. Jadi, cakap seperti apa yang akan dibikinkan," katanya.

Mengenai Belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen, Jumaat lalu, katanya kerajaan BN harus memastikan semua projek dilaksanakan dengan jayanya kerana rakyat akan menilai hasil dan usaha kerajaan.

- Bernama

Wednesday, October 12, 2011

Do you smell something cooking?


Dakwa dapat IC, 200 pendatang dikepung




Sekumpulan kira-kira 240 orang yang dipercayai pendatang dikepung di sebuah resort dekat Putrajaya hari ini.

Exco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa berkata pihaknya bersama-sama penduduk kampung mengepung mereka yang berada dalam sebuah pusat peranginan kerana mendakwa mereka akan diberi kerakyatan dan didaftar sebagai pengundi.

Mohd Adram yang berada di tempat berkenaan, memberitahu demikian ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau juga merupakan timbalan pengerusi lajnah pemulihan demokrasi dan mobilisasi Rakyat Pemuda PAS.


Mohd Adram mendakwa pihaknya mendapat maklumat tersebut melalui risikan jentera mereka dan mengekori enam buah bas yang membawa kumpulan tersebut sejak jam 7.30 pagi tadi.

Dakwanya lagi, semua yang majoritinya warga Indonesia itu dibawa dengan bas dari negeri Johor untuk diberi MyKad yang dipercayai ada kaitan untuk pengundian pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Bagaimanapun, katanya, bas-bas berkenaan telah beredar dari situ, meninggalkan kumpulan tersebut di resort berkenaan.

Mohd Adram berkata kumpulan pendatang itu berada dalam sebuah pusat peranginan dekat Kampung Bukit Dugang. Pintu pagarnya telah dikunci.

"Saya sendiri masuk ke dalam resort berkenaan, dan mendapati memang warga asing di dalamnya.
"Kita tanya mereka bagitahu datang untuk kursus," katanya pada sidang media kemudiannya.

Menurutnya, kehadiran mereka bagaimanapun tidak disenangi 'ketua' rombongan itu dan mereka mengambil pendirian untuk keluar dari kawasan resort tersebut yang pagarnya kemudian dikunci pemilik resort.

Berikutan itu juga mereka bertindak mengepung jalan masuk dari depan dan belakang resort tersebut.
Turut serta pada sidang media di hadapan resort itu ialah AJK PAS Pusat Mazlan Aliman.

Menurut Mazlan, beliau turut mendapat maklumat dari sumber dalaman yang tidak mahu bersubahat dengan operasi jahat itu.

"Dia hubungi saya bagitahu terdapat dokumen tebal dalam bas serta mendengar cakap-cakap penumpang bas yang mendakwa akan mendapat MayKad hari ini.

"Dia bagitahu saya maklumat ini kerana beliau tidak mahu bersubahat," katanya.


Malaysiakini


KDN lulus 27,293 permohonan warganegara



KUALA LUMPUR: Sebanyak 27,293 permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia telah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri dari tahun 2008 hingga Ogos 2011.
Demikian jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di dewan rakyat hari ini.
Namun, Kementerian Dalam Negeri tidak menyatakan jumlah kelulusan permohonan kewarganegaraan baru sejak 2008 mengikut kawasan Parlimen, seperti yang dituntut dalam soalan.
Jawapan berkenaan sangat mengejutkan ekoran Pakatan Rakyat sebelum ini menimbulkan isu pemberian kerakyatan kepada warga asing, termasuk warganegara Indonesia dan Bangladesh bagi tujuan mengundi Umno-Barisan Nasional.
Ia termasuk isu penduduk tetap (PR) yang mendaftar sebagai pengundi sebelum didedahkan mendapat taraf warganegara daripada Jabatan Imigresen, sepertimana kes yang berlaku terhadap seorang pengundi bernama Mismah.
Laman web Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina pada September lalu pula menyiarkan laporan yang mendakwa pekerja Bangladesh di Malaysia diberi warganegara mudah dengan syarat mengundi parti pemerintah di Malaysia.
Bagaimanapun artikel kontroversi berkenaan dikeluarkan dari laman itu dalam tempoh 24 jam selepas disiarkan, manakala Pejabat Suruhanjaya Tinggi Bangladesh turut  menafikan dakwaan berkenaan.
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said pula dalam satu kenyataan media berkata, hanya 37 rakyat Bangladesh yang diberikan kerakyatan Malaysia sejak 1998 sehingga Ogos tahun lalu.
Pada masa sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein membidas portal Malaysiakini berhubung dua laporan berita mengenai pemberian kewarganegaraan Malaysia.

Monday, October 10, 2011

54 tahun UMNO masih gagal dan terus gagal bela Melayu.


40% dari rakyat Malaysia datang dari isi rumah yang pendapatannya kurang dari RM1,500 sebulan. 3/4 dari golong ini adalah Melayu/Bumiputra yang kononnya dibela oleh pemerintah. Golongan 20% terkaya di dalam Negara membolot 50% kekayaan Negara, sedang 40% golong terbawah hanya menikmati 15% dari kekayaan Negara.

Sunday, October 2, 2011

Antara KERABAT dan PERKASA siapa lebih perkasa?

Ucapan Presiden Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT) Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar semasa perjumpaan dengan bekas tentera di Dewan MP Subang Jaya di Serdang adalah dirujuk.

Berdasarkan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) bertarikh 29 Ogos 1973, setiap anggota tentera dan isteri dijanjikan hak memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak perumahan dari kerajaan melalui Kementerian Pertahanan (Kementah).

Bagaimanapun, dakwanya yang pernah berkhidmat dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) hampir 28 tahun - berdasarkan rekod Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) Kementah "tidak sampai 100 anggota tentera yang berjaya memperolehi tanah yang dimaksudkan dengan rekod yang sangat menjengkelkan".

Lapan resolusi perhimpunan adalah:-

·         Memperkasakan NGO itu di bawah kerajaan pusat dan negeri serta bertanggungjawab memberikan khidmat nasihat kepada kebajikan untuk mempastikan khidmat balas jasa dan kebajikan veteran Angkatan Tentera (ATM) dan tanggungan.
  • Mengambil alih dan memperkemaskan dasar dan urustadbir Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Syarikat Perumahan Angkatan Tentera (SPAT).
  • Memberikan keutamaan kepada kebajikan tentera, veteran, balu-balu dan anak-anak yatim tentera khususnya dalam pemilikan tanah Felda Plantation dan rumah mesra rakyat.
  • Melaksanakan bantuan pendidikan sepanjang hayat secara percuma kepada tentera, balu dan tanggungan mereka.
  • Memberikan rebet 50 peratus untuk bayaran api dan air bagi setiap premis kediaman kepada tentera dan bekas tentera sepanjang hayat.
  • Pelarasan kenaikan gaji dan pencen sebanyak RM500 sebukan kepada semua tentera dan veteran serta imbuhan khas sebanyak RM500 setiap bulan kepada bekas tentera yang tidak berpencen.
  • Setiap anggota tentera dan pesara tentera dikecualikan dari cukai untuk pendapatan gaji dan pencen kerajaan.
  • Memberikan peruntukan dana khas dan merancang plan dasar penempatan Bandar Baru Veteran yang lengkap dengan prasarana latihan medan tempur untuk bekas tentera agar ketrampilan kepakaran semasa berkhidmat dapat dikekalkan.
(Tuntutan semasa menjelang PRU13 menunjukkan rakyat semakin bijak berpolitik. Memandang kehadapan mencelah perubahan bukan bernostalgia seperti UMNO melalui sayap mereka (PERKSA)